Monday, August 22, 2011

Kisah guru tadika dengan murid

Gambar sekadar hiasan


Emm malam ni sepatutnya aku buat assignment Literasi Bahasa WAJ3104(ye kot),tapi ntah la,malam ni xde mood nak buat assignment tu..Jadi lebih baik aku wat kerja yang aku suka,iaitu membaca.huhuhu..baca apa?macam2 bleh baca.huhu....emm sudah2,jgn merepek..hahaha

Jadi,waktu aku tengah on9 fb,tetibe ada seorang sahabat ni post tentang satu kisah yang cukup2 menarik..seronok aku baca.Walaupun ringkas ja cerita ni..harap kita semua dapat ambil iktibar dari kisah ni...

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.

No comments:

Post a Comment