Friday, November 11, 2016

Kembara ke Tasik Biru, Pos Legap

Tasik Biru

Sejak aku mula di postingkan sebagai guru di SK Pos Legap,penduduk kampung Orang Asli di kawasan pedalaman Sungai Siput (U) ni selalu cerita kat aku tentang "misteri" Tasik Biru ini.

Antara kisah yang diceritakan ialah tasik ini sangat besar sehingga boleh menyebabkan seluruh kawasan Pos Legap boleh banjir besar sekiranya tasik ini pecah..bukan itu sahaja,pekan Sungai Siput pun boleh tenggelam wooo..haha

Di tasik ini juga dikatakan dihuni oleh seekor naga dan ada yang kata makhluk misteri menghuni tasik ini. Selain tu ada juga orang2 tua di kawasan pos legap ni cerita tentang seorang lelaki tua yg dikatakan "penjaga" di kawasan tasik ni. kalau nak kesini,kita perlu bawa orang tua tu,barulah bleh dapat banyak ikan...dan banyak lagi kisah2 misteri dan mitos yg melatari tasik ni..mana satu betul,mana yg salah aku pun xtau nak cakap..mekome kena cuba pergi sekali..haha

Berbalik kpd perjalanan kami,jalan nak ke tasik ini tersangatlah mencabar..kalau nak kesini,kita perlu ditemani oleh penduduk kampung OA di kwsan yg terdekat iaitu penduduk Kampung Beswok..

di tasik ini juga dikatakan kawasan lubuk bagi ikan2 sungai dan tasik yg tersangatlah sedap..antara yg disebut ialah ikan kelah,tengas,lampam,tioman dan lain2

selain itu ada banyak lagi kisah yang diceritakan oleh orang2 kampung..disebabkn kami dah tertarik dgn tasik ini,maka kami bbrape guru lelaki buat kputusan utk bercamping di tasik ini..camping 2 hari 1 malam jaa

sebelum ke tasik ini,kami singgah Kampung Beswok dahulu..selepas berjumpa dengan Tok Batin Kampung Beswok,barulah kami bertolak ke tasik ini..orang kampung juga memberi kami beberapa biji durian dan ubi kayu utk dibawa bekal sepanjang camping kami..memang sedap wehhh buah-buahan dari Kampung Beswok ni

dalam perjalanan, ya ternyata jalan ke tasik ini memang mencabar..jalan berbukit2 yg merekah2..kalau hujan,memang licin laa jalannya..cuma naseb kami baik sebab jalan pada waktu kami pi bercamping tu sgt elok..alhamdulillah

dan bila dah sampai,satu kepuasan yg tak dapat digambarkan..

ehh panjang pulak aku taip,mekome tengok aje laa gambar2 yg ada ni..setiap gambar ada kisahnya..

tq rakan2 sekerja sk pos legap atas pengalaman ini..






 









2 comments:

  1. Sejuk mata memandang apatah lagi kalau berada di situ. rezeki Orang Asli.

    ReplyDelete
  2. Betul tu..sangat seronok berada di kawasan pedalaman OA

    ReplyDelete