Saturday, January 28, 2012

jom karaoke!..doraemon theme song ~

ini adalah post aku yg ke 101..hemm dah byk jugak aku post ek..hahaha...k la utk post kali ni,jom relax2 sambil berkaraoke lagu tema doraemon ni...aku pasti korg sume komfom2 dah hafal lagu ni dulu..cuma skrg ni dah lupa2 sikit kn?jadi jom kita kembali ke zaman kanak2 kita!..hahaha


video



Title: Doraemon - Doraemon Theme song
konna koto ii nadekitara ii na

anna yume konna yume ippai aru kedo

minna minna minna

kanaete kureru
fushigina POKKE de kanaete kureru
sora wo jiyuu ni tobitai na
(hai! takekoputaa!)
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON
shukudai touban shiken ni otsukai
anna koto konna koto taihen dakedo
minna minna minna
tasukete kureru
benrina dougu de tasukete kureru
omocha no heitai da
(sore! tototsugeki!)
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON
anna toko ii na
iketara ii na
kono kuni ano shima takusan aru kedo
minna minna minna
ikasete kureru
mirai no kikai de kanaete kureru
sekai ryokou ni ikitai na
(ufufufu... doko demo DOA!)
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON 

Monday, January 23, 2012

Dilema dan krisis hati seorang pemimpin ~

Bismillah..disini ada satu artikel yg aku dapat dari rakan aku(forwarded email)..artikel tentang krisis hati seorang pemimpin..hemm artikel ni sangat2 menarik..moga kita semua dapat ambil manfaat dari artikel ini dan muhasabah diri kita,insya Allah...

*Bermula disini


Hati kita boleh berkata-kata dan merasa. Bahasa hati hanya boleh difahami oleh pemiliknya dan Penciptanya. Pemimpin kesayangan Allah sudah pasti menjalankan urusan Allah kerana ingin mendapatkan nama di sisi Ilahi bukan di hati para insani. Iblis akan terus pastikan bahawa seorang pemimpin itu hanya akan hebat pada zahirnya, tetapi memiliki hati yang sentiasa berpenyakit. Antara penyakit hati seseorang pemimpin itu ialah:-

DIA suka diberi perhatian selalu, dilayan dan mecari-cari jalan supaya dia dipuji. Dia juga tidak suka pemimpin lain mendapat pujian yang lebih tinggi daripadanya.

DIA suka mempamerkan karismanya, kesibukan dan keberaniannya dalam melakukan sesuatu kerja sambil dipandang oleh pengikutnya. Sedang hakikatnya dia seorang pemalas dan penakut.

DIA mudah menghukum dan menuduh pengikutnya tanpa usul periksa. Ini didorang oleh rasa bimbang pengikutnya itu tidak menghormatinya.

DIA suka menegur dan memberi semangat kepada orang lain. Hakikatnya dia sukar untuk menerima nasihat dan suka memperlecehkan teguran orang di bawahnya.

DIA akan cuba membuat perubahan demi menaikkan namanya dan cuba memperkecilkan jasa dan perubahan yang telah dilakukan oleh pemimpin sebelumnya. Dia juga akan merendah-rendahkan kemampuan pelapis selepasnya.

DIA suka menyembunyikan kesalahannya dan sukar mengaku salah. Oleh sebab dia bijak berbicara, akhirnya kesalahan itu boleh menjadi kesalahan orang lain.

DIA mempamerkan sifat rendah diri di hadapan pengikutnya, supaya dia dikenali sebagai seorang pemimpin yang baik, sedangkan itu bukanlah sifatnya yang sebenar.

DIA suka berjalan dengan orang yang tidak setaraf dengannya dan tidak suka berjalan bersama orang yang lebih tinggi darjat daripadanya.

DIA suka mencari pengaruh dari kalangan pengikutnya kemudian menceritakan kepada pemimpin yang lain bahawa dia selalu menjadi tempat rujukan (mengadu) dan selalu diberi perhatian.

DIA suka membuat kenyataan yang berbeza daripada pemimpin yang lebih tinggi daripadanya. Jika dia yang tertinggi, dia akan meremehkan pendapat pemimpin lain.

DIA suka mengambil kesempatan di atas penghormatan dan kesetiaan orang lain terhadapnya

Bidadari Syurga ~

Alkisah tersebutlah kisah....


'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....


Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana. 



Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab... eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua....
dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii...... tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.



Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.... subhanallah...



*semoga kita juga tergolong dikalangan ahli2 syurga...amin

Saturday, January 21, 2012

senyum selalu...~

tips untuk mengendurkan rasa takut,risau,kecewa dan sebagainya ialah dengan senyum...SENYUM,X PERLU KATA APA2..
Banyak hadis juga yang membicarakan tentang senyum ni,antaranya ialah hadis yang berbunyi :
seorang sahabat yang tidak memiliki apa2pun untuk disedekahkan bertanya  "jika kami ingin bersedekah,namun kami tidak memiliki apapun,lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkan?"
Lalu Rasulullah S.A.W bersabda,"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah,beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah,dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah."(HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

ihsan MOHD SYAUQI
sumber:DARI SINI

semoga mak cepat sembuh

bismillah...waktu tulisan ini ditulis,mak aku masih ditempatkan di hospital..mak aku kena tahan disebabkan tekanan darah tinggi yang terlalu tinggi...dan alhamdulillah pada ketika ini,darah tinggi mak aku sudah semakin menurun...mak aku kata,kali ni tekanan darah yg mak aku alami tidak terlalu tinggi berbanding pada tahun lepas..tahun lepas adalah paling teruk,doktor kata mak aku nyaris diserang strok..tapi alhamdulillah,tekanan darah yg terlalu tinggi waktu tu dapat distabilkan....apa2pun,semoga mak cepat sembuh..amin

Friday, January 20, 2012

harga sebuah iman...

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.
Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.


sumber iluvislam.com

Saturday, January 14, 2012

JOM NYANYI!.....=)

Jom nyanyi!!..huhu....belek2 laptop aku ni,terjumpa la pulak video lagu kanak2 ni..best gak..J0M NYANYI!!...hahahaha



video

Thursday, January 12, 2012

aku dalam dilema!....:)

bismillah

aku skrg ni dalam dilema.Pasal apa?pasal SBE..aku sbnrnya xtau nak pilih sekolah mana ni..huhu..2 orang sahabat aku ajak buat kt kelantan..seorang ajak duk kt umah mak saudara dia dan seorang ajak duk umah dia..seorang di kubang kerian dan seorang lg kt kota bharu..dua 2 budak kelas agama..dan 2 orang lagi ajak buat kat perak iaitu kt rumah aku...dua2 budak kelas aku..mengikut rncgn aku dri dulu,aku sbnrnya nak merasalah wat kt negeri lain yakni selain negeri perak,tapi kesian plak 2 orang sahabat aku yang beriya sgt nk buat kt perak..diorg dua2 org kedah..diorg pun nk merasa buat kt negeri lain..huhuhu..pening2

Monday, January 2, 2012

kisah mak cik dalam bas

BISMILLAH
 beberapa ari lepas aku naik bas dari ipoh ke parit..di takdirkan Allah untuk aku duduk di sebelah seorang mak cik yg aku agak dalam lingkungan 60 tahun ke atas...seorang mak cik yg sgt2 peramah

mula2 kami bertaaruf la....mak cik ni adalah  mak cikgu aku di SMKIS dulu...byk benda yg kami sembangkan sepanjg perjalanan hampir sejam tu

dan topik yg paling lama kami sembang ialah tentang pengalaman mak cik tu menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah..mmg seronok dgr dia cerita...dia ni dulu kerja cleaner je..anak2 ramai..ramai yg duk kutuk dan hina dia disebabkan pekerjaan dia tu..bagi dia,ADA AKU KESAH!!...."kalau mak cik layan hinaan diorang tu,mak cik juga sakit hati..jadi lebih baik mak cik x layan ja...lagipun nak,mulut orang mana kita nak tutup..dah mulut diorang,biarkan kt dia la..yang penting kita bersabar,insya Allah Allah akan tolong kita"kata mak cik tu..huhuhu

sepanjang perjalanan tu aku hanya menjadi pendengar yg setia..huhu(teringat zaman2 jadi kaunselor x berbayar dulu)hahaha....

berkat kesabaran dan kesungguhan mak cik tu cari rezeki,Alhamdulillah dia dikurniakan anak2 yg berjaya dlm hidup...dan doa dia selama ni utk menunaikan umrah dan haji dimakbulkan Allah..duit hasil penat lelahnya selama ini digunakan utk menunaikan haji...

"waktu tu nak,mak cik xtau nak kata apa,mak cik bersyukur sangat2 sebab Allah makbulkan doa mak cik..kalau fikir logik,mana mampu mak cik nak pergi ke Mekah,Yela,belanja utk pergi sana pun byk..tapi tula,kitakena byk2 berdoa pada Allah..insya Allah dia akan makbulkan,percayalah"..kata mak cik tu lagi

pastu mak cik tu ada gak cerita pengalaman dia menunaikan umrah selama sebulan dalam bulan Ramadhan yg lepas..dia pergi seorang diri(suami dia dh meninggal kot sbb dia lgsung x cerita pasal suami dia)..."memang seronok buat umrah dalam bulan Ramadhan nak,rasa lain sgt klu buat dlm bulan tu.Waktu disana,semua orang berlumba utk beribadah,x mcm kt tmpat kita,orang berlumba2 utk pi bazar ramadhan ja.Dan Alhamdulillah sepanjang disana segala urusan ibadah mak cik dipermudahkan oleh Allah.Lagi satu,kalau kita berpuasa disana,kita x rasa haus..kita rasa cam biasa ja walaupun cuaca kat sana sangat panas"kata mak cik tu lagi...


*dan byk lagi sbnrnya cerita mak cik tu,aku x larat nak tulis...huhu
terima kasih mak cik(x sempat tanya nama)...mak cik telah memberi 1001 inspirasi dalam hidup saya..apa yg dialami oleh mak cik sebenarnya hampir menyamai dgn apa yg aku alami...semoga doa2 aku selama ini akan dimakbulkan oleh Allah..amin...MEKAH AL-MUKARRAHMAH,nantikan kemunculanku(insya Allah)..=)

ombak rindu...=)

Filem ombak rindu baru2 ni telah mencetuskan satu fenemona dlm dunia seni...filem ni mengaut beberapa juta sepanjang tyangannya....dan dlm post ni aku selitkan lirik lagu tema filem OMBAK RINDU....=)


Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2011/10/lirik-lagu-ombak-rindu-hafizadira.html#ixzz1iQMmEeft