Friday, December 7, 2012

cuti3...

Bismillahhirrahmannirahim...

Bercerita tentang cuti sekolah kali ini,tidak banyak aktiviti sangat yg aku buat...ada la beberapa benda yg aku buat iaitu on9,pi kenduri kahwin,jalan2 dgn family,main bowling,makan2 dgn family n beberapa lagi la...berikut ada la sedikit gambar sepanjang cuti kali ini..hehe












sekian~

Wednesday, December 5, 2012

AKU RINDU ZAMAN KANAK-KANAKKU!!

Bismillahirrahmannirahim..

Yes,aku sangat-sangat rindu akan ketika itu..ya zaman kanak-kanak adalah zaman terbaik bagi kita semua..pada waktu tu kita memang tidak ada apa2 masalah..yg ada di fikiran hanyalah utk bermain dan berseronok sahaja..mak marah ke,ayah marah ke,itu semua bukan penghalang utk berseronok..hehe

seriusly,mmg rindu sangat2 zaman kanak-kanak..dlu semua benda aku main..aku yg dilahirkan dalam keluarga yg sederhana dgn suasana kampung,memang sangat2 seronok..mcm2 yg pernah aku main..antaranya aci kejor,polis sentri wan tu jaga polis mati pencuri jaga,main getah,main tuju selipar,roundes,main bola tin,lawan pemadam,main bola guna pembaris n pensil picit,main yoyo,gasing,layang2,galah panjang,masak2,pejabat2,cikgu2 n mcm2 lagi la..seriusly mmg sgt2 best..

tapi antara semua tu yg plg feveret ialah main bola tin..aku n kwn2 main kt skola agama rakyat..disebabkan kami main sgt2 bising,hari2 kami kena marah dgn ustazah..time tu ada 2 org ustazah yg ajar..ustazah lazizah n ustazah (opss xingat)..bukan stakat ustazah..org kg yg duk dekat dgn skola agama rakyat tu pun marah..siap ada yg dtg serang lagi..pak cik tu dh arwah skrg ni..biasala,budak2 main bola tin mmg bising,klu xbisng,bukan main bola namanya..hehe

itu klu kt skola agama rakyat,klu kt skola rendah plak prmainan feveret ialah main bola dgn pembaris n pensil picit..aku rasa korang pun pernah main..buat tiang gol kt hujung meja then letak bola kecik(kertas) kt tengah padang(meja),pastu letaklah pembaris kt hdpn bola tu..pastu gerakkan pembaris dgn menggunakan bhgian blkg pembaris..huhu mmg seronok..lagi pengalaman yg paling xbleh aku lupa ialah bila aku main aci nyorok dlm kelas..time tu darjah 5...first time main dh kantoi dgn cikgu..time tu aku bru nk menyorok dalam almari..bru nk masukkan bdn,tiba2 ada org cuit blkg badan aku..aku tepis la..ish..dia cuit lg..aku bertambah geram,toleh ke belakang,tgk2 cikgu bm time tu(cikgu kamaruzaman) tersenyum manja dkt aku..hahahaha..aku pun senyum manja jela..nk wat camna dh kantoi..hukumannya,kena duk kt luar kelas pastu pegang telinga kwn2 yg main jugak pastu buat ketuk ketampi..abis kena duk luar,kena pggl masuk dlm balik,then kena tampar byk kali dgn kedua2 belah tgn cikgu...(xsakit pun sbb cikgu buat laju2 n slow2)..hehehe

bila petang plak,biasanya akan main bola sepak..ala2 bola kampung...seriusly mmg seronok...atau pun aku n kawan2 yg lain akan main galah panjang,roundes n tuju selipar...ketiga2 prmainan ni mmg wajib main la..kalau main tuju selipar tu standardnya mesti ada yg menangislah..bukan apa,undang2 buat sendiri..then akan ubah2..bila team kita kalah n asyik team lawan ja yg jalan,mmg sakit hati..sebab main tuju selipar bleh gaduh satu kg tau..huhu dahsyat2

begitulah zaman kanak2 aku yg kebanyaknnya berlaku di parit,perak..seriusly aku sangat2 rindu zaman kanak2..rindu kawan2 dulu..rindu utk bergelak ketawa n seronok2..hehe..
*rindu utk mendengar panggilan "Assalamualaikum,Ami jom main.." daripada kawan2 time kecik2 dlu..hehe

Tuesday, December 4, 2012

PADA ZAMAN DAHULU~

Bismillahhirahmannirahim...

sekarang kita sudah berada dalam bulan disember..bulan dimana ibu bapa sudah mula sibuk membeli pakaian n peralatan2 yang diperlukan untuk persekolahan anak2 pada awal januari nanti..beberapa tahun dahulu,aku salah seorang yang sangat2 sibuk menyuruh mak n ayah aku belikan pakaian n peralatan sekolah yng baru..semua nak baru..walaupun yang lama ok lagi..tapi standardlah tu..budak2 kn,mana tau ape..hehe

sejarah aku,pernah brsekolah di beberapa sekolah..bersekolah rendah di sk iskandar shah,parit perak..dari darjah 1 sampailah darjah enam..aku jugak bersekolah kafa di sekolah rendah agama rakyat nurul ehsan,parit,perak..sama juga,dari darjah satu sampailah darjah enam..

itu sekolah rendah,sekolah menengah pula di smk iskandar shah,parit n sms raja tun azlan shah..3 tahun di smkis n 2 tahun di seratas..inilah tempat2 dimana aku mula mengenal dunia..mula belajar tentang hidup...hehe

dan selama berada di tempat2 itu,mcm2 yang telah aku alami..ada manis,ada pahit,ada tawar n mcm2 rasa la..hehe..n yg paling xdapat aku lupakan adalah disaat bila aku mendapat penghargaan daripada sekolah..bagi budak2,benda yang paling dia suka adalah bila dapat hadiah..betul x?hehe

dan alhamdulillah sepanjang aku bersekolah di tempat2 yg aku sebut sebelum ni,beberapa hadiah/anugerah yg pernah aku dapat..antaranya ialah tempat pertama kedudukan dalam kelas ketika peperiksaan,tempat kedua,anugerah peningkatan akademik terbaik,anugerah khas ketua kelas,anugerah pekerti terpuji,pelajar terbaik lelaki keseluruhan,salah seorang penerima anugerah pelajar cemerlang PMR peringakt sekolah,zon dan daerah n beberapa lagi..kesemua ini yang telah mewarnai hidup aku...

*aku bukan nak menunjuk ye,aku hanya ingin meluahkan perasaan gembira aku..maaf jika aku telah membuat anda xsuka..hehe..apa2pun,masing2 ada kehidupan masing2 n masing2 ada sejarah masing..dan aku,inilah sejarah aku..sejarah yang membantu aku untuk terus mengenal dunia..

~MISKIN~

Bismillahhirrahmannirahim...


Apa Ertinya Miskin
Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.

Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ni?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"

"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya,"

Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

"Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga kekali langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta.Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,"

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut
kemudiannya berkata, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita"

Sunday, December 2, 2012

tanda2 awal barah otak~

Bismillah..
berikut adalah tanda2 awal/simptom barah otak yang aku dapt daripada beberapa orang dan juga daripada laman2 sesawang kesihatan yang aku search.

Pertama...sakit kepala yang sangat teruk terutama pada waktu pagi....*yang ini selalu sangat aku alami..

Kedua...gangguan penglihatan berlaku...*selalu juga aku alami,terutama pada waktu malam,memang aku xbrape nampak jalan...lagi satu ketika di dalam kelas,kalau aku duduk pada bahagian tengah/belakang,memang aku xnampak tulisan pada slide atau papan putih..sebab itulah aku suka duduk depan.. dua waktu ini yang aku selalu alami masalah penglihatan

Ketiga..sakit kepala menjadi lebih teruk ketika batuk,bersin atau menunduk...*yang ini lagilah selalu aku alami,kadang tu berusaha utk tidak bersin atau batuk,rasa sakit yang amat sangat..bila batuk/bersin tu rasa cam urat kepala kita ditarik2 n kepala dihentak2 kedinding..sakit sangat2..lagi satu ketika sedang sujud/rukuk..memang sakit yang amat sangat time rukuk n sujud..dulu time sekolah,kawan aku kata kalau sakit kepala,kita kena banyakkan bersujud..ia untuk bagi darah turun ke bahagian otak n bg ada oksigen di otak..time sekolah dulu aku rasa berkesan la cara tu,tapi sekarang ni memang xberkesan langsung,bahkan jadi lebih teruk

Keempat...gangguan percakapan...*pernah alami,namun xselalu..yang nak dicakapkan benda lain,tapi yang keluar dari mulut benda lain..lagi satu,susah untuk ungkapkan apa yang aku fikirkan..nak cakap benda yg simple,tapi yang keluar jadi berbelit2 n panjang lebar

kelima...loya dan muntah2..*selalu aku alami,lebih2 lagi time tengah sakit kepala..tahan dah mula2,tapi last2 muntah juga..hehe..pernah sekali nak ke tandas utk muntah sebab dh xtahan,baru buka pintu bilik dah tersembur..abis muntah penuh depan pintu bilik..belum ke tandas lagi tu

keenam n seterusnya anda bleh carilah dilaman2 sesawang kesihatan..

cuba KLIK SINI

*aku berharap aku tidak mengidap penyakit ini..mungkin yang aku alami hanyalah sakit kepala biasa...namun jika ditakdirkan ya,aku redha diatas ketentuanNya

saya budak baru belajar

Bismillah....
sudah lama tidak menulis surat utk diletakkn dalam peti ini..hari ini hanya terdetik utk menulis mengenai dakwah di dalam facebook(fb).....walaupun dikatakan bahawa fb itu milik org yahudi,namun tidak salah utk kita gunakan ia utk menyebarkan dakwah Islam dan memberikan penerangan mengenai indahnya Islam...di dalam fb terlalu byk group2 Islamik yg mana banyak memberi ilmu dan dakwah tentang Islam..so,xsalah jika kita share kn sahaja di dalam fb kita atau lebih tepat pada wall kita,yang mana insya Allah pahala dakwah itu kita juga akan dapat..even hanya share sahaja...

tapi masalah timbul bila mana ada org salah anggap tentang apa yg kita lakukan..hal ini aku sendiri yang alami..disebabkan aku sering post tentang ayat2 al-Quran,hadis,sirah n lain2 yg islamik,maka ada la mulut2 yang mengatakan aku ni bajet baik/alim,sekadar hendak mencari publisiti murahan,nak tunjuk diri bagus n macam2 lagi..memang sakit hati juga,tapi bagi aku xperlulah utk layan semua2 itu..sebab aku tahu apa yang aku buat..namun disini ingin aku jelaskan bahawa apa yang aku post itu bukanlah untuk menunjukan yg aku ni alim/baik,aku hanya ingin menyumbang sesuatu kepada Islam walaupun hanya sekadar share di fb..aku akui aku memang bukan budak baik,tingkah laku aku pun tidaklah menunjukan yang aku ini baik..namun aku hanya ingin berdakwah dgn cara aku sendiri..apa2pun terima kasih diatas teguran kpd yg menegur

 ingin juga aku kongsikan disini tentang betapa gembiranya hati aku bilamana ada seorang gadis yang tidak bertudung sebelum ini menyatakan hasrat untuk berubah/berhijrah apabila terbaca post2 yg aku sharekan atau yg aku tulis..alhamdulillah,hidayah itu milik Allah..semua yang berlaku dengan izin Allah...perasaan gembira itu hanya Allah sahaja yg tahu..lihat,mungkin hanya klik share sahaja kita mungkin dapat mengubah sesorang menjadi lebih baik..ayuh,jom terus berdakwah
*akubukanbudakbaik,akuhanyaseorangbudakyangsedangberusahauntukmenjadilebihbaik

Tuesday, October 2, 2012

BERSABARLAH~

Bismillah...

Alhamdulillah,aku baru sahaja selesai menyelesaikan amali elektrik dan elektronik..aku dah cuba yang terbaik,dan kini ku serahkan segalanya kepada Allah.

Sedikit coretan untuk hari ini,

Ya,kadang2 Allah akan uji kita dengan memberi apa yang kita paling benci atau xsuka..seperti contoh,aku xsuka rokok,perokok dan perbuatan merokok..bukan apa,setiap kali aku terhidu bau asap rokok,secara automatik kepala aku akan berpusing2 dan akan menyebabkn muntah,seriusly aku xtahan dengan asap rokok..bukan itu shja,malah aku akan mengalami sakit kepala yg amat2 sangat..dan ia menyebabkn selera makan aku untuk sehari hilang mcm tu shja..xtau pasal apa,sakit apa pun xtau..hehe

Dan disebabkan itu,aku jadi benci pada rokok,perokok dan perbuatan merokok.Namun apa yg berlaku pada aku,orang2 disekeliling akau adalah perokok dan begitu juga orang2 yang aku sayang..ramai yang merokok..mungkin ini ujian untuk menguji kekuatan dan keteguhan iman serta prinsip aku..aku mmg xleh benci perokok/org yg merokok itu,tapi aku hanya mampu utk membenci perbuatan merokok tu..betul,kadang2 kita rasa sgt2 xtahan dgn situasi itu,namun apa yg perlu dilakukan adalah bersabar.Jika kita bersabar dengan ujian Allah,insya Allah,Allah akan bantu kita.Yakinlah!

Begitu juga dengan bersih dan kemas.Betul,aku sangat2 benci perbuatan dan orang yg langsung xtahu untuk menjaga kebersihan dan kekemasan diri..AKU BUKANLAH TERLALU BERSIH DAN KEMAS,namun tolonglah untuk jadi sedikit kemas..bukan untuk siapa pun,untuk diri sendiri juga..Ya,memang selalu aku xtahan bila tengok keadaan yg xkemas ni..serabut kepala tengok..lagi2 bila aku dalam keletihan,bila tengok ja keadaan tu,seriusly aku mmh rasa nak marah ja dan kecewa yg amat sangat..TOLONGLAH,jadilah seorg yang kemas,walaupun tidaklah terlalu kemas,namun bagilah supaya ia tidak menyakitkan mata orang lain yg tengok..

Namun demikian itulah ujian yang Allah berikan.Ujian untuk menguji tahap kesabaran dan keimananku.Ya,iman aku betul2 lemah,dan aku bersyukur dengan ujian2 ini.Sekurang2nya ia menyebabkn aku lebih dekat dengan Allah.Bila Allah uji,semakin banyak kita akan berdoa pada Allah dan semakin kuat keyakinan kita kepada Allah...

*aku bukan bajet baik/alim,namun inilah diriku..ramai yang tdk suka,namun aku redha sahaja..AKU ADALAH AKU..hehe poyo gilerr..

maaf,jika ada yg xsuka dengan post ini,satu pesanan sahaja...
*belum tentu benda yang kita suka itu adalah baik untuk kita dan belum tentu benda yg kita benci itu buruk untuk kita..apa2pun muhasabah diri selalu dan dekatkan diri dengan Sang Pencipta~


Sunday, September 30, 2012

sweetnya Nabi Muhammad pada isteri Baginda~

 
Bismillah..

Semenjak dua menjak ni aku selalu mendapat khabar gembira daripada rakan2 yg nak menamatkan zaman bujang diorg.Alhamdulillah,aku seronok sgt2 mendengarnya dan aku sentiasa mendoakan yang terbaik utk kalian.

Kepada yang bakal menjadi suami,jadilah seorang IMAM yang terbaik buat MAKMUMmu iaitu isterimu.Dan kepada bakal isteri,jadilah MAKMUM yang terbaik buat IMAMmu.Jadilah makmum yang setia dan tegurlah imammu sekiranya dia melakukan kesalahan.

Dan disini ingin aku kongsikan sedikit kisah2 betapa sweetnya Nabi Muhammad S.A.W kepada isteri Baginda.Patut dijadikan contoh buat semua..

  • Kalau ada pakaian yang rosak,Baginda sendiri yang akan menjahitnya tanpa perlu menyuruh isteri Baginda.
  • Setiap kali pulang kerumah,bila dilihat tiada makanan yang sudah dimasak untuk dijamah,sambil tersenyum Baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya didapur.Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'kalau Nabi berada dirumah,Baginda selalu membantu urusan rumah tangga.
  • Jika mendengar azan,Baginda cepat-cepat berangkat ke masjid  dan cepat-cepat pula pulang kerumah sesudah selesai solat.
  • Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’).Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’  Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. 
  • Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’  
  • Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Saturday, September 29, 2012

kurindukan kasihmu kekanda~

Bismillah...

Tiap kali aku duduk sendirian,pasti aku akan teringat Allahyarham abangku.Abang Alang.Satu-satunya abang yang terbaik bagi aku.Orang yang dulu suka memberikan senyuman,suka ketawa dan selalu mengajar aku.Terutamanya Bahasa Inggeris.Ya tiap kali aku belajar bahasa Inggeris,pasti akan teringat tiap kali dia mengajar aku.Tegas tetapi lembut.

Warkah itu mmasihku simpan sebagai pembakar semangat.Memang titis air mata akan mengalir tiap kali menatap warkah itu.Warkah yang penuh dengan kata nasihat..

Ya,kini aku merindukan kamu.Aku rindu untuk melihat senyumanmu.Aku rindu untuk melihat wajahmu tersengih dan aku rindu kata nasihatmu.

Lambaian terakhir itu masih segar dalam fikiran bila dirimu menghantar aku daftar di sekolah sains itu.Panggilan terakhir ketikaku menelefonmu jua masih terngiang-ngiang di telingaku..

YA,KURINDUKAN KASIHMU KEKANDA~

semoga dirimu berbahagia disana,disini adikmu sentiasa mendoakanmu

Al-Fatihah



Sempena post yg ke 111 aku,hari ini aku rasa cam nak cerita pasal family aku..hehe..bila lagi nk promote family sendiri kn..haha

ok,dalam family Encik Zakaria Bin Din dan Puan Maimunah Bt Itam Shatar,kedua pasangan bahagia ini dikurniakan 15 orang anak..huhu ramaikan..rezeki Allah bagi

Namun 3 anak telah meninggal dunia..seorang iaitu kakakku Allahyarhamah Mashitah Bt Zakaria meninggal ketika baru berusia beberapa bulan sahaja..sakit kuning..anak kedua yang meninggal ialah Allahyarham Razak B Zakaria..meninggal ketika usia 6 tahun..sakit apa xtau...dan ketiga ialah Allahyarham Mohd Azhar Bin Zakaria..meninggal ketika usia 26 tahun klu xsilap..langgar lari..pemergiannya cukup aku rasai kerana dua orang adik beradik aku yg meninggal awal tu,mereka meninggal ketika aku belum lahir..Namun pemergian arwah abgku ini cukup2 terkesan dihati aku...aku mengambil masa yg cukup lama utk dapat lupakan segala kenangan dan memori bersama arwah..yela,kami duduk satu bilik,jadi memang rapat sangat2 la...Namun apapun aku tetap redha diatas pemergiannya..

Al-Fatihah untuk semua ahli keluargaku yang sudah pergi meninggalkan aku.....


dan kini,kami tinggal 12 orang adik beradik kandung..4 orang adik beradik aku sudah berkahwin,yang selebihnya belum lagi..tunggu saat ja..hehe..dan alhamdulillah skrg aku sudah ada 7 orang anak saudara..hehe..seronok keluarga besar ni..

dan inilah keluargaku..ini semua adik beradik kandungku..hehe...bukan senang nak kumpulkan semua sekali,yela masing2 dh ada keluarga dan kehidupan masing2..lagipun xsemua yg suka bergambar terutamanya aku..hehe





ok,sampai disini sahaja...ni semua gambar time raya hari tu..hehe..
<3 keluargaku <3

Friday, September 28, 2012

KINI KEMBALI


BISMILLAH...

hemm lama x menjenguk surat2 dalam peti ni..ntah la semenjak dua menjak ni mmg xde mood lgsung nk menulis surat n masukkn dlm peti ni..hehe...

kadang2 sibuk dan buat2 sibuk..hehe

Alhamdulillah sekarang sudah tiba masa yg agak free untuk aku..semua assignment sudah siap,tggl nk hntr ja..ada la satu dua assignment yg masih lg tggl dlm 15% lagi..harap semuanya dapat disiapkan..

Insya Allah minggu hadapan akan ada amali elektrik dan elektronik untuk aku..harap semuanya berjalan dgn lancar..minggu depan juga adalah minggu terakhir utk submit semua assignment..minggu depan jugak aku kena hantar video untuk satu pertandingan tu...harap2 membawa kejayaan..amin

diri sendiri?
alhamdulillah sedang menyibukkan diri dengan mengutip seberapa banyak ilmu dan pengalaman yg boleh aku timba..harap semuanya dipermudahkan..amin

cinta?aku sangat2 bahagia apabila melihat rakan-rakan aku bahagia dengan cinta mereka...hanya satu pesanku..CINTA ITU SUCI,JANGAN KOTORKAN KESUCIAN ITU HANYA KERANA NAFSU KITA....mantapkan IMAN dan ILMU dalam diri sendiri dahulu,sebelum hendak menjadi bakal IMAM kepada MAKMUMMU~
:)

Saturday, June 16, 2012

kawan,sahabat dan teman~

Bismillah...
Alhamdulillah beberapa hari kebelakangan ni merupakan hari yg cukup membahagiakan aku..sebab ape?sebab aku dapat berjumpa dengan sahabat lama yang dah lebih 12 tahun x berjumpa...walaupun sekadar berjumpa di laman muka buku,tapi bagi aku,itu sudah mencukupi..dah lama kot xjumpa/bertanya khabar...kali terakhir berjumpa time darjah 3..hujung tahun

dan manusia itu bernama Mustafa Ramlan..kawan baik dan paling rapat aku time zaman kanak-kanak riang dulu..hu3...ari2 main sama2...pagi2 jumpa kt sekolah(sebab satu kelas)..kami selalu keluar makan rehat sama-sama..kawan baik la katakan..tapi klu kami bergaduh(gaduh bdk2,merajuk sekejap ja),kami xmakan sekali la..makan duduk jauh2..ha3..dan kebanyakan aktiviti di sekolah,kami buat sama2..skali la dengan kawan2 sekelas yang lain

abis time skolah,kami jumpa lagi di sekolah agama rakyat..SAR Nurul Ehsan,Kampung Tengah,Parit,Perak..sekarang ini,sekolah agama rakyat ni dah xwujud dah..sudah dirobohkan..seriusly aku sgt2 sedih..dan kt SAR inilah tempat yang lagi seronok..sebab ape?sebab kt sinilah kami akan main apa2 sahaja yang kami suka..antaranya main tuju selipar,main sepak tin,main tutup tin,main bola dan macam2 lagi..dah jadi macam rutin,hari2 ustazah mesti akan marah kami sebab kami main bising sangat...dan dah banyak kali berlaku peristiwa orang kampung yang duduk berdekatan dengan SAR kami akan datang mengamuk...ha3...tapi kami main time rehat la..time mengaji quran/belajar kami akan fokus la(fokus la sangat).ha3..memang seronok sangat dapat bersekolah kt situ..

abis ja SAR,biasanya aku akan dtg bertandang ke rumah kawan aku si mustafa tu(biasala,bdk2 mmg muka xamalu sikit)..kami akan main lagi..ha3..tapi kadang2 kami akan buat kerja sekolah time tu,itupun sebab kena tegur dgn mak/kakak2 kawan aku tu..sebab kami asyik main ja..kerja sekolah xnak buat..haha..dan antara kerja sekolah yang aku ingat kami buat bersama adalah berkaitan dengan operasi lazim.."lazimkan nombor 3 dengan 7"..itu antara soalannye(ye kot)

dan begitulah seterusnya,boleh dikatakan setiap hari kami akan main dan buat aktiviti bersama...tu yg jadi kawan paling rapat tu..hu3..dan ditakdirkn pada hujung tahun 2000,mustafa dan keluarga berpindah..sebelum berpindah,kami duk tukar2 alamat la...dan komunikasi kami yang terakhir adalah sepucuk kad raya dari mustafa dan adik dia,udin..hu3..dan itulah komunikasi kami yang terkahir..lepas dari tu terus lost contact..dan selepas tu,aku sentiasa berdoa agar aku dapat dipertemukan dengan dia balik(selepas tengok cikgu aku berjumpa dgn kawan baik dia yg dah lost contact berpuluh tahun)sebak tengok..hu3

dan ditakdirkan pada awal bulan enam utk aku cari di laman muka buku..dalam dua hari pertama,bila aku taip nama dia,memang xdapat..fb orang lain yang muncul..nasib baik aku teringat nama salah seorang adik beradik dia..borhan..in mind aku,aku ingat yg borhan ni adik dia..so bila cari tu jumpa la..tapi tgk gmbr cam orang yg dewasa..siap bermisai lagi..xkan kot..dan aku tgk2 la fb dia tu..fb dia ni diprivatekn..so xbyk yg aku leh tgk..dan tiba2 aku terjumpa ada beberapa komen yg mention nama mus..dan aku apalagi,terus add borhan ni...dalam masa beberapa jam,barulah dia approve aku..lepas ja dia aprove tu,aku terus tgk friend dia,dan akhirnya aku jumpa fb seseorang yang bernama mustafa ramlan..terus aku add..dan fb dia ni pun sama,private..so mmg xleh nk tgk byk benda la...dalam beberapa jam pas tu,baru di approve,lepas2 ja dia aprove,aku terus search2 fb dia..tgk info n gambar..tapi info tu xmembantu..gambar ada,tapi x byk..tgk pun aku xcam sangat..yela dah xjumpa 12tahun..muka pun dh berubah..dah matang..hu3..so,aku terus bukak chat n terus tanya..mula2 mmg dia xingat..tapi bila aku ungkit balik cerita2 lama barulah dia ingat dan akhirnya dia kata "ye,akulah mustafa yang ko kata tu"..Ya Allah betapa bersyukurnya aku time tu..gembira sangat2 sebab dapat jumpa balik..hu3

itulah,kawan yang sejati,memang kita akan ingat selama2nya..hu3 ayat poyo

sekian sahaja pemerepekan utk hari ini..hu3..:)


Tuesday, June 12, 2012

mengenali diri~

bismillah...sudah lama aku tidak menaip di blog ini..malas dan sibuk..dua perkara ini yg menghalang aku utk menaip di papan kekunci laptop aku ni...

tajuk entry kali ini adalah mengenali diri...ya,pada usia remaja adalah usia dimana kita sedang mencari identiti diri kita yg sebenarnya..dan itulah yg sedang dialami oleh aku...pening,pening dan pening..aku kadang2 tidak faham dengan perangai aku sendiri...pada mula,aku benci untuk melakukan sesuatu perkara itu,tapi pada akhirnya,aku buat juga benda itu...Ya Allah,ampunilah dosa aku..aku takut,aku tergolong dikalangan orang2 yang bercakap pada perkara yg tidak dia lakukan...aku memang xsuka untuk melakukan perkara itu,tapi entahlah,mungkin kerana lemahnya iman aku...Ya Allah,Kau peliharalah imanku ya Allah..


ketika di dalam kelas atau dimana2 aku berada,apabila orang meminta aku utk memberi nasihat,aku suka untuk mengatakan ini..jika kita tidak suka orang buat perkara jahat/perkara yang kita tidak suka kepada kita,maka kita jangan buat perkara itu pada orang lain...biar orang buat benda jahat pada kita,jangan kita buat benda jahat pada orang lain....dan utk hal ini,aku masih pegang kuat2...apabila ia bersangkut paut dgn org lain,aku akan cuba utk jaga hubungan dengan baik...cuma pada soal hati sahaja..aku merasakan betapa kotornya hati aku...hemmm hanya Allah sahaja yang tahu..

ya,aku masih lagi tidak mengenali diri aku yg sepenuhnya...ya Allah,Kau berikanlah taufiq dan hidayah kepadaku agar dapat aku terus istiqamah melaksanakan segala perintahMu dan meninggalkan segala laranganMu...amin,amin ya Rabbal Alamin....


Saturday, April 21, 2012

DIA BUKAN MILKKU...TETAPI DIA AMANAHKU...~


"Assalamualaikum Ahmad."kata Shahrul."Oh,hang ke yang datang,aku ingat siapa tadi.Ha,ada ape datang ni?"Soal Ahmad sambil dia melepaskan punggungnya di atas sofa yang terletak di atas anjung rumahnya itu."Ish hang ni,kalau ye pun,pelawalah aku duduk dulu.Kasihan la kat aku ni,dah datang jauh-jauh ni."balas Shahrul sambil tersenyum lebar.Perli memerli di kalangan mereka berdua sudah menjadi kebiasaan.Kadang-kadang ia dapat mengeratkan hubungan di antara mereka berdua juga.

"Eh Shahrul,awal datang rumah mak cik hari ini,kamu berdua ada pogram apa-apa ke hari ini?"soal ibu Ahmad,Puan Hamidah sambil menghidangkan dua gelas air kopi dan sepinggan biskut."Jemputlah makan ye"pelawa ibu Ahmad.'Kami tak ada program pun hari ini mak cik,saja datang awal hari ini,nak berbual dengan Ahmad ni."Oh,hemm jemputlah makan ye,mak cik nak ke dapur pula ni.Ahmad,layan kawan kamu ni."Kata Puan Hamidah sambil memberi isyarat mata kepada Ahmad,anaknya yang ketiga.

"Ahmad,aku dengar cerita Aisyahnak pindah sekolah.Hang ada dengar tak berita ni?"soal Shahrul sebaik sahaja dia memastikan ibu Ahmad sudah berada tiada di anjung rumah Ahmad.Ini bermakna 'line clear'."Aisyah?yang mana satu ni?"jawab Ahmad seolah-olah dia tidak mengenali Aisyah.Sedangkan yang sebenarnya Aisyah lah wanita pertama yang telah berjaya mengetuk pintu hatinya untuk bercinta.Sebelum ini sudah ada yang menyatakan hasrat untuk berkawan secara istimewa dengannya,namun kesemuanya ditolak dengan mentah-mentah.

"Ish hang ni,takkan tak kenal.Yang duduk kat rumah anak yatim tu.Yang hari tu tersesat kat sawah padi hari itu tu.Ingat tak?.Jawab Shahrul dengan penuh semangat."Yang mana satu ye,yang pakai jilbab biru tu ke?Soal Ahmad.Sengaja dia berpura-pura."Ha,yang itulah.Aku dengar dia akan berpindah ke Melaka.Tapi tak tahulah betul atau tidak cerita ni.Hang tanya la adik hang.Dia kan kawan baik adik hang."Cadang Shahrul."Insya Allah nanti aku tanya.Ha, yang hang semangat sangat cerita pasal Aisyah ni pasal apa?Hang minat dia ek?Soal Ahmad sambil menunjukkan jari satu dan mengenyit-ngenyitkan matanya.Shahrul tertawa melihat tingkah laku kawan baiknya itu.

"Ish tak ada la,aku saja nak cerita kat hang.Hang kan suka kat dia."Balas Shahrul.Sebenarnya sudah lama Shahrul mengesyaki yang Ahmad meminati Aisyah.Setiap kali dia dan rakan-rakan sekelas yang lain bercerita tentang Aisyah,Ahmad akan segera mendiamkan diri.Dan apabila mereka bertembung dengan Aisyah,Ahmad akan menundukkan wajahnya dan selepas itu,Ahmad akan tiba-tiba menjadi pendiam.Dan kadangkala,dia akan tersenyum seorang diri.Sedangkan tidak ada orang buat lawak pun.Dan peristiwa di sawah padi beberapa hari yang lepas,menguatkan lagi tanggapan Shahrul bahawa Ahmad sudah jatuh cinta dengan Aisyah.Kesemua peristiwa yang berlaku terhadap Ahmad ini merupakan tanda-tanda bahawa dia telah jatuh cinta.Kesemua ilmu mengenai cinta ini Shahrul perolehi ketika menonton rancangan "Inilah Cinta" yang ditayangkan di TV4.

"Ish hang ni,pandai-pandai jela.Eh jom pi dusun kat belakang rumah aku ni.Buah rambutan kat belakang tu dah merah dah.Sedap kalau makan waktu-waktu macam sekarang ni."cadang Ahmad.Dia sengaja menukar topik.Dan selepas itu,kedua sahabat baik itupun menuju ke dusun belakang dan berbual-bual sambil bergurau.Hubungan mereka berdua memang sangat akrab.Sudah seperti adik beradik.

***

"Adik,mari ke sini sekejap.Abang nak tanya ni,betul ke Kak Aisyah dah pindah ke Melaka?soal Ahmad kepada satu-satunya adik yang dia ada,Solehah."Ya,baru ja petang tadi dia pindah.Maafkan adik,adik lupa nak beritahu abang.Lagipun abang kan dah cakap kat adik aritu yang abang xnak fikir pasal Kak Aisyah dulu kan?nanti dah bersedia,barulah abang akan tanya kan?"Jawab Solehah sambil tersenyum.Dia sebenarnya memerli abangnya.Dia tahu sebenarnya abangnya suka kepada Kak Aisyah,tapi mungkin kerana ego yang ada dalam diri abangnya,membuatkan abangnya langsung tidak memberikan jawapan balas kepada permintaan Kak Aisyah.

Mendengar kata-kata adiknya itu,Ahmad merasakan dia baru sahaja terkena satu tamparan yang sangat kuat."Ya Allah,aku sudah terlambat.Mungkin sudah tidak sempat untuk aku meluahkan apa yang aku rasa pada dirinya.Aku ingin dia tahu bahawa aku ingin melamar dia sebagai isteri aku.Namun sekarang bukanlah masanya yang sesuai.Aku masih belum bersedia untuk menjadi Imam dan Nakhoda dalam pelayaran rumah tangga kami nanti,aku perlu bersedia dari semua segi terutama dalam ilmu agamaku."monolog Ahmad sendirian.

Melihat keadaan abangnya yang agak sedih dan kecewa,Solehah segera mendekati abangnya dan menepuk-nepuk belakang bahu abangnya."Bersabarlah abang,insya Allah pasti ada hikmahnya.Ha,sebelum adik terlupa,tadi Kak Aisyah tinggalkan surat ini untuk abang,bacalah."kata Solehah sambil menghulurkan sepucuk surat yang telah diserahkan oleh Kak Aisyah sebelum dia menaiki van menuju ke Melaka tadi."Jangan lupa serahkan surat ini kepada abang Solehah tau.Cakap kat dia,yang kakak minta maaf di atas segala salah dan silap kakak ye.Terutama selepas kakak meminta abang Solehah untuk memberikan jawapan."pesanan Aisyah tadi tiba-tiba muncul dalam ingatan Solehah.

"Surat?Aisyah?Adakah masih ada peluang untuk aku melamar dirinya?"monolog Ahmad.Lalu surat yang ada ditangan adiknya diambil dan dia membuka surat itu dengan perlahan-lahan.Alangkah sedihnya tatkala dia.................................................(bersambung)  :)

Thursday, March 29, 2012

cinta aku??Biarlah Hanya Tuhan Yang Tahu...~


memang sudah fitrah manusia untuk merasai cinta..untuk merasa dicintai dan mencintai serta untuk rasa disayangi dan menyayangi...jadi perasaan ini memang xkan terlepas pada sesiapa termasuklah juga aku...."Safuan,kamu suka siapa?,Safuan,hang minat siapa?Safuan mung ada gewe dah ke?Ami dah ada awek?"...hemmm itu antara soalan2 yang selalu ditanya pada aku...aku malas nak jawab..huhu...

biarlah apa2pun,Hanya Tuhan Yang Tahu.........

Kupendamkan perasaan ini
Kurahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Kupohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

( 1 )
Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang

( korus )
Di hati ini hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini aku rindu padamu
Tulus sanubari menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

( ulang 1 )

( ulang korus 2X )

Kerana batasan waktu
Adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
Insan yang berkasih






peliharalahlah solat kita....~

Bismillah......

hemmm sudah agak lama tidak menjengah peti surat...walaupun surat2 yang inginku tulis banyak,tapi disebabkan kesuntukan masa dan kesibukan,aku x dpt nak menulis surat-surat tersebut.Dan Alhamdulillah,kini aku diberi kekuatan untuk menulis sepucuk surat buat semua........

Beberapa hari yg lalu,aku telah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa(masih pada jumlah yg agak ramai) rakan baik aku yang selalu meninggalkan solat.....bila dengar tu,ya,aku sangat-sangat sedih...rasa sedih tu betul2 membuat aku terdiam..ya,aku terdiam...selama ini memang aku x pernah nampak mereka ke surau..kecuali jika ada sesuatu program yang mewajibkan mereka turun...solat mereka aku x pernah nampak la,sebab masing2 aada bilik masing2...so,aku ambil pendekatan husnuzhon la....walau mereka x sembahyang di surau,mungkin mereka sembahyang di bilik..

Namun tatkala dimaklumkan yg mereka selalu sangat tinggalkn solat,terutamanya subuh,ia betul2 menyentak aku...aku jadi xtau nak cakap apa...sesungguhnya aku ni bukanlah seorang yang baik,aku sangat2 jahat,banyak dosa yang aku dah buat..

Namun hanya satu sahaja pesanan aku..JANGANLAH sesekali kita meninggalkan solat kita..kerana sesungguhnya amalan pertama yang akan disoal di akhirat nanti adalah solat kita..jika baik solat kita,maka baiklah amalan kita yang lain...

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ibadah yang pertama kali dihisab di hari kiamat kelak adalah sholat, jika sholatnya baik, maka baiklah seluruh amal perbuatannya, dan jika sholatnya buruk (cacat), maka akan rusaklah seluruh amal perbuatannya.” (HR. Thabrani).

ustaz aku ada memberi analogi seperti berikut....kita ini bagaikan sebuah pohon..akarnya adalah akidah kita,dan batang pokok adalah solat kita dan manakala dahan-dahan,ranting-ranting,daun-daun,bunga-bunga,buah-buah dan lain2 adalah amalan2 kita yang lain.....jika batang pokok kita rosak/rapuh/berulat sudah tentu pokok itu akan tumbang dan mati....dan bila batang pokok sudah mati dan ditebang,maka sudah tidak bergunalah daun2,ranting2 n lain2 tu...kesemua itu tidak akan dikira.....jadi samalah sepertti dengan diri kita...jika kita x solat,belum tentu amalan2 kebajikan kita yang lain akan dikira oleh Allah...masya Allah...

semoga Allah memberi hidayah serta petunjuk kepada diriku sendiri dan sahabat2ku untuk sentiasa melaksanakan perintahMu Ya Allah....amin

Saturday, February 4, 2012

SAKIT:SEBUAH MADRASAH PENUH DENGAN HIKMAH...~

BISMILLAH....



Sakit,seringkali kita akan mengeluh tatkala ditimpa sakit.Kita akan sering menyalahkan semua orang sebagai punca kita ditimpa sakit.
Sedarlah sebenarnya sakit ini memberi seribu satu hikmah kepada kita.Banyak pengajaran yang boleh kita pelajari.Jangan kita terlalu ikutkan emosi kita.Tetapi bersabarlah dan perbanyakan muhasabah diri.Sesungguhnya sakit yang Allah turunkan,mempunyai banyak hikmah dan pengajaran.

SAKIT:Sebagai penghapus dosa

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit  dan sejenisnya,melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (HR Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571)

Subhanallah!Lihatlah,sesungguhnya sakit yang Allah kurniakan sebenarnya adalah satu 'anugerah'.
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman pernah berkata "sebagai manusia biasa sudah tentu kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan samada secara sengaja atau tidak.Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dari Allah.Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita yang berkenaan."

"Jadi jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah.Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita dari segala dosa dan noda."kata Ustaz Zaharuddin lagi.

SAKIT:Sebagai medan muhasabah diri


Apabila kita sakit,lebih banyak masa yang kita habiskan adalah bersendirian.Pada waktu ini,kita tidak mempunyai cukup tenaga untuk bertindak aktif.Jadi gunakan peluang ini sebaiknya sebagai masa untuk kita memuhasabah diri.Cuba kita renungkan sebentar."Apa yang aku dah buat sepanjang aku sihat?Adakah semua ibadah wajib telah aku laksanakan sepanjang aku sihat?Apakah aku telah menggunakan masa sihat aku untuk menyumbang sesuatu untuk agama?Kemana aku gunakan anggota-anggota tubuh badan yang telah Allah kurniakan kepada aku sepanjang aku sihat?

Jadi gunakan sebaiknya masa ini untuk kita memuhasabah diri serta memperbetulkan setiap kesalahan diri kita.Minta ampun dan bertaubatlah kepada Allah S.WT sekiranya kita telah melakukan dosa kepadaNya dan minta ampunlah kepada manusia jika kita melakukan kesalahan kepada mereka.


SAKIT:Sebagai ganjaran



Para Rasul dan Nabi adalah ma‘shum (terpelihara daripada melakukan segala jenis dosa). Maka antara sebab mereka ditimpa dengan ujian sakit bukanlah sebagai balasan dari dosa yang dilakukan, akan tetapi untuk meninggikan lagi martabat dan kedudukan mereka.


Imam an-Nawawi Rahimahullah seterusnya menerangkan bahawa ulama berkata: “Hikmah para nabi lebih berat ditimpa dugaan, kemudian mereka yang di bawah taraf para nabi dan seterusnya mereka yang di bawahnya lagi, adalah kerana mereka telah dikhususkan dengan kesabaran yang sempurna, ketelusan penyerahan diri kepada Allah dan dengan pengetahuan bahawa semua itu adalah nikmat daripada Allah Ta‘ala untuk disempurnakan bagi mereka kebaikan yang selayaknya, menggandakan bagi mereka ganjaran pahala dan (bagi mereka) menzahirkan kesabaran dan keredhaan mereka.”


Adapun bagi seorang mukmin, perkara yang sama juga boleh dicapai. Ini berdasarkan beberapa hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam antaranya ialah:


Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:



Maksudnya: “Tiadalah seseorang mukmin yang tertusuk duri atau lebih dari itu melainkan Allah mengangkat satu darjat (dengan tertusuk duri itu) atau menghapuskan daripadanya satu kesalahan.”

(Hadis riwayat Muslim)


Dalam sebuah hadis qudsi daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘ahnu yang dimarfu‘kan kepada Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:


Maksudnya: “Allah Azza wajalla berfirman: “Sesiapa yang Aku hilangkan kedua matanya lalu dia sabar dan mengharapkan pahala, nescaya Aku tidak suka baginya pahala selain syurga.

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Dalam satu riwayat daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa seorang perempuan telah mengadu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai penyakit yang dideritainya. Menurut hadis tersebut, perempuan itu akhirnya memilih untuk bersabar sahaja dengan keadaanya agar dia memperolehi ganjaran yang lebih besar dengan bersabar. Perempuan itu berkata:


Maksudnya: “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar menyembuhkanku.”


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah bagimu, maka Allah akan menyembuhkanmu. Dan jika engkau mahu, maka bersabarlah dan (semoga) tiada hisab ke atasmu.”


Perempuan itu pun berkata: “Pasti aku akan (memilih untuk) bersabar dan (semoga) tiada hisab ke atasku.”

(Hadis riwayat Ibnu Hibban)



Jadi secara kesimpulannya dapat kita simpulkan bahawa sesungguhnya sakit yang kita hadapi ini sebenarnya memberikan seribu satu hikmah dan pengajaran yang sangat-sangat berguna.Cuma ia hanya bergantung pada diri kita untuk menerimanya atau tidak

Wallahu a'lam 

sumber rujukan DISINI