Monday, April 18, 2011

MARAH..........

Marah.Ia adalah 1 perasaan yg sume org ade.Hadir bila ada sesuatu yg kite x suka @ benci berlaku.Contohnya,kita x suka bila org main/usik2 kepala kita waktu kita tgh makan.Sape x marah kn.Pastu peristiwa yg slalu berlaku adalah ketika didalam mesyuarat.Apabila cdgn kita dit0lak mentah2,konfirm kita marah atau kite kena kritik sikit.Sbnrnya kite x perlu marah pun,yg perlu kite buat ialah muhasabah diri kita.Tanya dlm diri kenapa cdgn kita dit0lak?mesti ada sbb kenapa ia ditolak.Seterusnya dlm situasi di dalam mesyuarat.Kita tgh betul2 brsemangat nk brbincg ni,tiba2 ada beberapa org yg x fokus n duk main2.Pastu duk komplain kt kite.Memang la dapat maki balik(marah la).Jadi dalam situasi ini,dua2 pihak adalah salah.Pihak yg marah tu sepatutnya kawal kemarahannya.Kenapa?sbb terdapat sebuah hadis yg berbunyi berikut..

maksudnya"Sesiapa yang menahan kemarahan dalam keadaan dia berkuasa melepaskannya,Allah akan memanggilnya di khalayak ramai pada hari kiamat kelak untuknya memilih mana-mana hur'in(bidadari jelita) yang dia ingini."Hadis Riwayat Abu Daud(4147);Hasan:Sahih Abu Daud(4777),al-Tirmizi(1944);Sahih:Sahih al-Tirmizi (2021),dan Ibnu Majah (4176);Hasan:Sahih Ibnu Majah (3394)
TIDAK MAHUKAH KITA??

Marah ini juga hadir sekali dgn kehadiran syaitan yg memang suka waktu kita marah.kenapa?sbb bila kita tgh marah,macam2 benda kita bleh buat.Sampai tahap membunuh pun bleh..dan waktu tu syaitan tgh ketawa brdekah2.Yela,geng utk dia masuk neraka sekali dah ada...ni tgk wajah syaitan


SUKAKAH KITA BILA SYAITAN KETAWA KAT KITA SBB KITA PUN LEBIH KURANG NGAN DIA??
syaitan ni memang suka ngan org tgh marah2 ni."hehehehe aku dh ada geng masuk neraka nanti"kata syaitan tu....MAHUKAH ANDA MENJADI RAKAN SYAITAN??tepuk dada tnya iman dan jawap sendiri....Jadi disini beberapa tips utk kawal marah yg aku amik dri page dibawah ni....
http://www.raudhatunnaim.com/rasa-marah-mahu-marah-kawal-marah.html....

Apabila Mahu Marah
Apabila berasa marah, yakni marah yang terlarang, lakukan perkara-perkara berikut supaya kita mampu mengawal rasa marah itu:
  1. Sekiranya marah itu tujuannya mahu menunjukkan kita ini kuat, ingat pada Allah.  Allah lebih kuat daripada kita.
  2. Ingat Malaikat. Raqib atid mencatat segala perkataan kita dalam kitabnya. Kata-kata yang dilemparkan sewaktu marah biasanya mengandungi perkataan yang tidak baik dan negatif. Setiap perkataan yang diucapkan itu akan dicatat dan dipersoalkan Allah di akhirat kelak. Cari ayat Quran.
  3. Ingat hari pembalasan. Akan dibentangkan kitab yang mengandungi semuanya secara spesifik. Hari itu akan didedahkan segalanya, tiada yang akan disembunyikan.
  4. Rasulullah pernah ditanya tentang apakah amalan yang dapat membawa ke syurga. Rasulullah berkata, “Jangan marah.”
Bagaimana kawal marah
  1. Ilmu: hanya dengan ilmu kita tahu bagaimana bahagia itu datang.
  2. Fahami hal ini, “Siapa yang kawal marah, Allah pasti sayang.” Fahami ini.
  3. Apabila kita rasa mahu marah, sedarlah Allah lebih kuat daripada kita.
  4. Apabila marah kita tidak nampak lagi kebenaran.
  5. Lihat wajah apabila marah, semakin hodoh, bukan!
  6. Ucaplah ta’awuz banyak-banyak bagi menghilangkan pengaruh syaitan kerana kemarahan datang daripada syaitan.
  7. Apabila kita marah, Allah marah kepada kita.
Marilah kita kawal marah. Siapa dapat kawal marah, beliau adalah orang kuat yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment