Sunday, August 21, 2016

Kembara ke Empangan SK Pos Legap

Alhamdulillah pada minggu lepas selesai satu lagi program guru-guru
dan staf sk pos legap iaitu gotong-royong ataupun Kembara ke Empangan SK Pos Legap..

Empangan bagi sekolah kami ni terletak di Kampung Jei dlm RPS Legap..jauh ke dalam hutan...aku ingat xdelaa jauh sgt..rupa2nyaaa...hahaha

kami pergi seramai 12 orang klu xsilap..semua guru dan staf lelaki..

dua tiga jam juga kami bergotong royong di empangan kami ni...terlalu banyak pasir serta "anasir2" yg menyebabkn saluran paip kmi trsumbat..patutlah air slalu sgt slow dan selalu xde..terutama klu hujan,memang xde air laa jawabnye..haha

lepas ja abis gotong royong,aku bersama dgn dua lg rakan sekerja,cikgu yuzaimy dan cikgu tajul meneruskn misi menyusuri laluan sungai utk memastikan paip saluran dari empangan ke sekolah tiada yg bocor mahupun dicuri orang..huhu

mula2 aku igt xde laa jauh sgt klu balik ikut laluan sungai..rupa2nya berganda2 lagi jauh dan mencabar..kami trpaksa melalui sungai yg berbatu2 besar yg licin,melalui lereng bukit yg curam dan licin dan yg lebih mncabar aku terpaksa menjadi "spiderman" memanjat dinding tepi sungai yg trsangatlah licin...dah laa tinggi,licin pulak tu..aku ni dah laa sejenis yg gayat,so faham2 jelaa..hahaha..tapi nak buat macam mana,demi warga sekolah yg trcinta,kugagahi jua..haha

Alhamdulillah setelah hampir dua jam jugak kmi melalui jln sungai yg teramat mencabar tu,kami akhirnya berjaya sampai ke laluan utama,laluan mula2 kami smpai...rasa penat+lapar hilang serta merta bila kmi berjaya smpai ke jalan utama..haha..dan naseb kami baik sebab line telefon tiba2 ada disitu..haha..so dpt lah buat panggilan utk mndapatkn bantuan..hahaha








sebelum balik tu,sempat laa jugak kami mandi manda buat seminit dua..sekadar menghilangkn penat..haha..dan murah rezeki kami bila dpt mkn buah stoi yg tersangatlh manis..fuhh hilang penat..haha
apa2pun aku bersyukur sbb semuanya brjalan dgn lancar dan yg paling penting misteri ke"slow"an air di sekolah sudah terjawab..haha

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR SK POS LEGAP

Bismillahhirrahmannirrahim...

Alhamdulillah lebih kurang sebulan yg lepas (penghujung bulan Julai 2016) telah selesai Majlis Persaraan Tuan Guru Besar SK Pos Legap, Kapten (AW) Damanhuri Bin Abdullah

Lega sangat bila segala perancangan berjalan dengan lancar. Aku ditugaskan untuk buat video khas bersempena dengan persaraan beliau.Selain itu aku juga membantu dalam bahagian2 lagi. Antaranya ofkos teks pengacara majlis..aku tolong bagi softcopy teks mc (aku ada laa beberapa koleksi teks mc) serta tolong kawan aku selaku Pengacara Majlis edit teks tersebut mngikut kesesuaian majlis. Buat benda alah ni kena byk berfikir jaa..letih minda bak kata orang..haha

yg lain sudah tentu tolong hias tempat makan tetamu..berhari2 kot buat..pasang khemah,hias segala mak nenek dalam khemah dan kantin tu..pasang skirting laa,langsir laa,buat skalop laa serta macam2 laa.....seronok wooo..haha...Alhamdulillah seronok dapat rasa pengalaman ini...ehhh japp,jangan salah faham pulak,semua kerja ni bukan aku buat sorg2..dakkk...aku just bantu cikgu2 lain jaa..seronok woo bila bekerja dengan org2 yg rajin..kita pun akan terkena tempiasnya..hehe

berbalik kpd Tuan GB ni,dia seorang yg tersangatlah baik dan bagus..hampir dua tahun juga aku bekerja dibawah kepimpinan beliau....bagus orangnya,xlokek utk berkongsi ilmu,pengalaman serta kemahiran. Antara momen yg paling best dgn gb adalah bila dia bawak aku dan 2 orang rakan seposting (Azimah dan Ameelia) ke Pos Kuala Mu...Pos yang paling dalam di Sungai Siput...jalan nak ke Pos Kuala Mu tersangatlah mencabar...naseb laa gb kami ni dh biasa memandu kesana..dulu dia mengajar disana..so xde laa risau sangat..haha..padahal dalam xrisau tu terjerit2 jugak kami dalam kereta...risau punya pasal..hahaha..dan yg paling best bila gb ajar aku menembak..best!..first time tembak dan alhamdulillah kena tepat pada sasaran...time tu tembak seekor burung diatas pokok yg agak tinggi...seronok gila aku..haha

berbalik kepada tugas aku dalam dalam menyediakan video khas ni,memang bila mula2 ditugaskan tu aku rasa berat sebenarnya..yelaa dah lama xedit video..haha..dulu time di ipg,aku memang selalu buat video persaraan ni..tapi biasanya aku hanya ditugaskan utk buat interview,tulis skrip serta rakam suara aku..utk edit,kawan baik aku yg aku buat..so kiranya aku buat kerja senang jela..haha..dan bila kali ini,aku kena buat semua itu seorang diri,memang berat laa..haha..tapi, Alhamdulillah aku bersyukur bila dapat rakan sekerja yg banyak membantu aku...terutama rakan seAJK dgn aku, Ustaz Latif serta semua cikgu2 lain laa...berat sama dipikul,ringan sama dijinjing bak kata pepatah zaman dahulu kala..haha

Dan Alhamdulillah aku berjaya menyiapkan video tu mengikut masa yg ditetapkan...aku namakan video amatur dari aku yg amatur dalam dunia editting video ni..haha..dan inilah videonya..tolong jangan gelak ye...haha