Sunday, August 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...=)


Bismillahhirrahmannirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.....

Hari ini genaplah sudah sebulan berpuasa bagi semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia..baik lelaki mahupun perempuan,baik miskin mahupun kaya,baik tua mahupun muda...semua akan menyambut raya dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan..inilah hari kemenangan bagi seluruh umat Islam setelah sebulan berpuasa,menahan lapar dan dahaga,menahan nafsu serta segala perkara yang membatalkan puasa..

Bulan Ramadhan,bulan tarbiah
Bulan Ramadhan adalah bulan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan bermacam-macam tawaran dan ganjaran.Bulan Ramadhan juga adalah bulan tarbiah dimana pada bulan inilah kita perlu mendidik jiwa kita dengan sebaik mungkin serta bulan bagi kita mendekatkan diri pada Allah S.W.T.Kalau pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu,semua orang Islam akan memberi tumpuan 100% pada ibadah puasa ini.Mereka ternanti-nantikan kemunculan Ramadhan ini.Mereka akan sambut Ramadhan ini dengan penuh kesyukuran dan rasa cinta.
Bagaimana dengan kita?hari ini sudah hari yang ke 29 kita berpuasa.Adakah kita sudah melakukan amal ibadah pada bulan ini.Adakah kita berjaya menahan hawa nafsu kita.Adakah kita berjaya menahan mulut kita dari berbicara yang bukan-bukan.Adakah kita berjaya menjaga pandangan kita dari melihat aurat mereka yang bukan muhrim kita?jawab sendiri(*peringatan tuk diri sendri gak)

Syawal.bulan penuh kemuliaan
"dihari lebaran mulia ini,jangan pula membuat dosa,begitulah hakikatnya hari raya,bergembira tanpa melupakanNya Allah yang Esa..."(petikan lagu Lebaran ini,nyanyian Raihan,Yassin,Rem n Ajai)

Daripada bait2 lirik lagu diatas,kita boleh nampak bahawa bulan syawal ni adalah bulan yang mulia.Bulan dimana kita kembali kepada Fitrah.Apabila kita kembali kepada fitrah,adakah kita mahu sekembalinya ke fitrah itu dengan melakukan dosa?sudah tentu tidak bukan?jadi jangan kita kotorkan bulan syawal ini dengan melakukan perkara yang sia2 dan yang mendatangkan dosa.Rugilah kalau kita dah berpuasa selama sebulan dengan penuh semangat,tiba2 di bulan syawal kita buat macam2 dosa..Alangkah ruginya..

Jadi dikesempatan ini,aku Ahmad Safuan Bin Zakaria ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki diatas salah dan silap,keterlanjuran dan kemelampauan yang telah aku lakukan kepada semua yang mengenali diri ini..Dari hari aku dilahirkan hingga ke detik ini..dari aku di SK Iskandar Shah,SAR Nurul Ehsan,SMK Iskandar Shah,SMS Raja Tun Azlan Shah,KMPP dan sekarang di IPG Kampus Perlis...dari aku di Teluk Intan sehinggalah sekarang di Parit,Perak..Maafkan segala salah dan silap aku ya..
peace!...=)

satu pagi di pasar besar parit

assalamualaikum semua!...emm hari ini adalah hari ke 29 Ramadhan.Ini bermakna hari ini adalah hari terakhir puasa.Jadi seperti kebiasaannya Pekan Parit akan mula 'jam'..tambah pula hari ini adalah hari isnin,dimana ada pekan sehari..mula jam 7 pagi sampai la 12 tgh hari...jadi semua orang parit serta saudara mara mereka(mcm aku bkn org parit plak)hahaha akan berpusu-pusu ke pekan parit...beli itu la,beli ini la..macam2

pagi ni kira sahur last la dlm bulan Ramadhan tahun ni..mak aku kejutkan aku kul 4.15am lagi..emm memang awal..tapi aku bgn kul 4.40am..huhuhu biasala tu...anak jantan la namanya..hahaha...jadi sebelum aku ke masjid untuk solat subuh,mak aku dah pesan untuk aku belikan santan di pasar besar parit(besar la sangat!)hahaha..
ni dia pasar parit..(gambar amik dlm tenet ja)
Jadi lepas2 subuh tu aku terus bergegas ke pasar parit..konon2nya ingat orang xda la pagi2 buta ni..jadi aku dengan penuh semangatnya terus memecut laju motosikal bapa aku punya..sampai2 ja aku terkesima sebentar..astaghfirullahal azim..ramainya beratur..hahaha sangkaanku meleset 100%..emm nak wat camna,kena beratur panjang jugak la..huhuhu..mak cik kiah ada,pak man ada,opah asmah ada,kak siti ada..hahaha semua adala...semua datang sebab nak beli santan ja...barang yang paling berharga waktu musim raya ni..ada yang beli 4kilo,5kilo,10 kilo...uh jenuh aku menunggunya..aku nak beli sekilo je pun...haha..tapi nak wat camna,first come first serve..datang lambat lagi..hahaha

sambil duk beratur panjang tu,sempat la jugak aku perhatikan ragam orang2 parit...yang penjual sibuk dengan susun ikan2,ayam2,daging2 n macam2 lagi yg nak diniagakan,manakala pembeli2 ni sibuk membeli barang..yg sisuami beli santan dan si isteri beli ikan,sayur2 n lauk2 lain...dah bahagi tugas masing2..bagus2 pengurusan yang sistematik..hahaha

ni baru di pasar besar parit,belum lagi kat pasar sehari lagi..confirm lagi banyak ragamnya...aku cadang nak beli baju raya hari ini..kalau ada yg berkenan dihati,aku beli..klu xde,xdela baju raya..hehehehe..


Dosa mendedahkan aurat......


Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

   Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)

Saturday, August 27, 2011

wahai wanita:peliharalah kecantikanmu...


Dari Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam bersabda:
ayat1.jpg


Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
 Wanita,kau digelar sebagai penyeri dunia,kau diangkat sebagai sebaik-baik perhiasan.Maka peliharalah anugerah yang telah dikurniakan.Semalam ketika aku berjalan-jalan di Bazar Ramadhan di Tambun,aku melihat terlalu ramai wanita yang tidak bertudung dan yang mendedahkan aurat.Mereka mendedahkan dengan penuh kebanggaan.Ada yang bertudung,tapi baju masih ketat/masih bertelanjang.Dan yang teruknya,x bertudung dan pakai baju ketat lagi.Tidak malukah pada kaum lelaki?,tidak malukah pada orang2 lain?

Dalam satu kisah,diceritakan tentang seorang wanita bukan Islam yang bertanya kepada seorang lelaki Islam tentang pemakaian tudung.Yang sebenarnya dia mahu memperlekehkan hukum pemakaian tudung ini. 

Wanita bkn Islam:Kenapa wanita Islam wajib bertudung?apa faedahnya?nampak kuno ada la..hahahaha 
Lelaki Islam         :Baiklah saya akan jawab soalan puan itu.Lihat ni(sambil)menunjukkan 2 biji gula2.Kemudian dia membuka plastik salah satu daripada gula2 tersebut.Selepas itu,dia mencampakkan kedua2 biji gula2 itu ke atas lantai.Lalu dia menanyakan kepada wanita bukan Islam itu)Yang mana satu puan akan pilih?Yang ada plastik atau yang sudah tiada plastik? 
Wanita bkn Islam:Yang ada plastik la.Yang tiada plastik tu dah kotor dan tercemar.Kemanisannya pun sudah tercemar. 
Lelaki Islam        :Ya begitulah juga dengan wanita.Gula2 yang masih ada plastik itu digambarkan sebagai wanita yang bertudung serta yang menjaga auratnya.Dia masih lagi suci dan bersih walaupun dia dicampakkan kemana2 sahaja.Dia juga disukai dan dicintai oleh semua orang.Semua orang mahu bersahabat dengannya.Manakala gula2 yang tidak berplastik itu pula ialah wanita yang tidak bertudung dan mendedahkan auratnya.Kesucian,kemanisan,kesopanan dan kecantikannya tidak bermakna apa2 langsung apabila 'plastiknya' telah terbuka.Tiada siapa juga yang mahukannya kecuali kepada mereka yang betul2 terdesak untuk mempergunakannya.

*cerita ni aku edit sedikit untuk memudahkan pemahaman anda.Namun situasinya tetap sama,hanya penulisan yang berbeza sedikit

Jadi wahai wanita,sedarlah bahawa dirimu memang penyeri dunia.Hiasilah dirimu sesuai dengan anugerah yang telah dikurniakan Allah itu kepada dirimu.Peliharalah auratmu,kerana sesungguhnya semua lelaki mencintai wanita yang menjaga aurat dan kesuciannya.Apa guna menjadi wanita yang hanya cantik diluaran sahaja tetapi dalaman sangat busuk dan kotoenung2kanlah......=)

Thursday, August 25, 2011

merokok:sudah-sudahlah merokok tu,berhentilah!

assalamualaikum semua...=)

hari ini tergerak hati untuk menulis pasal merokok ni.Kenapa ek?aku sebenarnya dah lama x tahan dengan golongan perokok ni.Kenapa?sebab mereka adalah golongan yang mementingkan diri sendiri.Diorang yang merokok,kita yg x merokok ni plak yg lebih terdedah kepada penyakit..x pasal2 jadi perokok pasif..mak kawan aku salah seorang mangsanya..dapat penyakit jantung berlubang..sebab kes selalu terhidu asap rokok..suami dia x merokok,tapi dapat asap tu bila keluar rumah..pi kedai ka,pasar ka,padang bola ka,tempat joging ka,semua penuh dengan perokok...

rasanya semua orang dah tahu hukum merokok adalah haram..Ramai ulama berpendapat sedemikian..Hanya segelintir sahaja yang mengatakan hukumnya makruh......tapi kenapa orang masih nak merokok ek??dah hebat sangatkah sampai berani nak lawan hukum Allah??(aku ulang kata2 ustaz aku ja)

apa yang bestnya merokok ek??kebanyakan rakan2 aku yg merokok ni kata bila merokok ni diorang akan rasa tenang..tenang la sangat(sebut dgn nada betul),,boleh release tension la..emm macam2..aku pernah tanya kawan aku ni,kalau tension ni memang dah xde cara lain untuk luahkan perasaan tu ke?ce cari alternatif lain..beriadah ka atau cara yang paling bagus ialah dekatkan diri dengan Allah..mengadulah pada Allah..insya Allah,Allah akan makbulkan doa kita..yakinlah!...ustaz aku dulu ada pesan,satu cara untuk kita hilangkan ketagih merokok ni ialah dengan selalu dekatkan diri pada Allah,dan banyakkan ucap kalimah "lahaulawallahkuwatailabillah"..insya Allah ketagih tu akan hilang...

aku pernah merokok ka?yup,pernah sekali..itupun hanya satu hisapan sahaja..satu hisapan pun dah buat aku batuk dan rasa mual2..eee geli...emm,kenapa sahabat2 aku yang masih merokok tu,hentilah2...selagi anda x cuba untuk berhenti,selagi itulah ketagih tu xkan hilang....Ingat satu pesanan,kuatkan iman dalam diri untuk melawan nafsu kita..ingat Allah tidak suka kepada orang yang merokok ni..Firman Allah:" 
“ Jangan kalian lemparkan diri kalian dalam kehancuran” (Al-Baqarah : 195)
atau bleh rujuk disini ataupun disana ataupun kat sini pun boleh aku x beranilah nak buat fatwa sendiri..just baca n fikir2kanlah sendiri.......

kadang2 kita duk mengeluh kenapalah doa aku ni x dimakbulkan?pasai apa ?pernah x kita terfikir,nak ke org bantu kita dalam keadaan kita buat benda yang orang tu x suka..agak2 nak x org tu tolong??kita berdoa dalam keadaan mulut kita kita makan benda yang haram..makan dalam keadaan sedar dan rela plak tu...emm sama2 kita fikirkan...

*aku tulis ni pun untuk memperingatkan diri aku sendiri gak...takut2 kalau2 aku terjerumus nanti,dapatlah juga aku peringat diri n baca balik N3 yg aku tulis ni...arap dapat beri manfaat buat semua.....=)

Monday, August 22, 2011

Kisah guru tadika dengan murid

Gambar sekadar hiasan


Emm malam ni sepatutnya aku buat assignment Literasi Bahasa WAJ3104(ye kot),tapi ntah la,malam ni xde mood nak buat assignment tu..Jadi lebih baik aku wat kerja yang aku suka,iaitu membaca.huhuhu..baca apa?macam2 bleh baca.huhu....emm sudah2,jgn merepek..hahaha

Jadi,waktu aku tengah on9 fb,tetibe ada seorang sahabat ni post tentang satu kisah yang cukup2 menarik..seronok aku baca.Walaupun ringkas ja cerita ni..harap kita semua dapat ambil iktibar dari kisah ni...

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.

Sunday, August 21, 2011

SK ISKANDAR SHAH:Sebuah kenangan terindah...=)

Tatkala kaki ini melangkah masuk ke SK Iskandar Shah,Parit sebagai seorang bakal guru,seribu satu kenangan mengusik kalbuku.Kenangan ketika tahun 1998-2003 akan terus bersemadi disanubari ini..huhuhu(skema giler)..emm itulah perasaan aku bila datang ke SK Iskandar Shah,Parit,bekas sekolahku.Aku datang untuk menjalani program School Based Experience atau dulu dipanggil sebagai ROS.

Waktu first2 sampai tu,ya Allah punyalah berdebar..yela,kali ni masuk sebagai seorang guru..huhuhu.Waktu tu dalam kul 7 pagi.Agak awal aku sampai.Time parking moto tu,aku telah ditegur oleh Cikgu Zuraidah,cikgu sains aku dulu merangkap jiran aku..huhu.."Safuan,awak buat apa kat sini?wat ROS ek?".."ya,saya buat ROS kat sini cikgu".....aku tersipu2 malu..segan sebenarnya..haha

Ok dipendekkan cerita,pagi itu aku pun berjumpalah dengan Guru Besar,Encik Hamdan.Dia jemput aku untuk join skali perhimpunan mingguan.Duduk dikerusi guru-guru la..Oh ya Allah waktu tu aku alami macam2 rasa..takut,segan,malu,bangga,cuak dan macam2..hahaha..tapi aku tempuhi juga sume tu.Aku wat muka selamba ja.Salam cikgu2 yg ada n duduk kat kerusi guru.Mula2 nak duduk belakang,tapi Ustaz Reza tolak aku untuk duduk depan,xpe aku redha jela..huhuhu

cikgu-cikgu perempuan
ucapan dari cikgu2
pandangan dari atas
Lepas perhimpunan tu,aku berjumpalah dengan semua cikgu2..masih ramai gak la cikgu2 waktu aku skola dulu..antaranya cikgu zuraida,cikgu din,cikgu kamaruzaman,cikgu azawati,ustazah norhisyam,ustazah sakinah,sir wooi,cikgu wardah,cikgu asiah,cikgu norizah dan ramai lagilah..yang seronoknya,diorang semua masih ingat aku..huhuhu..x sia2 mencapap dulu..hahaha...

Dan sepanjang disitu,aku wat kerja aku la..kena wat assignment Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Perkembangan Kanak-kanak..Dalam masa yang sama,aku curi2 masa untuk ambil2 gambar di sekolah aku yang tercinta....
cikgu zuraida sedang mengajar

bilik ustazah norhisyam
cikgu azawati sedang 'beraksi'
tangga 1001 kenangan

bengkel KH,tempat aku bertukang dulu

kelas time aku darjah 6 dulu
dan banyak lagi gambar sebenarnya..xlarat nak upload..tenet x brape nak laju..huhuhu....apa2pun aku tetap seronok dapat kembali ke SK Iskandar Shah,Parit,Perak...terima kasih cikgu2 SKIS...=)


aku n adik2...ex-SKIS






LA TAHZAN,INALLAH HA MAANA.....jangan bersedih,sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita

video



Pabila kita ditimpa sesuatu masalah,sesuatu ujian amatlah mudah untuk kita mengeluh.Kadang-kadang kita mengeluh,"ish,kenapa aku ja yg slalu kena".Ingatlah sesungguhnya ujian yang Allah beri tu adalah bukti cintaNya pada kita.Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari yang berbunyi "Rasulullah S.A.W bersabda bahawa,Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya,nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan.".Jadi setiap ujian yang diberi kita haruslah mengambil ia sebagai positif.Ingatlah sesungguhnya Allah sedang menguji kita.Selain itu,Allah juga menuji kita sesuai dengan keupayaan kita.Allah S.W.T telah berfirman bahawa " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .

Friday, August 19, 2011

hargailah ibubapa kita,berbaktilah selagi mereka masih ada...


sebuah video yang cukup menyentuh qalbu.Berjaya menitiskan air mata aku.Harap semua dapat iktibar dari video ini.Jika kita masih ada ibu,maka hargai dan sayangilah dia.Walau sejahat mana pun dia,dia tetap ibu kita.Syurga kita di bawah telapak kaki ibu.Dan jika ibu kita telah pergi buat selamanya,maka sedekahkan lah al-Fatihah dan iringkanlah doa selalu.Sesungguhnya jasa mereka xkan dapat kita balas.Terlalu berharga pengorbanan mereka.Akhir kata,hayatilah video dibawah ini.Sayangi ibu kita...=)
video

Tuesday, August 16, 2011

Peristiwa besar dunia Islam dalam bulan Ramadhan....=)

hari ini cuti bersempena dengan perisitiwa Nuzul al-Quran.Jadi dah cuti aku duk bilik jela.Duk belek2 blog2 yg ada.Dalam duk belek2 tu,aku terjumpa satu artikel yang sangat2 menarik berkaitan dengan peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan ini iaitu peristiwa Nuzul al-Quran dan peperangan Badar.semua ni diambil dari http://pmram.org...laman web rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.Harap artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi input pada kita.Insya Allah.


Dua peristiwa besar dalam Islam yang berlaku pada 17 Ramadan ialah nuzul al-Quran dan peperangan badar. Nuzul al-Quran dalam konteks ini ialah penurunan al-Quran buat kali yang pertama.

Penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, al-Tabari, Ibn Hisyam, al-Asqalani dan Ibn Sayyid al-Nas mencatatkan bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad S.A.W. bertahannuth di gua Hira'.

Baginda dilaporkan pergi ke gua Hira' bersama-sama isterinya Khadijah. Ketika sedang tidur, baginda didatangi Jibrail yang memintanya membaca. "Bacalah! Namun, Nabi Muhammad SAW menjawab: Apa akan ku baca (wa ma aqra'?)"

Sebaik sahaja mendengar jawapan Nabi Muhammad SAW, Jibrail terus memeluk baginda dengan kuat sehingga baginda sukar untuk bernafas. Kemudian baginda dilepaskan lalu disuruh lagi: "Bacalah! Nabi Muhammad masih menjawab: Apa akan ku baca?" Lalu Jibrail menarik dan memeluknya sekali lagi. Perkara ini berterusan sehingga beberapa kali.

Lalu Jibrail melepaskan Nabi Muhammad SAW dan seterusnya membacakan lima ayat pertama dari surah al-Alaq. Selepas itu, barulah Jibrail pergi dari situ dan nabi segera terjaga dari tidurnya.

Lima ayat pertama dari surah al-Alaq inilah yang pertama diturunkan kepada baginda SAW. Lima ayat ini jugalah yang mempunyai kaitan langsung dengan peristiwa nuzul al-Quran.

Apa pula kaitan antara nuzul al-Quran dengan peperangan Badar? Untuk melihat lebih lanjut mengenai perkara ini, mari kita lihat pandangan-pandangan yang timbul mengenai tarikh berlakunya peristiwa nuzul al-Quran. Pandangan-pandangan inilah nantinya akan membawa kita kepada hubung kait antara nuzul al-Quran dengan peperangan Badar.

Ulama menyepakati bahawa nuzul al-Quran berlaku pada hari Isnin. Jika ditinjau pandangan Ibn Kathir, kita akan dapati bahawa persepakatan ini disandarkan kepada sabda Nabi Muhammad SAW sendiri ketika ditanya tentang puasa pada hari Isnin. Baginda mengatakan bahawa baginda dilahirkan pada hari Isnin dan
al-Quran juga diturunkan kepadanya pada hari Isnin.

Sekalipun terdapat persepakatan dari segi hari berlakunya peristiwa nuzul al-Quran, namun terdapat perselisihan pendapat dari segi tarikh dan bulan berlakunya peristiwa tersebut.

Beberapa tarikh telah dilaporkan oleh sumber sejarah Islam sebagai tarikh berlakunya nuzul al-Quran seperti 10 Ramadan, 17 Ramadan, 18 Ramadan ataupun 24 Ramadan.

Selain bulan Ramadan, terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Rabiulawal atau bulan Rejab. Walau bagaimanapun, pandangan yang paling masyhur menyebut bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.

Kebanyakan sumber sejarah Islam yang menyebut mengenai perkara ini di dapati melaporkan pandangan Ibn Ishaq.

Mari kita lihat apa pula bukti yang mengukuhkan hujah bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.

Menurut kebanyakan penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, Ibn Hisham, Ibn Kathir, al-Suhayli dan juga al-Bayhaqi, ayat 185 surah al-Baqarah adalah bukti jelas bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.

Ini terbukti menerusi apa yang boleh difahami dari ayat tersebut iaitu, "bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu…".

Selain ayat tersebut, terdapat juga ayat lain yang turut digunakan sebagai bukti bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan. Antaranya ialah ayat 41 surah al-Anfal.

Menariknya ialah, ayat ini tidak hanya menentukan bulan berlakunya peristiwa tersebut. Bahkan ia juga turut mendedahkan tarikh berlakunya peristiwa nuzul al-Quran itu sendiri.

Ini boleh difahami menerusi maksud ayat tersebut iaitu ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami Muhammad di hari Furqan iaitu hari bertemunya dua pasukan.

Apa yang dimaksudkan dengan hari bertemunya dua pasukan di sini ialah pertemuan antara orang Islam dan orang kafir dalam peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadan.

Oleh kerana ayat 41 sebelum ini menjelaskan mengenai nuzul al-Quran berlaku pada hari tersebut, maka tarikhnya pastilah 17 Ramadan. Cuma bezanya, peperangan Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 hijrah.

Walau bagaimanapun, baik nuzul al-Quran mahupun peperangan Badar, kedua-duanya adalah peristiwa besar dalam sejarah Islam. Nuzul al-Quran menjadi titik tolak kepada pelantikan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah untuk membawa risalah Islam.

Peperangan Badar pula mencerminkan kekuatan pihak Islam hanya dalam tempoh lebih kurang dua tahun selepas mereka meninggalkan kota Mekah untuk berhijrah ke Madinah.
 
 *sama2 kita ambil iktibar dan pengajaran yang berlaku untuk memantapkan diri..insya Allah

Nuzul Al-Quran:hikmah disebaliknya....=)


 Malam ini adalah malam Ramadhan yang ke 17.Jatuh pada hari Nuzul Al-Quran.Iaitu hari dimana Al-Quran diturunkan.Dalam hari ini,sudah berapa ayat kita baca?atau sudah berapa muka surat kita baca?Jika sudah baca banyak,maka Alhamdulillah.Dan jika x baca lagi,maka j0m la baca!jangan kita sia2kan masa kita dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.(*peringatan buat diri sendiri gak).Jadi bersempena dengan malam yang penuh istimewa ini,aku selitkan serba sedikit tentang keutamaan membaca al-Quran yang diambil dari rakan baik aku.Harap ia akan memberi manfaat buat diri sendiri dan rakan2 semua....=)

KEUTAMAAN MEMBACA ALQUR`AN
Dari Abu Musa Al-Asy`arit berkata, Rasulullah bersabda: "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al Qur`an bagaikan buah limau baunya harum dan rasanya lezat. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al Qur`an bagaikan kurma, rasanya lezat dan tidak berbau. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Qur`an bagaikan buah raihanah yang baunya harum dan rasanya pahit, dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Qur`an bagaikan buah hanzholah tidak berbau dan rasanya pahit." Muttafaqun `Alaihi.

Merupakan suatu kewajiban bagi seorang muslim untuk selalu berinteraksi aktif dengan Al Qur`an, dan menjadikannya sebagai sumber inspirasi, berpikir dan bertindak. Membaca Al Qur`an merupakan langkah pertama dalam berinteraksi dengannya, dan untuk mengairahkan serta menghidupkan kembali kegairahan kita dalam membaca Al Qur`an, kami sampaikan beberapa keutamaan membaca Al Qur`an sebagai berikut :


1. Manusia yang terbaik.
Dari `Utsman bin `Affan, dari Nabi bersabda : "Sebaik-baik kalian yaitu orang yang mempelajari Al Qur`an dan mengajarkannya." H.R. Bukhari.

2. Dikumpulkan bersama para Malaikat.
Dari `Aisyah Radhiyallahu `Anha berkata, Rasulullah bersabda : "Orang yang membaca Al Qur`an dan ia mahir dalam membacanya maka ia akan dikumpulkan bersama para Malaikat yang mulia lagi berbakti. Sedangkan orang yang membaca Al Qur`an dan ia masih terbata-bata dan merasa berat (belum fasih) dalam membacanya, maka ia akan mendapat dua ganjaran." Muttafaqun `Alaihi.

3. Sebagai syafa`at di Hari Kiamat.
Dari Abu Umamah Al Bahili t berkata, saya telah mendengar Rasulullah bersabda : "Bacalah Al Qur`an !, maka sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai syafaat bagi ahlinya (yaitu orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya)." H.R. Muslim.

4. Kenikmatan tiada tara
Dari Ibnu `Umar t, dari Nabi bersabda : "Tidak boleh seorang menginginkan apa yang dimiliki orang lain kecuali dalam dua hal; (Pertama) seorang yang diberi oleh Allah kepandaian tentang Al Qur`an maka dia mengimplementasikan (melaksanakan)nya sepanjang hari dan malam. Dan seorang yang diberi oleh Allah kekayaan harta maka dia infakkan sepanjang hari dan malam." Muttafaqun `Alaihi.

5. Ladang pahala.
Dari Abdullah bin Mas`ud t berkata, Rasulullah e : "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah (Al Qur`an) maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan akan dilipat gandakan dengan sepuluh kali lipat. Saya tidak mengatakan "Alif lam mim" itu satu huruf, tetapi "Alif" itu satu huruf, "Lam" itu satu huruf dan "Mim" itu satu huruf." H.R. At Tirmidzi dan berkata : "Hadits hasan shahih".

6. Kedua orang tuanya mendapatkan mahkota surga
Dari Muadz bin Anas t, bahwa Rasulullah e bersabda : "Barangsiapa yang membaca Al Qur`an dan mengamalkan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan mengenakan mahkota kepada kedua orangtuanya pada Hari Kiamat kelak. (Dimana) cahayanya lebih terang dari pada cahaya matahari di dunia. Maka kamu tidak akan menduga bahwa ganjaran itu disebabkan dengan amalan yang seperti ini. " H.R. Abu Daud.

KEMBALI KEPADA AL QUR`AN

Bukti empirik di lapangan terlihat dengan sangat jelas bahwa kaum muslimin pada saat ini telah jauh dari Al Qur`an Al Karim yang merupakan petunjuknya dalam mengarungi bahtera kehidupannya (The Way of Life). Firman Allah I :
Berkatalah Rasul:"Ya Rabbku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Qur'an ini sesuatu yang tidak diacuhkan". (QS. 25:30)

Dan mereka (para musuh Islam) berusaha keras untuk menjauhkan kaum muslimin secara personal maupun kelompok dari sumber utama kekuatannya yaitu Al Qur`an Al Karim. Sebagaimana yang telah diungkapkan oleh Al Qur`an Al Karim mengenai target rahasia mereka dalam memerangi kaum muslimin dalam firman-Nya :
Dan orang-orang yang kafir berkata:"Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan al-Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka). (QS. 41:26)

Jal Daston selaku perdana menteri Inggris mengemukakan : "Selagi Al Qur`an masih di tangan umat Islam, Eropa tidak akan dapat mengusai negara-negara Timur." (Lihat buku "Rencana Penghapusan Islam dan Pembantaian Kaum Muslimin di Abad Modern" oleh Nabil Bin Abdurrahman Al Mahisy / 13).
Jauhnya umat terhadap Al Qur`an Al Karim merupakan suatu masalah besar yang sangat fundamental dalam tubuh kaum muslimin. Perkara untuk mempedomi petunjuk Allah I melalui kitab-Nya, bukan sekedar perbuatan sunnah atau suatu pilihan. Firman Allah I :
Dan tidakkah patut bagi laki-laki yang mu'min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu'min, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata. (QS. 33:36)

Tegasnya, menjadikan kitab Allah Subhanahu wa Ta`ala sebagai sumber petunjuk satu-satunya dalam kehidupan dan mengembalikan segala masalah hanya kepada-Nya merupakan suatu keharusan oleh setiap diri kita. Kita sama-sama bersepakat bahwa dalam menanggulangi masalah kerusakan sebuah pesawat terbang, kita harus memanggil seorang insinyur yang membuat pesawat itu, dan kita sama-sama bersepakat bahwa seorang pilot yang akan mengoperasionalkan suatu pesawat terbang harus mengikuti buku petunjuk oprasional pesawat yang dikeluarkan dari perusahaan yang memproduksinya. Tetapi mengapa kita tidak mau menerapkan prinsip ini dalam diri kita sendiri. Allah I lah yang menciptakan kita dan hanya petunjuk-Nya yang benar. Sedang kita mengetahui bahwa pegangan yang mantap dan pengarahan yang benar hanyalah :
Katakanlah:"Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)". (QS. 2:120)

Ringkas dan tegas. Petunjuk Allah  itulah petunjuk. Selain dari itu bukan petunjuk. Tidak bertele-tele, tidak ada helah, tidak dapat ditukar. Rasulullah  bersabda :
"Sesungguhnya Allah mengangkat beberapa kaum dengan Kitab (Al Qur`an) ini dan menghinakan yang lain dengannya pula." H.R. Muslim.
Karena itu jangan sampai kita mengikuti hawa nafsu mereka yang menyimpang dari garis yang tegas ini :
Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (QS. 2:120)

Ringkasnya, ketika umat Islam telah jauh dari Kitabullah, maka musibah dan malapetaka serta segala jenis penyakit hati akan datang silih berganti, sebagaimana yang saat ini kita lihat sendiri secara kasat mata.

Kita berdoa kepada Allah , semoga Dia  mengerakkan hati dan memudahkan langkah kita dan umat Islam lainnya untuk kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Nabinya  sehingga menjadi umat yang terbaik sebagaimana firman-Nya  :
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. (QS. 3:110)

Oleh : Muh. Khairuddin Rendusara.

Sunday, August 14, 2011

hadis berkaitan Ramadhan...=)

jom pakat borong pahala di bulan yang mulia ini!.....

1. Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi);

2. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-);

3. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi);

4. Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi);

5. Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa’d R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: ‘Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: ‘Dimanakah orang-orang yang berpuasa?’ Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.’ (HR Bukhari);

6. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: ‘Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: ‘Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.’ (H.R Muslim)

7. Diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda: Maksudnya: ‘Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun.’ (HR Bukhari)

8. Dari Ibnu ‘Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda: ‘Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.’ (HR Muslim)

9. Dari Abdullah bin Umar RA. bahwa Nabi SAW. bersabda: ‘Puasa dan Al Qur’an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, ‘Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Dan Al Qur’an pun berkata, ‘Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Lalu syafaat keduanya diterima Allah.’( H.R Ahmad)

10. Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: ‘Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, ‘Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.’
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?’ Beliau menjawab, ‘Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.’ (H.R Ahmad)


11. Dari Jabir RA bahwa Nabi SAW bersabda: ‘Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.’ (HR Ahmad)

12. Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)

13. Sabda Rasulullah SAW.; ‘Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.’ (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)

14. Nabi SAW bersabda; ‘Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.’ ( Riwayat Al Baihaqi)

15. Rasululah SAW bersabda; ‘Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.’ ( Sahih Bukhari)




http://www.omaq.org/v3/2010/08/02/15-hadis-ramadhan/

salam Ramadhan.....=)

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua!!...sudah agak lama aku tidak menjenguk surat-surat dalam peti aku ni..huhu..agak berusang peti ni,jadi bersempena bulan Ramdhan yang penuh mulia ini,aku ingin mencucinya..(konon jela)

Ramai yg bertanya,bulan puasa ni nak buat apa ya?emm satu soalan yang sebenarnya x perlu ditanya.Kenapa?sebab bulan ni la kita kena pulun habis2 untuk cari pahala.Seperti yang kita semua tahu,Allah  mengurniakan pahala yang berlipat2 kali ganda pada bulan ni.Bulan ni la juga kita kena tunjukkan cinta kita pada Allah S.W.T.Bulan ini jugalah bulan diturunkan Al-Quran serta bulan yang terdapat satu malam yang dipanggil Lailatul Qadar.Malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Dua hari sebelum Ramadhan,satu ceramah tentang Ramdhan telah diadakan di IPG aku ni.Dan aku cukup2 tertarik dengan kata2 ustaz tu(ustaz azman).Dia kata,anggaplah kedatangan Ramadhan ini sebagai kekasih hati kita yang sudah lama kita x jumpa.Kekasih kita itu datang dengan membawa kasih yang cukup-cukup murni selain dijanjikan cinta yang abadi.Jadi bila kekasih kita datang datang,xkan nak buat donno je kan,s0 buatlah persiapan.Pakai baju lawa2,minyak wangi yang paling harum,belikan bunga dan sediakan makanan yang lazat untuk kekasih kita tu.Berlatih mengucapkan kata2 cinta padanyaBegitu juga dengan kasih Ramadhan ni,sambutlah Ramadhan itu dengan segala persiapan yang terbaik.Lengkapkan diri dengan amal ibadah agar bila bertemu dengan Ramadhan nanti,lidah kita x kelu untuk mengungkapkan kata cinta padanya.

Dan apabila sudah bertemu dengannya,rangkullah ia dengan seerat-eratnya.Jangan lepaskan ia begitu sahaja.Berikanlah layanan yang terbaik serta berilah perkhidmatan yang terbaik.Pastikan kasih Ramadhan itu menjadi milik kita.Dan Ramadhan juga tidak keberatan untuk mencurahkan cintanya pada kita....*indah sungguh kata2 ni...ayat2 ni begitu terkesan dihati..PASTIKAN KASIH RAMADHAN ITU MENJADI MILIK KITA!!


*Rasa termotivasi dengan seorang adik junior yang meletakkan sasaran untuk membaca 1 juzuk Al-Quran bagi setiap waktu solat.Alhamdulillah hasilnya sangat berjaya.Sekarang ni mungkin dia dah khatam 2/3 kali,bahkan mungkin lebih.ANDA BAGAIMANA??ADAKAH AL-QURAN ITU HANYA SEKADAR HIASAN DI BILIK ANDA ATAU IA IBARAT BUKU TEKS BAGI ANDA,YANG MANA BILA NAK EXAM JA BARULAH NAK BACA,KALAU XDE EXAM,LANGSUNG X BACA........

sama2 kita renungkan....untuk peringatan diri sendiri juga...



di kesempatan ini juga aku Ahmad Safuan Bin Zakaria ingin memohon ampun dan maaf kepada semua rakan2,sahabat2,guru2,jiran2,mak cik2,pak cik2,atuk2,nenek2 dan semua yang mengenali diri sejak aku bersekolah di SK Iskandar Shah,SRAR Nurul Ehsan,SMK Iskandar Shah,SMS Raja Tun Azlan Shah,Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan sekarang  IPG Kampus Perlis.Maafkan segala salah dan silap(mengutuk,menghina,mengumpat,terOVER dalm tindakan dan macam2 lagi la).Aku ni banyak dosa dengan kalian semua.Harap semua dapat memafkan aku.....=)