Friday, May 17, 2019

Kenangan Umrah Solo 2019 (Madinah)

Bismillah...

Pertamanya syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNya,termakbul segala doa dan hajatku sejak dari kecil iaitu untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah....

Ini impian dan cita-cita sejak kecil..

Dan Alhamdulillah pada 22 Mac hingga 2 April 2019 menjadi sejarah terindah dalam hidup seorang insan bernama Ahmad Safuan Bin Zakaria..Impian dan cita-citanya dimakbulkan Ilahi..

Dah lama sangat nak pergi, tapi yang betul2 tekadnya lebih kurang 3 minggu sebelum bertolak..balik sekolah sesaje pi pejabat syarikat Darul Mubarak..nak tengok tarikh dan pakej yg ditawarkn jaa mula2..entah macam mane aku terus bersetuju dengan tawaran dan tarikh yg diberikan..yelaa,aku sekarang ni di SJKC,jadi bab tarikh tu kena pilih yg sesuai agar tidak menjejaskn tugas

Dan Alhamdulillah segala urusan persiapan dipermudahkan..syukur kerana dikurniakn rakan sekerja yg memahami dan membantu walaupun tidak seagama, PT/Kerani sekolah yg cekap membantu menguruskn segala dokumen serta pegawai PPD yg sgt2 baik bantu utk kelulusan keluar negara walaupun permohonan kira lewat laa..pegawai PPD tu kata,xpe sbb umrah saya akan uruskn dgn cepat.insyaAllah benda baik semuanya akan dipermudahkn

Dalam masa 3 minggu segala persiapan,kursus umrah dan lain2 berjaya diselesaikn..dan banyak baca buku tentang umrah,utk menambah ilmu..sangat2 berdebar dan teruja pada waktu tu..ramai yg tanya xtakut ke pi sorang?aku jawab insyaAllah segalanya akan dipermudahkn,doa itu senjata orang mukmin..lagipun pi dengan syarikat agensi pelancongan umrah,insyaAllah ramai orang2 baik yg ada nnt..

Tiba hari bertolak,fuhh berdebarnya rasa..dan sentiasa berdoa agar dikurniakan yg terbaik dlm setiap perkara..sebelum naik flight berdoa agar dpt tempat duduk yg diimpikn iaitu di tepi tingkap dan depan sekali..lebih selesa..dan syukur sgt2 bila masuk ja kapal terbang,pramugara tu terus bgtau "haa seat encik yg depan sekali ni ya,tepi tingkap"..gembira dan syukur sgt2...lebih kurang 8 jam perjalanan xterasa...dan yg lebih seronok dapat duduk sebelah dgn ustaz mutawif,macam2 persoalan dapat dirungkaikn terutama bab ibadah umrah yg akan dilaksanakan..yelaa baru first time nk buat,tentu banyak yg kita xtau..Alhamdulillah semakin teruja pada waktu itu

Bila tiba jaa di Airport Madinah,fuhh rasa bersyukur yg teramat sgt kerana doa sejak kecil dimakbulkan..di Madinah,dapat hotel yg berdekatan dengan Masjid Nabawi..dan duduk sebilik dgn ustaz2 Mutawif..Allahuakbar,rasa syukur sgt2 sbb memang aku berdoa untuk dapat sebilik dgn mereka2 yg ada ilmu dan pengalaman tentang ibadah umrah ini untuk aku ajukn banyak persoalan..

3,4 hari di Madinah terasa begitu sekejap..Alhamdulillah segala urusan serta hajat dimakbul dan dipermudahkn oleh Allah..Raudhah,salah satu taman2 syurga menjadi impian..susah untuk dapat solat di kawasan Raudhah sbb manusia terlalu ramai dan bersesak,tetapi Alhamdulillah Allah lorongkn laluan utk dapat beribadah di kawasan Raudhah..

Melawat Maqam Rasulullah dan sahabat2 Nabi merupakan moment2 yg cukup syahdu..xterungkap dgn kata2..biar disimpan kemas dalam hati

Tanah Perkuburan Baqi jugak dapat dilawati..pada waktu sekarang ini,tanah perkuburan itu hnya boleh diziarahi selepas asar..untuk lelaki sahaja...time zohor cuba nak masuk,tapi xboleh..sesudah solat asar,tiba2 plastik hadangan dibuka(kebetulan solat di saf pertama) terus aku meluru ke hadapan(laluan ke Maqam Nabi)..beberapa saat lepas aku lalu hadangan tu,hadangan tu ditutup balik,beberapa orang jaa mereka pilih untuk solat jenazah di bahagian bilik jenazah..aku ikut jaa jemaah arab/pegawai masjid di hadapan aku..semuanya berjubah putih dan berserban merah..aku jaa jubah warna lain..terasa gerun jugak..terus masuk ke bhgian bilik yg ditempatkn jenazah2 yg sudah dikapan..semua jemaah berhenti dan Imam di hadapan aku terus mengangkat takbir untuk menunaikn solat sunat jenazah..sesudah solat,kami menguruskn jenazah untuk diletakkn ke atas pengusung..dan kami mengangkat pengusung tu hingga ke Tanah Perkuburan..bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk merasai pengalaman yg cukup mahal bagi aku..

Dan banyak lagi kisah2 indah di bumi bertuah Madinah..biarlah disimpan kemas dalam ingatan dan hati aku seumur hidup..

Disini ada beberapa gambar dan video sepanjang perjalanan dan semasa di Madinah..
Di KLIA sebelum berlepas




Selamat mendarat di Airport Madinah






Subuh di Masjid Nabawi




Menuju ke Raudhah
Di Maqam Rasulullah S.A.W dan para sahabat

Perkuburan Baqi'


Mimbar Nabi



Antara tempat lain dilawat,dan sempat diambil gambar




*Kisah di Tanah Suci Mekah akan dipost next entry ya 😃

No comments:

Post a Comment