Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)
Ramai yg bertanya,bulan puasa ni nak buat apa ya?emm satu soalan yang sebenarnya x perlu ditanya.Kenapa?sebab bulan ni la kita kena pulun habis2 untuk cari pahala.Seperti yang kita semua tahu,Allah mengurniakan pahala yang berlipat2 kali ganda pada bulan ni.Bulan ni la juga kita kena tunjukkan cinta kita pada Allah S.W.T.Bulan ini jugalah bulan diturunkan Al-Quran serta bulan yang terdapat satu malam yang dipanggil Lailatul Qadar.Malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
Dua hari sebelum Ramadhan,satu ceramah tentang Ramdhan telah diadakan di IPG aku ni.Dan aku cukup2 tertarik dengan kata2 ustaz tu(ustaz azman).Dia kata,anggaplah kedatangan Ramadhan ini sebagai kekasih hati kita yang sudah lama kita x jumpa.Kekasih kita itu datang dengan membawa kasih yang cukup-cukup murni selain dijanjikan cinta yang abadi.Jadi bila kekasih kita datang datang,xkan nak buat donno je kan,s0 buatlah persiapan.Pakai baju lawa2,minyak wangi yang paling harum,belikan bunga dan sediakan makanan yang lazat untuk kekasih kita tu.Berlatih mengucapkan kata2 cinta padanyaBegitu juga dengan kasih Ramadhan ni,sambutlah Ramadhan itu dengan segala persiapan yang terbaik.Lengkapkan diri dengan amal ibadah agar bila bertemu dengan Ramadhan nanti,lidah kita x kelu untuk mengungkapkan kata cinta padanya.
Dan apabila sudah bertemu dengannya,rangkullah ia dengan seerat-eratnya.Jangan lepaskan ia begitu sahaja.Berikanlah layanan yang terbaik serta berilah perkhidmatan yang terbaik.Pastikan kasih Ramadhan itu menjadi milik kita.Dan Ramadhan juga tidak keberatan untuk mencurahkan cintanya pada kita....*indah sungguh kata2 ni...ayat2 ni begitu terkesan dihati..PASTIKAN KASIH RAMADHAN ITU MENJADI MILIK KITA!!
*Rasa termotivasi dengan seorang adik junior yang meletakkan sasaran untuk membaca 1 juzuk Al-Quran bagi setiap waktu solat.Alhamdulillah hasilnya sangat berjaya.Sekarang ni mungkin dia dah khatam 2/3 kali,bahkan mungkin lebih.ANDA BAGAIMANA??ADAKAH AL-QURAN ITU HANYA SEKADAR HIASAN DI BILIK ANDA ATAU IA IBARAT BUKU TEKS BAGI ANDA,YANG MANA BILA NAK EXAM JA BARULAH NAK BACA,KALAU XDE EXAM,LANGSUNG X BACA........
sama2 kita renungkan....untuk peringatan diri sendiri juga...
di kesempatan ini juga aku Ahmad Safuan Bin Zakaria ingin memohon ampun dan maaf kepada semua rakan2,sahabat2,guru2,jiran2,mak cik2,pak cik2,atuk2,nenek2 dan semua yang mengenali diri sejak aku bersekolah di SK Iskandar Shah,SRAR Nurul Ehsan,SMK Iskandar Shah,SMS Raja Tun Azlan Shah,Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan sekarang IPG Kampus Perlis.Maafkan segala salah dan silap(mengutuk,menghina,mengumpat,terOVER dalm tindakan dan macam2 lagi la).Aku ni banyak dosa dengan kalian semua.Harap semua dapat memafkan aku.....=)
No comments:
Post a Comment