Monday, November 25, 2013

Bunga yang bernama AISYAH~

BISMILLAHHIRAHMANNIRAHIM....
SEKADAR HIASAN


tertarik aku dengan artikel ini



Dalam banyak-banyak wanita islam di dunia,saya paling mengagumi dan tertarik pada siti Aishah radiallahua’nh.siapa yang tak kenal siti Aishah,isteri kepada suami terbaik di dunia,nabi Muhammad.
Ketika siti Aishah dilamar nabi Muhammad,umurnya baru sahaja belasan tahun (sesetengah ulama mengatakan 12 tahun,ada yang kata 13 dan 15 tahun).ketika itu siti Aishah masih lagi keanak-anakan dan tidak tahu lagi akan peranan sebagai isteri.malah,ada satu kisah riwayat sahabat nabi,yang mengatakan nabi,ada ketikanya bermain kejar-kejar dengan siti Aishah.maksudnya di sini,siti Aishah ketika itu masih lagi berperangai seperti kanak-kanak yang lain.
Tapi perlu diingat,siti Aishah bukanlah seperti wanita yang lain di dunia ini.beliau merupakan ‘bunga’ yang harum dan sangat-sangat bijak.kelebihannya itu,menjadikannya senang belajar,mudah berdikari,hebat dalam pemikiran dan cepat matang seperti wanita dewasa.
SEKADAR HIASAN


Apa yang buat saya begitu suka dan tertarik pada diri siti Aishah ialah,bagaimana diri beliau menguruskan peribadi,suami,ayah dan keluarga.beliau mempunyai kelebihan yang tidak ada bandingannya pada zaman beliau dan zaman kini.sampaikan nabi pernah bersabda,bahawa siti Aishah merupakan wanita yang paling baginda sayang.

No comments:

Post a Comment