Thursday, July 7, 2011

MELESTARI POTENSI INSANI


Sebelum berbicara lanjut mengenai tajuk diatas,eloklah dulu kita melihat definisi setiap perkataan diatas.Menurut Kamus Dewan Edisi terkini,perkataan ‘melestari’ di definisikan sebagai sesuatu yang tidak berubah-ubah,kekal ataupun mengekalkan.Bagi perkataan ‘potensi’ pula ialah  kemampuan untuk mencapai atau melakukan sesuatu.Dan perkataan ‘insani’ pula bermaksud manusia atau sesuatu yang berkaitan dengan manusia.Jadi secara kesimpulannya ‘Melestari potensi insani’ adalah bermaksud mengekalkan pencapaian/kecemerlangan manusia.
Didalam Al-Quran,Allah S.W.T telah menyatakan secara jelas bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian.Hal ini dinyatakan di dalam Surah At-Tinn ayat 4 yang bermaksud
 “Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “
Jadi hal ini menunjukkan bahawa manusia itu sebenarnya adalah yang terbaik,namun hanya kita sahaja yang tidak sedar tentang hal ini.Ramai dari kita yang masih terleka.Aku tertarik dengan ayat yang aku ada terbaca beberapa hari lepas,iaitu bagaimana kita akan mencapai kecemerlangan pada hari esok sedangkan hari ini kita masih terlena.Ayatnya lebih kurang begitulah.Ayat yang cukup mendalam maksudnya.Jadi kita harus sedar bahawa setiap dari kita ini ada potensi masing-masing,setiap dari kita ini boleh mencapai kejayaan sebenarnya.
Sejarah telah membuktikan bahawa telah ramai manusia yang telah mencapai kejayaan yang sangat membanggakan.Namun kejayaan manusia yang paling agung adalah yang pernah dicapai oleh Nabi Muhammad S.A.W.Selain dari itu ramai juga yang telah berjaya hasil daripada perjuangan dan kejayaan Nabi Muhammad s.a.w antaranya ialah Ibnu Khaldun,Ibnu Sina,Abu Bakar As Siddiq,Umar Abdul Aziz dan ramai lagi.Kesemua mereka telah mencapai kejayaan yang sangat-sangat membanggakan dalam bidang masing-masing.Hal ini membuktikan bahawa potensi insani itu sebenarnya telah tercapai setinggi langit.Jadi kita haruslah bersama-sama berusaha mengekalkan dan ‘melestari potensi insani’  agar kejayaan yang pernah dicapai sebelum ini akan berulang.

Disini juga disertakan sebuah cerita yang diambil dari kawan aku.Jom baca!
Kisahnya bermula dari seorang pengukir di kaki gunung. Pengukir ini merupakan seorang yang pakar dan mampu membuat pelbagai ukiran yang menarik dan cantik.
Pada suatu hari, dia terfikir ” alangkah baiknya jika aku menjadi sebuah gunung. aku mampu berdiri megah mencecah awan di samping mempunyai fizikal yang kuat dan besar.” Lantas, si pengukir tersebut telah meminta kepada tuhannya “jadikanlah aku sebuah gunung”. Maka dengan izin tuhan jadilah dia sebuah gunung.
Setelah menjadi sebuah gunung, dia berasa sangat gembira kerana permintaan telah dikabulkan. Namun begitu, tiba-tiba dia terasa bahang yang kuat daripada atas. Apabila melihat ke atas, maka dia telah melihat matahari. Si pengukir terus berfikir”alangkah baiknya jika aku adalah matahari. Aku dapat memancarkan cahayaku ke seluruh alam.”
Selepas itu, dia pun memohon kepada tuhan, “jadikanlah aku matahari”. Permintaan tersebut telah dimakbulkan, dan dia telah menjadi matahari.
Setelah menjadi matahari, dia berasa sangat gembira,kerana dapat memancarkan cahayanya ke seluruh alam. Semua makhluk dapat merasai nikmat cahaya yang dipancarkan olehnya. Tiba-tiba…
Datanglah sekumpulan awan yang besar. Awan tersebut telah menutupi cahaya yang terpancar dari matahari itu. Si pengukir berasa amat kecewa kerana ada lagi makhluk yang lebih hebat dari dirinya iaitu matahari.
Kerana tidak berpuas hati, pengukir tersebut memohon lagi kepada tuhannya. ” jadikanlah aku sebagai awan.” Permintaan tersebut telah juga dimakbulkan oleh tuhan. Maka jadilah ia segumpal awan.
Pengukir tersebut berasa gembira kerana dengan menjadi awan, dia dapat menutupi sinar matahari yang terik daripada mengenai makhluk yang lain. Disamping dapat menurunkan air hujan untuk menyuburkan tanah.
Oleh kerana awan sentiasa bergerak, tiba-tiba pergerakannya tersekat oleh sebuah gunung yang besar. Maka pengukir tersebut sangat kecewa kerana pergerakannya terbatas disebabkan oleh gunung tersebut. Dalam kekecewaan tersebut, dia ternampak seorang manusia sedang mengukir di kaki gunung. Dan, manusia itu adalah diri pengukir itu sendiri.

No comments:

Post a Comment