Sunday, February 21, 2016

Team Olahraga Sekolah Kebangsaan Pos Legap 2016

Bismillahhirrahmannirrahim...

Tahun ini, sekali lagi diberi tanggungjawab untuk menjadi Pengurus Pasukan Olahraga sekolah. Disebabkan tahun lepas dah pegang tanggungjawab ni, jadi tahun ni xde masalah sgt laa..dh ada laa pengalaman sikit..hehe

Kami menjalankan latihan selepas sahaja dimaklumkan mengenai tarikh pertandingan. Lebih kurang 2 minggu sebelum pertandingan kami berlatih....minggu pertama berlatih, minggu kedua tu cuti CNY. So latihan seminggu jelaa..hehe

Alhamdulillah, semasa latihan dijalankan, semuanya berjalan dengan lancar. Latihan lebih banyak menjurus kepada teknik2 yang betul selain mementingkan kekuatan stamina mereka. Antara latihannya joging masuk ke kawasan kampung2 disekitar Pos Legap. Selain dapat stamina, dapat laa jugak kami menghirup udara segar..duk dalam hutan kan..hehe

Waktu hari pertandingan, sebelum subuh lagi aku dah bersiap. Habis mandi,solat subuh dan persiapan diri yang lain, terus aku bergegas ke asrama. Untuk memastikan pelajar2 asrama dah bangun dan bersiap untuk ke sekolah. Warden kan..haha..selain tu, aku juga nak memastikan team olahraga yg duduk asrama dah siap...bila dah siap,boleh laa bagi sarapan..pagi tu, depa bersarapan dengan coco crunch...nampak berselera.

Habis bersarapan, terus kami siap2kan peralatan/bahan2 yang perlu dibawa untuk pertandingan..dah siap semua, kami masuk ke kampung,untuk ambil seorang lagi murid yang xsampai lagi..rumahnya agak jauh jugak..dan mungkin xde transport..so kena laa aku pi amik kt rumah..hehe

rumah murid aku tu diperbuat dari buluh jaa..agak daif laa aku tengok..sebak jugak aku rasa time tu..lagi bertambah sebak bila aku tengok scene mak dan ayahnya memberi nasihat dan kata2 semangat kepada anaknye...huuaaa...anak nak bertanding jauh ni..keluar hutan pulak tu

aku sempat laa kata doakan kejayaan kami serta doakan semoga perjalanan kami pergi dan balik dalam keadaan selamat...almaklum sahajalah,sekolah di kawasan pedalaman....risiko yg sangat2 tinggi..ikut jalan laluan balak kan...faham2 jela..yg dah pernah melalui jalan balak,dia faham laa cabaran2nye...hehe

hampir sejam jugak laa perjalanan keluar hutan untuk ke tempat pertandingan di SMK Muhibbah, Sungai Siput (U). Sampai2 jaa sekolah tu,terus aku daftarkan diri dan terus buat persiapan untuk pertandingan. Tahun ni,kami hanya menyertai acara 100m,200m,lompat jauh dan lontar peluru. Jumlah peserta 11 orang sahaja.

dan alhamdulillah, dari semua acara yang disertai, hampir kesemua peserta dari SK Pos Legap berjaya mendapat tempat 3 terbaik dalam setiap saringan. Dan hasilnya 1 Perak berjaya diperolehi iaitu dalam acara 200m P11 yang dimenangi oleh Asmah Bt Long....murid yang aku pi amik kt rumah dia tu....bila tgk dia menang,terus aku jadi sebak sbb teringat peristiwa sayu waktu kt rumah dia tu..huuuaaa


kalau dulu, SKMOA akan bersaing di kalangan SKMOA sahaja, cuma dalam setahun dua ni format berubah, SKMOA akan bersaing dengan semua jenis sekolah yang lain. Jadi cabarannya lain laa...yela murid2 aku ni semuanya cinonet..kena bersaing dengan murid2 luar hutan yang lain yg tinggi2,panjang2 dan besar2...hehe..ape2pun,itulah cabaran yg perlu aku serta anak2 murid aku sambut..hehe

Habis acara penutup Kejohanan Balapan dan Padang Zon Sungai Siput ni, murid2 aku request nak makan KFC...ada yang xpernah makan..yela,duk kat kawasan pedalaman yg jauh dalam hutan tu,mana nak makan KFC kan...ayam kampung ada laa..haha...disebabkan mereka semua melepasi KPI yang aku tetapkan,maka aku tunaikanlah permintaan mereka...acewahhh..haha

Aku seronok sebenarnya, sebab ape?sbb tahun ni lebih baik dari tahun lepas..dan Alhamdulillah aku berpuas hati..hehe


habis makan KFC, aku bawa mereka ni singgah di Masjid dulu, untuk solat Zohor...Lepas itu bawa pi kedai runcit untuk mereka ni beli apa yang nak dibeli..depa ni dapat duit saku kan..so gunakanlah..hehe..habis shopping, kami terus la masuk ke dalam hutan kembali..haha

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..syukur.....

terima kasih kepada semua yang membantu..rakan2 guru SKPL, rakan2 staf, warga sekolah, ibu bapa serta orang2 kampung sekitar Pos Legap yang membantu samada secara langsung mahupun tak langsung..hehe

K, Assalamualaikum

*sekarang ni aku tgh bersiap utk masuk hutan..hehe..kawasan sekitar Pos Legap tu bukannya ada line telefon mahupun line internet,so sampai disini dulu..nanti bila2 aku keluar hutan,aku tulis balik apa yg patut ye..hehe

Aktiviti Asrama SK Pos Legap bulan Januari 2016

Bismillahhirrahmannirrahim..

Pada minggu ketiga bulan Januari yang lepas. telah dijalankan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Asrama SK Pos Legap bagi sesi 2016 serta Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Asrama bagi Bulan Januari.


Majlis disempurnakan oleh Penolong Kanan HEM SK Pos Legap, Cikgu Termizi serta dihadiri oleh semua guru dan staf SKPL. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

(nampak macam skema gilerr ayat aku kt atas ni...huahuahuahua)

ok,ni salah satu tugas aku selaku Warden Asrama laaa....dah namanya tugas dan tanggungjawab,maka kena laa laksanakan..hehe..majlis ni buat simple jaa..yg penting objektif tercapai..hehe

ni ada laa beberapa gambar yang sempat ditangkap, buat simpanan masa hadapan...huahuahuahua





Saturday, February 13, 2016

Riadah petang di daerah jelapang padi: Parit,Perak Darul Ridzuan

Bismillahhirrahmannirrahim

Aku bersyukur sebenarnya duduk di Parit, Perak ni...yelaa,di Parit macam2 ade..kau cakap jaa nk ape,semua ade..acewahh..haha

Mee hailam parit yg tersangat femes tu pun terletak xjauh dri rumah aku..klu dulu,yg femes mee hailam cina tu jaa..skrg kedai melayu pun dah buka kedai yg buat mee hailam yg lebih kurang rasa sedapnya dgn kedai cina tu..yg penting lebih yakin laa kehalalannya..hehe

dan berbalik kpda topik asal, salah satu yg bestnya di Parit ni adalah sbb sawah padinya..dan pernah mndapat jolokan daerah jelapang padi di negeri Perak ni..

dan beruntungnya aku bila sawah padi ni terletak belakang rumah aku jaa...so mmg dh mnjadi hobi aku laa utk beriadah di belakang rumah jaa..hehe





Wednesday, February 10, 2016

Victoria Bridge Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan

Bismillahhirrahmannirrahim..

kali ni aku nk tulis pasal Victoria Bridge Kuala Kangsar, Perak....aku baru jaa pi dua,tiga hari lepas dgn adik beradik yg lain..hehe

Jambatan utk laluan kereta api ni dah dibina berpuluh tahun dah..dari zaman pnjajahan British lagi rasanya..hehe

selalu juga jadi lokasi pengambaran filem,drama,wedding photoshot dan lain2...yang aku ingat,filem Zombie Kampung Pisang ada buat pengambaran disini...

jambatan ni sgt kukuh binaannya..dan agak tinggi juga..gayat wehh..hehe..lokasi jambatan ni terletak di Karai..kalau kau dari bandar Kuala Kangsar menuju Ipoh (ikut jalan lama),xjauh dri Jambatan senget dkt JPJ Kuala Kangsar tu ada simpang masuk ke Karai di sebelah kiri..kau masuk jaa simpang tu dan jalan terus..dalam 3,4 km kau akan jumpalh jambatan yg tersergam indah ini..hehe

ok,malas merapu dah..ni ada laa beberapa gambar waktu di jambatan bersejarah ini..hehe





ujian itu nikmat

bismillahhirrahmannirrahim

assalamualaikum....dah lama xmenulis..hehe..so ni artikel first utk tahun 2016 ni..hehe

bulan januari ni merupakan bulan yg agak mncabar bagi aku...macam2 yg berlaku...hehe

betul,kadang2 aku rasa agak down...satu persatu perkara brlaku..dan ape yg berlaku tu diluar jangkaan aku dan aku xmahu pun hal itu berlaku...

adakala,aku berharap sgt utk dpt 'sesuatu' itu,dan dah berusaha ke arah itu...tapi masih xdpt...mcm aku,aku slalu xdpt ape yg aku nak..hehe

Tapi tulaa aku kena slalu ingat,Allah akan uji kita sesuai dgn kemampuan kita...ingatlh,setiap ujian yg Allah beri,kita mampu utk hadapinya..dengan syarat kita kena sentiasa jaga hubungan kita dengan Allah...

satu lagi,kita kena slalu ingat tiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya...pasti ada "sesuatu" yg Allah ingin beri pada kita...yg penting kita kne slalu sabar dan lakukan perkara2 yg positif...jangan bersedih jika kita xdpt apa yg kita nak,tetapi percayalah pasti ada "sesuatu" yg lebih istimewa yg Allah akan berikn pada kita..xdidunia,di akhirat insyaAllah


aku suka sangat dgn ayat dalam gambar diatas..terjumpa dlm google..hehe..kpda tuan pemilik gambar ni,maaf ye pinjam sat gmbar ni..hehe

*betul,bulan ni terasa byk sgt ujian yg menimpa aku..dan adakalanya aku terasa mcm lemah dan xmampu utk hadapinya...ntah laa,byk yg brlaku dh menyentuh hati n kadang2 rasa mcm tersiat2..hehe

tapi tulaa,bila mcm2 ujian brlaku ni aku teringat blk nasihat2 yg aku pernah aku bg waktu jdi kaunselor xbertauliah dulu...dulu bila org lain ada masalah,aku slalu positifkn diorg..kini bila aku pula diuji,aku perlu kuat utk positifkn diri aku sendiri...dan pada waktu2 beginilh aku kena byk berdoa dan merintih kpd Allah..ingat tu safuan! (cakap depan cermin)

k laa,cukuplah sesi sembang2 kali ini..hehe...akhir kata,ingat Allah uji kita sesuai dgn kemampuan kita dan ia berlaku beserta dgn jutaan hikmah disebaliknya....always be positive!

hehe