Friday, December 7, 2012

cuti3...

Bismillahhirrahmannirahim...

Bercerita tentang cuti sekolah kali ini,tidak banyak aktiviti sangat yg aku buat...ada la beberapa benda yg aku buat iaitu on9,pi kenduri kahwin,jalan2 dgn family,main bowling,makan2 dgn family n beberapa lagi la...berikut ada la sedikit gambar sepanjang cuti kali ini..hehe












sekian~

Wednesday, December 5, 2012

AKU RINDU ZAMAN KANAK-KANAKKU!!

Bismillahirrahmannirahim..

Yes,aku sangat-sangat rindu akan ketika itu..ya zaman kanak-kanak adalah zaman terbaik bagi kita semua..pada waktu tu kita memang tidak ada apa2 masalah..yg ada di fikiran hanyalah utk bermain dan berseronok sahaja..mak marah ke,ayah marah ke,itu semua bukan penghalang utk berseronok..hehe

seriusly,mmg rindu sangat2 zaman kanak-kanak..dlu semua benda aku main..aku yg dilahirkan dalam keluarga yg sederhana dgn suasana kampung,memang sangat2 seronok..mcm2 yg pernah aku main..antaranya aci kejor,polis sentri wan tu jaga polis mati pencuri jaga,main getah,main tuju selipar,roundes,main bola tin,lawan pemadam,main bola guna pembaris n pensil picit,main yoyo,gasing,layang2,galah panjang,masak2,pejabat2,cikgu2 n mcm2 lagi la..seriusly mmg sgt2 best..

tapi antara semua tu yg plg feveret ialah main bola tin..aku n kwn2 main kt skola agama rakyat..disebabkan kami main sgt2 bising,hari2 kami kena marah dgn ustazah..time tu ada 2 org ustazah yg ajar..ustazah lazizah n ustazah (opss xingat)..bukan stakat ustazah..org kg yg duk dekat dgn skola agama rakyat tu pun marah..siap ada yg dtg serang lagi..pak cik tu dh arwah skrg ni..biasala,budak2 main bola tin mmg bising,klu xbisng,bukan main bola namanya..hehe

itu klu kt skola agama rakyat,klu kt skola rendah plak prmainan feveret ialah main bola dgn pembaris n pensil picit..aku rasa korang pun pernah main..buat tiang gol kt hujung meja then letak bola kecik(kertas) kt tengah padang(meja),pastu letaklah pembaris kt hdpn bola tu..pastu gerakkan pembaris dgn menggunakan bhgian blkg pembaris..huhu mmg seronok..lagi pengalaman yg paling xbleh aku lupa ialah bila aku main aci nyorok dlm kelas..time tu darjah 5...first time main dh kantoi dgn cikgu..time tu aku bru nk menyorok dalam almari..bru nk masukkan bdn,tiba2 ada org cuit blkg badan aku..aku tepis la..ish..dia cuit lg..aku bertambah geram,toleh ke belakang,tgk2 cikgu bm time tu(cikgu kamaruzaman) tersenyum manja dkt aku..hahahaha..aku pun senyum manja jela..nk wat camna dh kantoi..hukumannya,kena duk kt luar kelas pastu pegang telinga kwn2 yg main jugak pastu buat ketuk ketampi..abis kena duk luar,kena pggl masuk dlm balik,then kena tampar byk kali dgn kedua2 belah tgn cikgu...(xsakit pun sbb cikgu buat laju2 n slow2)..hehehe

bila petang plak,biasanya akan main bola sepak..ala2 bola kampung...seriusly mmg seronok...atau pun aku n kawan2 yg lain akan main galah panjang,roundes n tuju selipar...ketiga2 prmainan ni mmg wajib main la..kalau main tuju selipar tu standardnya mesti ada yg menangislah..bukan apa,undang2 buat sendiri..then akan ubah2..bila team kita kalah n asyik team lawan ja yg jalan,mmg sakit hati..sebab main tuju selipar bleh gaduh satu kg tau..huhu dahsyat2

begitulah zaman kanak2 aku yg kebanyaknnya berlaku di parit,perak..seriusly aku sangat2 rindu zaman kanak2..rindu kawan2 dulu..rindu utk bergelak ketawa n seronok2..hehe..
*rindu utk mendengar panggilan "Assalamualaikum,Ami jom main.." daripada kawan2 time kecik2 dlu..hehe

Tuesday, December 4, 2012

PADA ZAMAN DAHULU~

Bismillahhirahmannirahim...

sekarang kita sudah berada dalam bulan disember..bulan dimana ibu bapa sudah mula sibuk membeli pakaian n peralatan2 yang diperlukan untuk persekolahan anak2 pada awal januari nanti..beberapa tahun dahulu,aku salah seorang yang sangat2 sibuk menyuruh mak n ayah aku belikan pakaian n peralatan sekolah yng baru..semua nak baru..walaupun yang lama ok lagi..tapi standardlah tu..budak2 kn,mana tau ape..hehe

sejarah aku,pernah brsekolah di beberapa sekolah..bersekolah rendah di sk iskandar shah,parit perak..dari darjah 1 sampailah darjah enam..aku jugak bersekolah kafa di sekolah rendah agama rakyat nurul ehsan,parit,perak..sama juga,dari darjah satu sampailah darjah enam..

itu sekolah rendah,sekolah menengah pula di smk iskandar shah,parit n sms raja tun azlan shah..3 tahun di smkis n 2 tahun di seratas..inilah tempat2 dimana aku mula mengenal dunia..mula belajar tentang hidup...hehe

dan selama berada di tempat2 itu,mcm2 yang telah aku alami..ada manis,ada pahit,ada tawar n mcm2 rasa la..hehe..n yg paling xdapat aku lupakan adalah disaat bila aku mendapat penghargaan daripada sekolah..bagi budak2,benda yang paling dia suka adalah bila dapat hadiah..betul x?hehe

dan alhamdulillah sepanjang aku bersekolah di tempat2 yg aku sebut sebelum ni,beberapa hadiah/anugerah yg pernah aku dapat..antaranya ialah tempat pertama kedudukan dalam kelas ketika peperiksaan,tempat kedua,anugerah peningkatan akademik terbaik,anugerah khas ketua kelas,anugerah pekerti terpuji,pelajar terbaik lelaki keseluruhan,salah seorang penerima anugerah pelajar cemerlang PMR peringakt sekolah,zon dan daerah n beberapa lagi..kesemua ini yang telah mewarnai hidup aku...

*aku bukan nak menunjuk ye,aku hanya ingin meluahkan perasaan gembira aku..maaf jika aku telah membuat anda xsuka..hehe..apa2pun,masing2 ada kehidupan masing2 n masing2 ada sejarah masing..dan aku,inilah sejarah aku..sejarah yang membantu aku untuk terus mengenal dunia..

~MISKIN~

Bismillahhirrahmannirahim...


Apa Ertinya Miskin
Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.

Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ni?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"

"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya,"

Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

"Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga kekali langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta.Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,"

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut
kemudiannya berkata, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita"

Sunday, December 2, 2012

tanda2 awal barah otak~

Bismillah..
berikut adalah tanda2 awal/simptom barah otak yang aku dapt daripada beberapa orang dan juga daripada laman2 sesawang kesihatan yang aku search.

Pertama...sakit kepala yang sangat teruk terutama pada waktu pagi....*yang ini selalu sangat aku alami..

Kedua...gangguan penglihatan berlaku...*selalu juga aku alami,terutama pada waktu malam,memang aku xbrape nampak jalan...lagi satu ketika di dalam kelas,kalau aku duduk pada bahagian tengah/belakang,memang aku xnampak tulisan pada slide atau papan putih..sebab itulah aku suka duduk depan.. dua waktu ini yang aku selalu alami masalah penglihatan

Ketiga..sakit kepala menjadi lebih teruk ketika batuk,bersin atau menunduk...*yang ini lagilah selalu aku alami,kadang tu berusaha utk tidak bersin atau batuk,rasa sakit yang amat sangat..bila batuk/bersin tu rasa cam urat kepala kita ditarik2 n kepala dihentak2 kedinding..sakit sangat2..lagi satu ketika sedang sujud/rukuk..memang sakit yang amat sangat time rukuk n sujud..dulu time sekolah,kawan aku kata kalau sakit kepala,kita kena banyakkan bersujud..ia untuk bagi darah turun ke bahagian otak n bg ada oksigen di otak..time sekolah dulu aku rasa berkesan la cara tu,tapi sekarang ni memang xberkesan langsung,bahkan jadi lebih teruk

Keempat...gangguan percakapan...*pernah alami,namun xselalu..yang nak dicakapkan benda lain,tapi yang keluar dari mulut benda lain..lagi satu,susah untuk ungkapkan apa yang aku fikirkan..nak cakap benda yg simple,tapi yang keluar jadi berbelit2 n panjang lebar

kelima...loya dan muntah2..*selalu aku alami,lebih2 lagi time tengah sakit kepala..tahan dah mula2,tapi last2 muntah juga..hehe..pernah sekali nak ke tandas utk muntah sebab dh xtahan,baru buka pintu bilik dah tersembur..abis muntah penuh depan pintu bilik..belum ke tandas lagi tu

keenam n seterusnya anda bleh carilah dilaman2 sesawang kesihatan..

cuba KLIK SINI

*aku berharap aku tidak mengidap penyakit ini..mungkin yang aku alami hanyalah sakit kepala biasa...namun jika ditakdirkan ya,aku redha diatas ketentuanNya

saya budak baru belajar

Bismillah....
sudah lama tidak menulis surat utk diletakkn dalam peti ini..hari ini hanya terdetik utk menulis mengenai dakwah di dalam facebook(fb).....walaupun dikatakan bahawa fb itu milik org yahudi,namun tidak salah utk kita gunakan ia utk menyebarkan dakwah Islam dan memberikan penerangan mengenai indahnya Islam...di dalam fb terlalu byk group2 Islamik yg mana banyak memberi ilmu dan dakwah tentang Islam..so,xsalah jika kita share kn sahaja di dalam fb kita atau lebih tepat pada wall kita,yang mana insya Allah pahala dakwah itu kita juga akan dapat..even hanya share sahaja...

tapi masalah timbul bila mana ada org salah anggap tentang apa yg kita lakukan..hal ini aku sendiri yang alami..disebabkan aku sering post tentang ayat2 al-Quran,hadis,sirah n lain2 yg islamik,maka ada la mulut2 yang mengatakan aku ni bajet baik/alim,sekadar hendak mencari publisiti murahan,nak tunjuk diri bagus n macam2 lagi..memang sakit hati juga,tapi bagi aku xperlulah utk layan semua2 itu..sebab aku tahu apa yang aku buat..namun disini ingin aku jelaskan bahawa apa yang aku post itu bukanlah untuk menunjukan yg aku ni alim/baik,aku hanya ingin menyumbang sesuatu kepada Islam walaupun hanya sekadar share di fb..aku akui aku memang bukan budak baik,tingkah laku aku pun tidaklah menunjukan yang aku ini baik..namun aku hanya ingin berdakwah dgn cara aku sendiri..apa2pun terima kasih diatas teguran kpd yg menegur

 ingin juga aku kongsikan disini tentang betapa gembiranya hati aku bilamana ada seorang gadis yang tidak bertudung sebelum ini menyatakan hasrat untuk berubah/berhijrah apabila terbaca post2 yg aku sharekan atau yg aku tulis..alhamdulillah,hidayah itu milik Allah..semua yang berlaku dengan izin Allah...perasaan gembira itu hanya Allah sahaja yg tahu..lihat,mungkin hanya klik share sahaja kita mungkin dapat mengubah sesorang menjadi lebih baik..ayuh,jom terus berdakwah
*akubukanbudakbaik,akuhanyaseorangbudakyangsedangberusahauntukmenjadilebihbaik