Friday, July 1, 2011

adakah aku pemimpin yang baik???

sudah ramai rakan2 yg tanya aku "adakah aku pemimpin yang baik?" atau soalan2 yang sewaktu dengannya.Kalau boleh memang aku tak nak jawab soalan tu.Takut melukakan hati sape2.Aku ni jenis cakap 'straight to the point".Kalau aku x suka sesuatu aku akan cakap terus.Kalau aku x suka apa yang orang buat aku akan gitau terus.Cuma dalam banyak hal aku kena pandai menjaga hati orang,aku pegang apa yang ustaz aku pernah cakap bahawa Islam itu bersaudara.Jadi x perlulah gaduh2.Lagi satu Ustazah waktu aku form5 dlu pun selalu pesan untuk sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan Allah dan juga dengan orang lain.Hablun minallah wa hablun minnal nas.
Jadi dalam menjawab persoalan diatas,aku pegang pada prinsip dalam diri aku iaitu ketua/pemimpin yang memimpin aku haruslah lebih baik dari aku.Baik dari segi apa?jawapannya adalah dari semua segi.Ustaz aku pernah memberi pesan bahawa kalau kita mahu menjadi pemimpin atau ketua,kita kena lebih baik dari orang yang kita pimpin.Sebagai contoh dalam melantik imam untuk solat berjemaah,kita harus mencari imam yang lebih baik bacaannya dari yang lain,lebih baik amal ibadahnya,lebih baik akhlaknya dan sebagainya.Jadi begitulah juga dalam menjadi ketua.Kita harus menjadi lebih baik dari yang baik.Siapa yang mahu dipimpin oleh orang yang teruk?jawapannya adalah mestilah tidak ada sesiapa.
Aku sebenarnya suka memerhati cara seseorang itu memimpin.Setiap orang ada caranya tersendiri.Ada yang baik dan ada yang tidak.Namun perkara yang aku paling benci adalah orang mengaku dia adalah ketua/pemimpin yang terbaik sedangkan pada hakikatnya adalah tidak.
Namun dalam situasi aku di IPG ini,aku tidak begitu mengambil berat dalam soal kepimpinan ini.Bagi aku semua orang sedang belajar untuk menjadi pemimpin yang baik.Namun seperti yang aku dah cakap tadi,aku x suka dengan orang yang suka mengatakan dia adalah pemimpin yang baik sedangkan pada hakikatnya adalah tidak.
Dan satu perkara lagi adalah aku cukup rimas dengan orang yang tidak menjaga kekemasan diri sendiri.Sebagai contoh kekemasan pada katil.Kalau kat luar dia sangat kemas tapi bila tengok katil,masya Allah.Bagaimana hendak menjadi pemimpin yang baik sedangkan hendak pimpin katil pun gagal.Aku pun bukanlah kemas sangat pun,kadang2 bersepah juga.Tapi yelah,kalau sekali sekala boleh la terima tapi kalau dah hari2,aku pun tension..huhuhuhu
*moral from this N3 is,to be a good leader,we have to be a good leader to ourself  first.....=)

No comments:

Post a Comment