Tuesday, August 10, 2021

 Merenung Langit Ilahi


Hobi aku dari kecik adalah melihat langit..terutama pada waktu malam..dulu waktu zaman kanak2, setiap malam Almarhum abah akan bawa aku dan adik2 naik motosikal, ronda2 kawasan kampung..dan aku akn tgk ke langit dan melihat bulan..


"abah, abah, tengok tu bulan ikut kita laa" kata aku dgn sgt teruja. Arwah abah akn ketawa kecil. Adakalanya abah akan terangkan. Setiap malam aku akn ckp benda yg sama. "bulan tu ikut kita laa" 😃


Dan hobi tu berterusan hingga meningkat dewasa..waktu tinggal di asrama lagi laa kerap..bila rindu atau homesick mula laa tgk langit.."wahai bulan, bintang sampaikn lah salam rinduku pada keluarga" huhuhu merapu zaman skola


Bila di ipg pun sama..cuma aku dh ade geng waktu tu..ada satu malam tu,waktu di Masjid Biru, Perlis..aku dan 2 roommate aku duduk di kerusi batu di luar masjid..kmi tgk langit malam bersama2..sambil cerita impian masing2


"aku pada umur sekian2 kalau boleh nak bla bla bla bla " masing2 ceritakn impian masing..termasuklah aku..byk yg dirancang dan diimpi untuk menjadi realiti.


Alhamdulillah, kini hampir kesemuanya menjadi realiti. Ada yg belum terrealisasi. InsyaAllah Allah telah aturkn yg sebaiknya. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah menentukan segalanya.


Dan hobi ini berterusan hinggalah kini. 😃. Gambar diatas adalah kenangan ketika aku menunaikan ibadah Umrah. Duduk berteleku di hadapan Kaabah sambil melihat langit yg cukup2 indah. Pada waktu itu, air mata terlalu mudah mengalir. Segala memori2 indah brsama insan2 yg aku sayang ditayangkn dlm ruang minda. Dan satu persatu ujian2 yg pernah menimpa dtg menerjah. Apakah aku sabar? Apakah aku redha? Apakah tindakan aku betul?


Betul, insaf seinsafnya. Aku insan biasa yg terlalu byk kekurangan. Dan aku insan biasa yg fitrah nya sama seperti org lain. Aku merancang itu dan ini. Ada banyakkkk nikmat yg Allah kurniakan. Cuma disebabkn kekurangan yg sedikit itu akan sering disebut2 orang. Adakala aku rasa tak kisah dan tak ambil hati. Tapi entah, ada masanya hati aku terlalu nipis dan koyak apabila kekurangan itu disebut2, disindir2 bahkan ditertawakan. Maaf, ini kekurangan aku.


Tapi satu jaa yg aku pegang, apa shj yg org kata, yg baik2 tu kita pegang sebagai bekalan..apa2 pun doakan utk aku ya 😊


Ini pula kenangan semasa di Masjid Nabawi, Madinah. Juga antara moment terindah dalam hidup aku. Waktu gambar ini diambil, ni malam terakhir aku di Madinah sebelum esoknya bertolak ke Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah..rasa sayu sangat malam tu. Aku memang balik lambat ke hotel. Lewat malam jugak. Selain beriktikaf di Masjid Nabawi dan menziarahi Makam Rasulullah, aku juga ambil masa utk brjalan2 di sekeliling Masjid Nabawi sambil melihat keindahan langit bumi Madinah. Aku pergi umrah tu seorang diri, jadi memang aku akan buat semua benda yg aku suka.


Salah satunya melihat langit ni laa..waktu ini aku duduk di kerusi batu di luar Masjid Nabawi. Banyak keajaiban yg Allah tunjukkn..kenangan yg trlalu indah dan akn terus segar dlm ingatan..


InsyaAllah bersambung...

Friday, May 17, 2019

Kenangan Umrah Solo 2019 (Madinah)

Bismillah...

Pertamanya syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNya,termakbul segala doa dan hajatku sejak dari kecil iaitu untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah....

Ini impian dan cita-cita sejak kecil..

Dan Alhamdulillah pada 22 Mac hingga 2 April 2019 menjadi sejarah terindah dalam hidup seorang insan bernama Ahmad Safuan Bin Zakaria..Impian dan cita-citanya dimakbulkan Ilahi..

Dah lama sangat nak pergi, tapi yang betul2 tekadnya lebih kurang 3 minggu sebelum bertolak..balik sekolah sesaje pi pejabat syarikat Darul Mubarak..nak tengok tarikh dan pakej yg ditawarkn jaa mula2..entah macam mane aku terus bersetuju dengan tawaran dan tarikh yg diberikan..yelaa,aku sekarang ni di SJKC,jadi bab tarikh tu kena pilih yg sesuai agar tidak menjejaskn tugas

Dan Alhamdulillah segala urusan persiapan dipermudahkan..syukur kerana dikurniakn rakan sekerja yg memahami dan membantu walaupun tidak seagama, PT/Kerani sekolah yg cekap membantu menguruskn segala dokumen serta pegawai PPD yg sgt2 baik bantu utk kelulusan keluar negara walaupun permohonan kira lewat laa..pegawai PPD tu kata,xpe sbb umrah saya akan uruskn dgn cepat.insyaAllah benda baik semuanya akan dipermudahkn

Dalam masa 3 minggu segala persiapan,kursus umrah dan lain2 berjaya diselesaikn..dan banyak baca buku tentang umrah,utk menambah ilmu..sangat2 berdebar dan teruja pada waktu tu..ramai yg tanya xtakut ke pi sorang?aku jawab insyaAllah segalanya akan dipermudahkn,doa itu senjata orang mukmin..lagipun pi dengan syarikat agensi pelancongan umrah,insyaAllah ramai orang2 baik yg ada nnt..

Tiba hari bertolak,fuhh berdebarnya rasa..dan sentiasa berdoa agar dikurniakan yg terbaik dlm setiap perkara..sebelum naik flight berdoa agar dpt tempat duduk yg diimpikn iaitu di tepi tingkap dan depan sekali..lebih selesa..dan syukur sgt2 bila masuk ja kapal terbang,pramugara tu terus bgtau "haa seat encik yg depan sekali ni ya,tepi tingkap"..gembira dan syukur sgt2...lebih kurang 8 jam perjalanan xterasa...dan yg lebih seronok dapat duduk sebelah dgn ustaz mutawif,macam2 persoalan dapat dirungkaikn terutama bab ibadah umrah yg akan dilaksanakan..yelaa baru first time nk buat,tentu banyak yg kita xtau..Alhamdulillah semakin teruja pada waktu itu

Bila tiba jaa di Airport Madinah,fuhh rasa bersyukur yg teramat sgt kerana doa sejak kecil dimakbulkan..di Madinah,dapat hotel yg berdekatan dengan Masjid Nabawi..dan duduk sebilik dgn ustaz2 Mutawif..Allahuakbar,rasa syukur sgt2 sbb memang aku berdoa untuk dapat sebilik dgn mereka2 yg ada ilmu dan pengalaman tentang ibadah umrah ini untuk aku ajukn banyak persoalan..

3,4 hari di Madinah terasa begitu sekejap..Alhamdulillah segala urusan serta hajat dimakbul dan dipermudahkn oleh Allah..Raudhah,salah satu taman2 syurga menjadi impian..susah untuk dapat solat di kawasan Raudhah sbb manusia terlalu ramai dan bersesak,tetapi Alhamdulillah Allah lorongkn laluan utk dapat beribadah di kawasan Raudhah..

Melawat Maqam Rasulullah dan sahabat2 Nabi merupakan moment2 yg cukup syahdu..xterungkap dgn kata2..biar disimpan kemas dalam hati

Tanah Perkuburan Baqi jugak dapat dilawati..pada waktu sekarang ini,tanah perkuburan itu hnya boleh diziarahi selepas asar..untuk lelaki sahaja...time zohor cuba nak masuk,tapi xboleh..sesudah solat asar,tiba2 plastik hadangan dibuka(kebetulan solat di saf pertama) terus aku meluru ke hadapan(laluan ke Maqam Nabi)..beberapa saat lepas aku lalu hadangan tu,hadangan tu ditutup balik,beberapa orang jaa mereka pilih untuk solat jenazah di bahagian bilik jenazah..aku ikut jaa jemaah arab/pegawai masjid di hadapan aku..semuanya berjubah putih dan berserban merah..aku jaa jubah warna lain..terasa gerun jugak..terus masuk ke bhgian bilik yg ditempatkn jenazah2 yg sudah dikapan..semua jemaah berhenti dan Imam di hadapan aku terus mengangkat takbir untuk menunaikn solat sunat jenazah..sesudah solat,kami menguruskn jenazah untuk diletakkn ke atas pengusung..dan kami mengangkat pengusung tu hingga ke Tanah Perkuburan..bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk merasai pengalaman yg cukup mahal bagi aku..

Dan banyak lagi kisah2 indah di bumi bertuah Madinah..biarlah disimpan kemas dalam ingatan dan hati aku seumur hidup..

Disini ada beberapa gambar dan video sepanjang perjalanan dan semasa di Madinah..
Di KLIA sebelum berlepas




Selamat mendarat di Airport Madinah






Subuh di Masjid Nabawi




Menuju ke Raudhah
Di Maqam Rasulullah S.A.W dan para sahabat

Perkuburan Baqi'


Mimbar Nabi



Antara tempat lain dilawat,dan sempat diambil gambar




*Kisah di Tanah Suci Mekah akan dipost next entry ya 😃

Tuesday, December 26, 2017

Majlis Penyerahan Sumbangan Persekolahan oleh team CSR PPTD kepada murid2 calon UPSR 2018 SK Pos Legap

Bismillahhirrahmannirrahim...

Pada 16 Disember 2017 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Sumbangan Persekolahan oleh team CSR PPTD kepada murid2 calon UPSR 2018 SK Pos Legap. Team CSR PPTD ini diketuai oleh Dato' Dr Ahmad Jailani Bin Mohamed Yunus selaku Pengerusi Biro Kebajikan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Lebih 20 orang sukarelawan yang telah hadir daripada beberapa agensi kerajaan dan organisasi. Mereka juga datang daripada negeri yang berbeza.

Alhamdulillah kagum melihat kesungguhan dan keprihatinan yg ditunjukkan oleh semua sukarelawan. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas segala sumbangan dan jasa yang telak diberikan.

Disini ada beberapa gambar sepanjang majlis ini dijalankan.










Alhamdulillah syukur kerana segalanya berjalan dengan lancar. Jutaan terima kasih juga buat semua sukarelawan yang terlibat.

*ada kisah disebalik program ni sebenarnya..haha..lebih kurang seminggu sebelum program ni time aku tengah tidur,aku mimpi yg Dato' Dr Jailani call aku yg memaklumkan dia dan team CSR PPTD nak memberi sumbangan. Abis jaa perbualan tu aku terus terjaga. Hahaha mimpi rupanya. Time tu dalam beberapa minit jaa lagi untuk solat subuh. Tergelak aku time terjaga tu. Mimpi ape laa aku ni..haha..terus bangun dan bersiap utk solat subuh..lepas solat subuh time tengah rehat2 sambil minum air kopi bancuhan sendiri tiba2 satu nombor yg aku xkenali call..mujur aku guna apps truecaller,dapatlah tau no siapa..tertera Dr Jailani RTM. Yg aku ni,ehh siapa pula laa..xkan Dato Jailani kot..aku angkat panggilan tu,tapi tiada sahutan..yg kedengaran hanyalah suara orang bersembang. Yg aku ni duk hello2,tpi tiada balasan. Aku anggap tertekan no aku laa tu,so aku letak/putuskn perbualan. Aku beranggapan "klu ade hal penting,mesti akan call balik"..hehehe..selang 2,3 jam aku save no tu dan hantar wasap. Dan ternyata betullah no Dato Dr Jailani, rakan maya aku. Terus Dato call balik dan nyatakan hasrat murni beliau. Aku tersenyum gembira dan sujud syukur. Dalam masa yg sama rasa pelik,apa yg berlaku sama seperti dalam mimpi...huhuhu (ok habis membebel..hehe)

kisah 2017 ku di SK Pos Legap

Bismillahhirrahmannirrahim...

2017 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Untuk tahun 2017 terlalu banyak peristiwa suka dan duka telah dilalui. Moga tahun 2018 akan lebih cemerlang dan dikurniakan yang terbaik dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Banyak perkara negatif juga mengganggu perjalanan aku dalam tahun 2017. Dan Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segalanya dan dihadirkan kepositifan dalam setiap cabaran dan dugaan yang ditempuhi.

Disini aku kongsikan beberapa program yang telah dilaksanakan sepanjang 2017.

seorang murid SKPL mewakili Daerah Kuala Kangsar ke Kejohanan Merentas Desa MSSPk 2017 dan aku juga terlibat sebagai jurulatih daerah

Asmah Long menjadi Johan P12 Kejohanan Merentas Desa MSSD Kuala Kangsar dan 3 orang murid lagi mendapat kedudukan Top 50

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kuala Kangsar 2017. SKPL berjaya membawa pulang 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa. 2 lagi wakil SKPL menduduki tempat ke 4 dan ke 5 bagi acara lompat tinggi P12 dan L11

Program Menyemai Budi,Menyubur Minda bersama SMK Bawong dan IPG Kota Bahru

Program Menggapai Bintang bagi calon UPSR 2017 bersama pegawai SIP+ Pn Norhayati dan pegawai SISC+ Dr. Norihan dari PPD Kuala Kangsar

Program Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan bagi calon UPSR 2017 bagi SKMOA Daerah Kuala Kangsar yang diadakan di Hotel Royal Penang. 3 hari 2 malam. 5 orang murid SKPL terlibat dan aku sebagai guru pengiring

Tuisyen Rakyat KKLW bagi Calon UPSR 2017. Aku mengajar BM Penulisan

Salah satu sesi pdp Kelas Dewasa Asli Peribumi yg aku jalankan. Alhamdulillah syukur juga slide dan dokumen yg aku sediakn terpilih untuk mewakili negeri Perak ke Pertandingan Amalan Terbaik KEDAP Peringkat Kebangsaan dan mendapat tempat ke5. First try kan,byk lg yg xtau dan alhamdulillah byk yg aku belajar utk pertandingan sebegini.

Salah satu projek yg aku jalankan dalam sesi pdp Reka Bentuk dan Teknologi. Alhamdulillah utk tahun 2017 banyak projek telah berjaya dijalankan.

Alhamdulillah muncul Johan dan mengekalkan kedudukan bagi Pertandingan Hiasan Rumah Sukan serta muncul Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang SKPL 2017. Syukur jugak quartet 4x100m Lelaki dan Perempuan muncul johan bersaing bersama semua SKMOA Daerah Kuala Kangsar

Alhamdulillah berjaya menukarkan "stor" menjadi bengkel RBT yang kondusif untuk dijalankan sesi pdp. Aku bercita-cita untuk menjadikan Bengkel RBT ini sebagai Bengkel 5S. Moga hasrat ini terlaksana pada tahun 2018.

Program Sukaneka dan Pertandingan Senamrobik murid Asrama. Aku selaku Ketua Warden amat2 bersyukur mendapat rakan2 warden,ppm dan rakan2 guru yg sgt2 rajin yg membantu melancarkan semua program asrama.

Program Sukan Integrasi antara murid KEDAP dan murid asrama.

Menukar stor perabot rosak menjadi Bilik Prep bagi murid asrama. Bilik ini juga digunakan untuk kelas mengaji Al-Quran serta digunakan untuk murid2 LINUS.

Majlis Bacaan Yassin bersama ibu bapa dan calon2 UPSR 2017

Salah satu program kerohanian yg dijalankan oleh unit Agama Islam,Asrama SKPL. Alhamdulillah tahun 2017,ramai murid yg memeluk agama Islam dan mendapat keizinan daripada ibu bapa mereka. Surau ini juga salah satu bilik khas yg direnovate pada tahun ini. Buat pelan2,mengikut sumbangan yg kami terima. Banyak lagi yang hendak dilakukan.

Merenovate dan mewujudkan kembali Bilik Warden Asrama.

Mewujudkan Bilik Darjah Abad 21 untuk murid dalam kelas jagaan aku iaitu kelas 6 Mutiara.


Dan banyak lagi program2 lain yg telah dijalankan. Kesemua yg aku upload disini adalah program2 yg melibatkan selaku penyelaras dan pelaksana. Alhamdulillah aku dikurniakan pentadbir dan rakan2 guru yg sgt2 bagus dan byk membantu dan memberi galakan.

Monday, December 4, 2017

"SCIENCE PROJECT' MURATA ELECTRONICS MALAYSIA SDN BHD DI SK POS LEGAP

Bismillahhirrahmannirrahim..

Pada 21 November 2017 yang lepas telah dijalankan program "Science Project" yang dijalankan oleh Murata Electronics Malaysia Sdn Bhd cawangan Batu Gajah. Projek ini melibatkan murid-murid tahun 6 SK Pos Legap. Tujuan utamanya adalah untuk mendedahkan kepada murid-murid mengenai kepentingan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian.

Selain itu,pihak Murata juga telah berbesar hati untuk memberikan sumbangan uniform sekolah kepada semua murid SK Pos Legap yang melibatkan hampir 300 orang. Terima Kasih diucapkan. Moga kerjasama antara pihak Murata dan SK Pos Legap akan berterusan.

*aku penyelaras program ni bagi pihak sekolah...tu yg gigih taip,buat simpanan pada masa hadapan..hahaha


SOLAT:KEPENTINGANNYA DALAM RUMAH TANGGA~

Bismillahhirrahmannirrahim...

Apabila menjadi seorang 'doktor cinta',pasti bermacam masalah akan diadukan.Samada yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin.Yang menjadi 'doktor cinta' ini pun belum berkahwin,disebabkan ingin membantu,maka akan dilayan dan dibantu setiap persoalan yang diajukan.Ya,didalam sebuah institusi rumah tangga,bermacam masalah akan timbul.Samada kecil mahupun besar.Didalam rumah tangga,perkara yang sekecil zarah boleh menjadi sebesar planet matahari.Betul,xpercaya,kahwin la..hu3

kebanyakan masalah di dalam rumah tangga ini adalah berkisarkan tentang kesetiaan,kesabaran,kasih sayang dan macam.Mudah sangat2 curiga ketika di dalam rumah tangga.Dan kesemua masalah ini hanya akan selesai dan dapat diselesaikan apabila hubungan dengan Allah dijaga dengan penuh rapi.Segala yang wajib dilaksanakan dengan sempurna manakala amalan2 sunat diperbanyakkan.Betul,kebanyakan yang datang selalaunya aku akan tanya tentang solatnya.Perkara paling asas dalam diri seorang muslim.Dan jawapan yang diperolehi,kebanyakannya adalah disebabkan solat langsung tidak dipelihara.Solat bila rasa nak solat n selalu 'tuang'.Subuh memang dah selalu sangat ditinggalkan.itu antara jawapan2 yang akan diperolehi.

Teringat kata2 ustazah Nadiah ketika aku berada ditingkatan lima di seratas,dia kata,jika kita jaga hubungan dengan Allah,Insya Allah hubungan kita dengan manusia juga akan Allah akan jaga.Jika kita jaga hubungan dengan Allah,insya Allah masalah2 yang timbul di dalam rumah tangga dapat diselesaikan dengan mudah.

Berbalik tentang solat,kepentingan solat dalam rumah tangga sangat2lah dititikberatkan.Di dalam Islam,solat amatlah dititikberatkan.Terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menerangkan tentang kepentingan solat.Antaranya ialah:


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”Riwayat at-Tirmidzi 



Riwayat at-Tirmidzi
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.” (Hadith Riwayat Muslim)




Firman Allah: “Bacalah (selalu) Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu! Dirikanlah solat! Sesungguhnya solat itu menghalang perbuatan keji dan mungkar. Sesungguhnya mengingat Allah lebih besar (faedah dan kesannya). Dan Allah mengetahui apa yang kamu lakukan”. (Al-Ankabut: 45)




Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:” Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Riwayat Bukhari)



Ada satu kisah tentang orang yang meninggalkan solat.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,

"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."!

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W,

"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,

"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka mengadakan solat jenazah untuknya. Tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular! itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya :

1.Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah.

2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya. (Sumber : http://jaipk.perak.gov.my/ : Portal rasmi Jabatab Agama Islam Perak)

 kesimpulannya,solatlah amalan yang wajib kita lakukan dan wajib kita laksanya dengan sempurna,tepat pada masanya tanpa melengahkannya.Percayalah,insya Allah jika kita menjaga solat kita,Insya Allah setiap ujian yang menimpa diri kita akan dapat kita lepasinya dengan jaya.Begitu juga di dalam rumah tangga,inilah kunci kebahagian di dalam rumah tangga.Percayalah,Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang sentiasa melaksanakan segala perintahnya.

*nasihat drpd ustaz dan ustazah yang pernah ditemui,jika kita ingin mencari jodoh,carilah yang menjaga agamanya dan paling penting solatnya.Jika sebelum kahwin solat pun tunggang langgang,apabila sudah berrumah tangga pun akan jadi begitu juga bahkan mungkin lebih teruk.Kebiasaanya,pelbagai janji akan ditaburkan sebelum berkahwin.HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM~

SEKADAR PERKONGSIAN BERSAMA

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran 104:105)