Saturday, March 12, 2016

merawat penyakit Batu Karang secara tradisional

Bismillahhirrahmannirrahim...

lebih kurang sebulan yg lepas, mak aku mengadu sakit dibahagian perut...pi la bawak pi klinik..makan ubat yg diberi..dua tiga hari tu sakit tu tak hilang2 lagi....bawak pulak pi klinik lain..masih lagi kisah yg sama...setelah hampir dua minggu rasa sakit tu xhilang-hilang...maka kak aku bawak laa pi masuk hospital (aku time tu duk dalam hutan,xtau perkembangan...dalam hutan tu xdak line telefon mahupun internet..so faham2 jela)..hehe


setelah dicheck oleh doktor pakar di Hospital Batu Gajah, depa sahkan mak aku ni kena penyakit batu karang....lepas tu doktor tu minta utk mak aku dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh....selepas dicheck oleh 3 orang pakar di hospital tu, doktor mengesahkan ada batu karang dalam badan mak aku..ada dua biji katanya...satu disebelah kanan dan satu disebelah kiri...


kedua2 biji batu tu berada di luar hempedu dan saluran kencing...aku berjumpa laa dgn ketiga2 doktor pakar tu...bincang macam2..doktor kata kes mak aku ni macam rumit sikit...perlu menjalani beberapa pembedahan...tapi sebelum tu kena buat appointment utk pembedahan dulu..paling terdekat pun dalam dua minggu lebih lagi....lama tu..dah la mak tgh sakit..xsanggup aku nk tengoknye..doktor ada bisik kt aku utk cuba rawatan tradisional sementara nak tunggu tarikh utk pembedahan...

atas nasihat doktor tu,aku pun cari2 lah maklumat tentang perawat2 yang boleh merawat penyakit batu karang ni....setelah beberapa hari mencari,akhirnya aku disugestkan oleh rakan sekerja aku kt skola utk jumpa seorang perawat di salak,kuala kangsar

so kelmarin aku bawak la mak aku ke rumah perawat tu...rumahnya di belakang kilang cap tamin kat area salak,kuala kangsar tu jaa...rumah warna biru n hijau...xtau jalan,tanya jaa orang2 area situ...depa semua memang tahu laa...waktu merawat biasanya kul 9mlm....aku plak petang lagi dh sampai..maka berhuhu laa kami..hehehe

rezeki kami malam tu hanya kami jaa yg datang merawat...org kampung situ kata biasanya ramai orang..memang rezeki kami laa..hehe..tunggu dalam 10 minit macam tu jaa..lepas tu mak aku dirawat laa...proses dirawat tu dalam 20 minit macam tu laa...dan alhamdulillah batu2 karang mak aku tu berjaya dikeluarkan...

haa nampak tak batu2 tu...pecah abis dah...banyak jugak rupanya.....apa2pun alhamdulillah batu2 tu berjaya dikeluarkan....syukur..sesungguhnya Allah yang yg menyembuhkan..

setakat ke hari ini, alhamdulillah mak aku dah pulih laa...dalam dua tiga hari ni nak bawak pi hospital balik..nak check/scan balik....ikut prosedur biasa laa..doktor pun sugestkan..harap2,keputusannya nanti akan mengembirakan aku serta mak aku..hehe

No comments:

Post a Comment