Sunday, September 30, 2012

sweetnya Nabi Muhammad pada isteri Baginda~

 
Bismillah..

Semenjak dua menjak ni aku selalu mendapat khabar gembira daripada rakan2 yg nak menamatkan zaman bujang diorg.Alhamdulillah,aku seronok sgt2 mendengarnya dan aku sentiasa mendoakan yang terbaik utk kalian.

Kepada yang bakal menjadi suami,jadilah seorang IMAM yang terbaik buat MAKMUMmu iaitu isterimu.Dan kepada bakal isteri,jadilah MAKMUM yang terbaik buat IMAMmu.Jadilah makmum yang setia dan tegurlah imammu sekiranya dia melakukan kesalahan.

Dan disini ingin aku kongsikan sedikit kisah2 betapa sweetnya Nabi Muhammad S.A.W kepada isteri Baginda.Patut dijadikan contoh buat semua..

  • Kalau ada pakaian yang rosak,Baginda sendiri yang akan menjahitnya tanpa perlu menyuruh isteri Baginda.
  • Setiap kali pulang kerumah,bila dilihat tiada makanan yang sudah dimasak untuk dijamah,sambil tersenyum Baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya didapur.Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'kalau Nabi berada dirumah,Baginda selalu membantu urusan rumah tangga.
  • Jika mendengar azan,Baginda cepat-cepat berangkat ke masjid  dan cepat-cepat pula pulang kerumah sesudah selesai solat.
  • Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’).Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’  Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. 
  • Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’  
  • Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Saturday, September 29, 2012

kurindukan kasihmu kekanda~

Bismillah...

Tiap kali aku duduk sendirian,pasti aku akan teringat Allahyarham abangku.Abang Alang.Satu-satunya abang yang terbaik bagi aku.Orang yang dulu suka memberikan senyuman,suka ketawa dan selalu mengajar aku.Terutamanya Bahasa Inggeris.Ya tiap kali aku belajar bahasa Inggeris,pasti akan teringat tiap kali dia mengajar aku.Tegas tetapi lembut.

Warkah itu mmasihku simpan sebagai pembakar semangat.Memang titis air mata akan mengalir tiap kali menatap warkah itu.Warkah yang penuh dengan kata nasihat..

Ya,kini aku merindukan kamu.Aku rindu untuk melihat senyumanmu.Aku rindu untuk melihat wajahmu tersengih dan aku rindu kata nasihatmu.

Lambaian terakhir itu masih segar dalam fikiran bila dirimu menghantar aku daftar di sekolah sains itu.Panggilan terakhir ketikaku menelefonmu jua masih terngiang-ngiang di telingaku..

YA,KURINDUKAN KASIHMU KEKANDA~

semoga dirimu berbahagia disana,disini adikmu sentiasa mendoakanmu

Al-Fatihah


video

Sempena post yg ke 111 aku,hari ini aku rasa cam nak cerita pasal family aku..hehe..bila lagi nk promote family sendiri kn..haha

ok,dalam family Encik Zakaria Bin Din dan Puan Maimunah Bt Itam Shatar,kedua pasangan bahagia ini dikurniakan 15 orang anak..huhu ramaikan..rezeki Allah bagi

Namun 3 anak telah meninggal dunia..seorang iaitu kakakku Allahyarhamah Mashitah Bt Zakaria meninggal ketika baru berusia beberapa bulan sahaja..sakit kuning..anak kedua yang meninggal ialah Allahyarham Razak B Zakaria..meninggal ketika usia 6 tahun..sakit apa xtau...dan ketiga ialah Allahyarham Mohd Azhar Bin Zakaria..meninggal ketika usia 26 tahun klu xsilap..langgar lari..pemergiannya cukup aku rasai kerana dua orang adik beradik aku yg meninggal awal tu,mereka meninggal ketika aku belum lahir..Namun pemergian arwah abgku ini cukup2 terkesan dihati aku...aku mengambil masa yg cukup lama utk dapat lupakan segala kenangan dan memori bersama arwah..yela,kami duduk satu bilik,jadi memang rapat sangat2 la...Namun apapun aku tetap redha diatas pemergiannya..

Al-Fatihah untuk semua ahli keluargaku yang sudah pergi meninggalkan aku.....


dan kini,kami tinggal 12 orang adik beradik kandung..4 orang adik beradik aku sudah berkahwin,yang selebihnya belum lagi..tunggu saat ja..hehe..dan alhamdulillah skrg aku sudah ada 7 orang anak saudara..hehe..seronok keluarga besar ni..

dan inilah keluargaku..ini semua adik beradik kandungku..hehe...bukan senang nak kumpulkan semua sekali,yela masing2 dh ada keluarga dan kehidupan masing2..lagipun xsemua yg suka bergambar terutamanya aku..hehe





ok,sampai disini sahaja...ni semua gambar time raya hari tu..hehe..
<3 keluargaku <3

Friday, September 28, 2012

KINI KEMBALI


BISMILLAH...

hemm lama x menjenguk surat2 dalam peti ni..ntah la semenjak dua menjak ni mmg xde mood lgsung nk menulis surat n masukkn dlm peti ni..hehe...

kadang2 sibuk dan buat2 sibuk..hehe

Alhamdulillah sekarang sudah tiba masa yg agak free untuk aku..semua assignment sudah siap,tggl nk hntr ja..ada la satu dua assignment yg masih lg tggl dlm 15% lagi..harap semuanya dapat disiapkan..

Insya Allah minggu hadapan akan ada amali elektrik dan elektronik untuk aku..harap semuanya berjalan dgn lancar..minggu depan juga adalah minggu terakhir utk submit semua assignment..minggu depan jugak aku kena hantar video untuk satu pertandingan tu...harap2 membawa kejayaan..amin

diri sendiri?
alhamdulillah sedang menyibukkan diri dengan mengutip seberapa banyak ilmu dan pengalaman yg boleh aku timba..harap semuanya dipermudahkan..amin

cinta?aku sangat2 bahagia apabila melihat rakan-rakan aku bahagia dengan cinta mereka...hanya satu pesanku..CINTA ITU SUCI,JANGAN KOTORKAN KESUCIAN ITU HANYA KERANA NAFSU KITA....mantapkan IMAN dan ILMU dalam diri sendiri dahulu,sebelum hendak menjadi bakal IMAM kepada MAKMUMMU~
:)