Sunday, June 12, 2011

dia bukan milikku,tetapi dia amanahku....=) (bahagian 2)




Apa keputusan abang?terima atau tidak?”Tanya Solehah,adik Ahmad.”Kak Aisyah ada kata yang dia harap agar perkara ini tidak membebankan abang.”tambah Solehah lagi.”Emm abang pun tidak pasti lagilah dik,kalau hendak menjadi kawan biasa pun abang rasa ragu-ragu,inikan pula nak jadi kawan ‘istimewa’.”jawab Ahmad sambil melepaskan satu keluhan yang agak berat.

”Lagipun,mana ada ‘perigi cari timba’ dik.Sepatutnya timbalah yang cari perigi.”kata Ahmad sambil tersenyum.Adiknya juga turut tersenyum.”Eh mana ada la abang.ustaz adik kata perisitiwa ‘perigi cari timba’ ni dah banyak kali berlaku la.Ustaz bagi contoh Saidatina Khadijah,isteri Baginda Nabi Muhammad S.A.W.Dulu Saidatina Khadijah la yang lamar Nabi Muhammad.Sebelum Saidatina Khadijah nak lamar Nabi,dia cari maklumat tentang Nabi dulu,lepas tu barulah dia tanya Nabi”kata Solehah berdasarkan apa yang disampaikan Ustaz Azmi,guru agama kelasnya ketika didalam kelasnya.Ketika di dalam kelas,khususnya matapelajaran Pendidikan Islam,memang semua pelajar sangat meminati tajuk munakahat,iaitu ilmu tentang rumah tangga.Selalunya pada masa itu,semua pelajar akan memberikan tumpuan seratus peratus berbanding ketika tajuk ‘muamalat’,ilmu tentang perniagaan.

”Emm abang perlukan masa lagilah.Nanti bila dah bersedia,abang akan beritahu adik ya.”kata Ahmad sambil tersenyum.Senyumannya kali ini menampakkan sebaris giginya yang tersusun.Disebalik senyuman itu,hati Ahmad bergalau.Dia bingung untuk membuat keputusan.Sesungguhnya hatinya memang sudah terpaut pada Aisyah.Tidak sangka pula rupa-rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan.Aisyah juga terpaut padanya pada pertemuan kali pertama mereka.Satu pertemuan yang tidak dirancang dan berlaku hanya sementara.”Aisyah oh Aisyah,kau dah buat aku bingung.”kata Ahmad sambil ketawa.

Ketika sedang asyik melayan perasaan,tiba-tiba dia terdengar satu suara yang sangat aneh.Aaa..hhhhhhh…..mmmmmadddddd,mari kesini,hahahahahaha.”Satu kerutan terbentuk di dahi Ahmad.Dia terdengar sekali lagi.”Hoi cepat bangun,dah masuk subuh dah ni.Mimpi je kerjanya,dah tak da kerja lain ke?”bebel abang Ahmad yang sulung,Khairul.Ahmad mengesat-ngesat matanya.Dia merakan tidak percaya.”Adakah aku bermimpi?”luah Ahmad sambil mencubit pipinya.”Aduh,oh memang dah subuh”kata Ahmad sambil ketawa kecil.Lalu diapun menyapu mukanya lalu membaca doa bangun tidur.Itulah sunah Nabi Muhammad S.A.W yang diamalkannya sejak dari kecil lagi.Mereka sekeluarga solat berjemaah pagi itu.

Disebelah petangnya.
“Ahmad,oh Ahmad,ni kawan ‘istimewa’ kamu datang ni,cepat turun”jerit ibu Ahmad.”Kawan istimewa?adakah ibu dah tahu tentang apa yang sedang berlaku?Atau adakah adik telah membocorkan rahsia?Dan siapa pula yang datang,adakah Aisyah?ish mustahil-mustahil”soal Ahmad didalam hati.”Siapa kawan saya tu bu?”jerit Ahmad dari dalam rumah.Dia rasa tidak berani untuk turun kebawah.”Adalah,marilah sini turun dulu”balas ibunya.Lalu dia pun menarik nafas sedalam-dalamnya lalu memberanikan diri untuk pergi menjenguk siapakah yang dating.Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu rumah.Dan alangkah terkejutnya apabila mendapati yang datang ialah………….(akan bersambung =)..)

2 comments: