Wednesday, January 9, 2013

GEGARIA RBT 2012~



BISMILLAHHIRAHMANNIRRAHIM...

Alhamdulillah pada 18 Oktober 2012 telah dijalankan Karnival GEGARIA RBT 2012,di Jabatan Pengajian Teknikal,IPG Kampus Perlis.IPG Kampus Perlis adalah antara salah sebuah IPG di antara 5 IPG di seluruh Malaysia yang menawarkan opsyen major Reka Bentuk dan Teknologi.

Memandangkan banyak hasil kerja yang telah dihasilkan oleh para guru pelatih sepanjang menuntut ilmu di IPG Kampus Perlis,maka Biro Protokol dan Profesionalisme dengan kerjasama Majlis Fasilitator Kelab Reka Bentuk dan Teknologi IPG Kampus Perlis mengambil inisiatif untuk menganjurkan sebuah karnival berbentuk akademik yang dinamakan GEGARIA RBT.Guru pelatih yang terlibat ialah dari kalangan pelajar dari semester 2,semester 4,semester 6 dan semester 8.Karnival ini juga turut mendapat sokongan yang sangat padu daripada pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Teknikal,IPG Kampus Perlis.

Karnival yang menawarkan pelbagai aktiviti ini telah menarik minat semua warga IPG Kampus Perlis termasuk guru-guru dan murid-murid di sekitar negeri Perlis.Antara aktiviti yang dijalankan ialah pameran BBM,pameran meja kopi,pameran taman landskap,eksplorace,pameran hasil projek inovasi guru pelatih semester 8,teka jumlah skru,pertandingan memotong kayu,pertandingan inovasi napkin,pertandingan lipatan napkin terpantas,pertandingan menjahit sulaman,melukis AUTO-CAD,mereka bentuk meja kopi idaman,cabutan bertuah,pameran ikan hiasan dan haiwan kesayangan dan banyak lagi.Pelbagai hadiah menarik telah ditawarkan.

Karnival ini telah dirasmikan oleh Dr Chow Fok Meng,Pensyarah Cemerlang JUSA C IPG Kampus Perlis yang mewakili Tuan Pengarah IPG Kampus Perlis.Selain itu,karnival ini juga dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan IPG Kampus Perlis,guru-guru SK IPGM Perlis,pensyarah-pensyarah IPG Kampus Perlis serta beberapa orang pensyarah daripada IPTHO,IPSAH,IPDA dan beberapa IPG lain.

Alhamdulilah semua objektif penganjuran Karnival ini telah tercapai.TERIMA KASIH SEMUA! :)

*Alhamdulillah jumlah pengunjung yang hadir melebihi 2 kali ganda daripada sasaran awal.Insya Allah GEGARIA RBT 2013,IPG Kampus Perlis akan kembali menemui anda.....NANTIKAN!

VIDEO DAN GAMBAR2 SEPANJANG KARNIVAL



















No comments:

Post a Comment