Saturday, January 22, 2011

TAUBAT NASUHA


DARI SEORANG PEROMPAK MENJADI AHLI SUFI.

            Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang Islam yang bernama Fazil bin Ayaz. Sebelum dia menjadi ahli sufi, dia mempunyai latar belakang yang menarik.
            Sebelum dia menjadi taat dan bertaqwa kepada Allah, Fazil adalah ketua kepada sekumpulan perompak. Walaupun dia melakukan kerja-kerja yang buruk seperti merompak harta orang lain, namun dia tidak lupa mengerjakan sembahyang fardu setiap hari. Dia juga tidak meninggalkan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Dia juga suka berpakaian sederhana seperti rakyat biasa.
            Diriwayatkan pada suatu hari, kumpulan yang dipimpin olehnya telah pergi menyerang sekumpulan kafilah yang baru pulang dari berdagang. Fazil tidak menyertai dalam serangan itu dan sebaliknya dia memerhati dari jauh sahaja. Tatkala kafilah itu ternampak sekumpulan perompak menyerang ke arah mereka, lantas ketuanya ternampak Fazil yang tidak jauh dari situ.
            Ketua kafilah itu menyangka bahawa Fazil adalah seorang yang baik kerana air muka serta pakaiannya menunjukkan dia tidak seperti orang jahat. Manakala teman-teman kafilah lain telah ditawan oleh perompak tadi. Ketua kafilah itu berkata kepada Fazil:
            “Tuan, tolonglah simpankan seluruh wang dan harta benda saya ini. Kami sedang dirompak oleh orang-orang jahat. Bila mereka itu sudah pergi dari sini, barulah kami akan mengambil semula barang ini.”
Begitulah kata ketua ketua kafilah itu kepada Fazil yang disangkanya orang baik.
               Setelah rakan-rakan perompaknya habis merompak, merka pun pergi mendapatkan Fazil yang berada tidak jauh dari situ. Pada masa itu, ketua kafilah masih berada di samping Fazil. Sebaik sahaja perompak itu datang menghampiri Fazil, ketua kafilah itu amat terkejut kerana dia tidak menduga bahawa orang yang dipercayai ke atas hartanya dan wang itu sebenarnya adalah ketua kumpulan perompak.
            Fazil memandang ke arah muka ketua kafilah itu. Dengan lembut Fazil berkata kepadanya:
            “Jangan takut tuan. Oleh kerana tuan berbaik sangka terhadap saya, maka saya tidak tergamak hendak mengambil barang-barang tuan.”
            Tiba-tiba datang seorang tua yang tidak diketahui dari mana dan hendak ke mana tujuannya lalu di situ dengan menaiki seekor unta. Sambil berjalan melintasi Fazil dan ketua kafilah itu, dia membaca sepotong ayat dari kitab suci Al-Quran yang membawa mmaksud:
            “Orang yang berbuat jahat itu masih lagi mempunyai peluang untuk bertaubat dari segala dosa-dosanya itu.”
            Sebaik sahaja Fazil mendengar ayat tersebut, dia seolah-olah disirami petunjuuk illahi hingga dia termenung seketika. Jiwanya benar-benar telah diresapi oleh keinsafan untuk kembali ke jalan yang suci. Jalan mulia yang digariskan oleh Nabi Muhammad S.A.W. mula menampakkan jalan. Dengan serta-merta dia memanggil rakan-rakannya yang lain:
            “Wahai kawan-kawanku sekalian. Ketahuilah oleh kamu sekalian bahawa mulai hari ini aku tidak akan melakukan kerja-kerja yang mungkar lagi di keji oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya aku ingin bertaubat ke hadrat Allah dan berdoa agar Allah mengampuni segala dosa-dosaku yang lalu.”
            Fazil cuba memujuk kawan-kawannya agar menuruti jalan-Nya yang bersih. Tetapi mereka enggan mengikutnya.
            Bagaimanapun, pengikut-pengikutnya yang lain terus pergi dari situ meninggalkan dia bersama kafilah. Mereka tidak mengambil segala harta rampasan kafilah itu kerana takutkan ketua mereka yang telah bertaubat. Maka Fazil pun meminta maaf daripada kafilah-kafilah tadi.
            Akan tetapi dalam pada itu, terdapat seorang kafilah Yahudi yang enggan memaafkannya. Sebaliknya dia disuruh melakukan dua perkara. Pertama Fazil hendaklah mengalihkan sebuah bukit pasir ke suatu tempat. Fazil sedia menerima permintaannya. Dengan penuh keyakinan Fazil mengadapkaan dirinya ke arah bukit tersebut. Tiba-tiba  suatu tiupan angin kencang telah memindahkan bukit yang dimaksudkan itu ke suatu tempat lain yang tidak jauh dari situ.
            Setelah daripada kejadian itu, orang Yahudi itu memasukkan tanah liat ke dalam sebuah guni besar lalu dia menyuruh Fazil memulangkannya semula kepada beliau tetapi dengan syarat guni tersebut mestilah berisi penuh dengan emas. Fazil tetap bersetuju dan dia sanggup melakukannya. Keesokan harinya, Fazil memulangkan semuula guni itu kepada orang Yahudi tersebut. Sebaik sahaja guni itu dibuka, orang Yahudi itu terkejut apabila dia mendapati guni tersebut di penuhi dengan emas yang bergemerlapan.
            Melihatkan kejadian itu, orang Yahudi itu lantas sujud di kaki Faziil seraya berkata :
            “Sekarang tidak syak lagi bahawa engkau benar-benar telah bertaubat. Aku telah membaca di dalam kitab taurat di mana seseorang itu benar-benar bertaubat di atas segala kesalahannya. Benar atau tidak taubatnya dapat dilihat dari dua perkara. Pertama, dia dapat memerintahkan gunung-gunung bergerak. Kedua, dia boleh menukarkan tanah liat menjadi emas. Oleh sebab itu aku menyuruh engkau hai Fazil melakukan dua perkara yang teramat berat dan mustahil itu untuk menguji benar atau tidaknya taubatmu. Kini tahulah aku bahawa engkau sesungguhnya adaah seorang yang baik dan mulia.”  

Subhanallah..bertaubat dan mintalah ampun kepada Allah setiap masa kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

No comments:

Post a Comment