Saturday, May 21, 2011

dia bukan milikku..tetapi dia amanahku


sebuah ceritera cinta.....
ceriteranya bermula disini.....
di sebuah kawasan sawah padi yang sungguh mendamaikan,kelihatan dua sahabat baik yang sedang duduk bersembang.Pelbagai topik dan tajuk yang diperbincangkan oleh mereka berdua.Seorang bernama Ahmad dan seorang lagi bernama Shahrul.Mereka berdua bersahabat baik sejak dari kecil lagi.Dan pada petang itu,mereka berdua bersiar-siar di kawasan sawah yang sungguh luas.

Dan seperti kebiasaanya,mereka berdua akan duduk bersembang di atas sebuah jambatan kayu yang sudah agak lama.Namun ia masih lagi kelihatan cantik.Ada nilai klasik.Berbagai topik yang dibincangkan,namun kebanyakannya adalah berkaitan dengan hal sekolah.Mereka berdua merupakan pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar.Ahmad merupakan pelajar 5 Murni manakala Shahrul pula pelajar kelas 5 Amanah.

Ketika mereka sedang rancak bersembang,tiba-tiba terdengar satu suara dari belakang mereka."Assalamualaikum saudara,saya mahu bertanya boleh?".Kedua-dua mereka menoleh kebelakang."Oh boleh sahaja,apa yang boleh saya bantu ya?"tawar shahrul.Pada ketika itu,Ahmad hanya terdiam,langsung tidak berkata-kata.Wajahnya kelihatan merah kepadaman.Begitu juga wanita yang berjilbab biru itu.Jilbabnya labuh dan wajahnya putih.Wanita itu juga diam dan wajahnya kelihatan malu.Shahrul berasa pelik.Begitu juga dengan seorang lagi sahabat wanita berjilbab biru itu.Suasana tiba-tiba menjadi senyap.Shahrul yang berasa pelik,terus bertanyakan sekali lagi kepada dua orang wanita tersebut."Apa yang boleh kami bantu ya?"soalnya lagi.Lalu sahabat kepada wanita berjilbab biru itu pun bersuara."Sebenarnya,kami berdua ni tersesat.Tak tahu nak balik asrama macam mana."terang wanita itu."Asrama mana ni?"soal shahrul."Asrama anak-anak yatim,kami berdua pergi bersiar-siar tadi,dah jauh kami jalan,kami tak ingat la pula jalan nak balik.Saudara tahu jalan nak ke asrama kami?"soal wanita berjilbab kuning itu."Oh tahu,mula-mula jalan 'straight' pastu bila jumpa satu jambatan besi,belok ke kanan pula.Selepas tu,jalan terus ja.Nanti jumpa la asrama tu".Terang shahrul."Baiklah terima kasih ya".ucap wanita itu sambil menyiku sahabatnya yang seorang lagi tu."hang kenapa ni?"soal wanita berjilbab kuning itu kepada sahabatnya.

Namun sahabatnya itu hanya mendiamkan diri."Terima kasih ya".ucap wanita itu lalu terus memandu motor milik asrama yang mereka pinjam tadi.Selepas menghidupkan enjin,kedua-dua wanita itu terus bergerak menuju arah jalan yang telah ditunjuk tadi.Selepas beberapa minit,wanita-wanita tersebut hilang dari pandangan.Pada waktu itu,shahrul mengambil kesempatan dengan bertanya kepada sahabatnya,Ahmad."Eh,kenapa tadi?tiba-tiba diam ja?"soal Shahrul.Ahmad menghela nafas perlahan-lahan.Lalu dia memandang wajah sahabatnya.

Dia hanya memberi senyuman sahaja tanpa mengatakan apa-apa."Eh kenapa ni,ceritalah."pinta shahrul."Emm tak apa la,nanti aku cerita ya.Sekarang ni jom kita balik nak?"minta Ahmad.Shahrul terpingga-pingga."Kenapa la kawan aku ni."soalnya dalam hati.Lalu mereka berdua terus mendapatkan basikal masing-masing dan terus menuju pulang kerumah.Sepanjang perjalanan itu juga,Ahmad hanya terdiam sahaja.Dia hanya bercakap bila ditanya sahaja.Jawapan yang diberi hanyalah 'ya' dan 'tidak'.Shahrul semakin tertanya-tanya.

Dirumah Ahmad.
Sesudah memberi salam,Ahmad terus masuk ke dalam biliknya."Pergi mana tadi Ahmad?"soal ibu Ahmad,Puan Hamidah."Pergi jalan-jalan dengan Shahrul tadi"jawab Ahmad lalu terus masuk ke biliknya.Dia terus menghenyakkan dirinya keatas katil sambil melepaskan keluhan yang berat."Kenapalah kau muncul lagi dalam diri aku?Bayangan kau tak pernah terpadam dalam diri ni'.luah Ahmad.Wanita yang dijumpainya sebentar tadi adalah wanita yang telah berjaya mencuri hatinya.Seorang wanita muslimah yang sungguh menjaga adab-adab seorang wanita dalam dirinya.Dan sebentar tadi,ketika menoleh untuk melihat siapakah wanita dibelakangnya tadi,dia terpana dan terkesima.tatkala melihat Aisyah,wanita berjilbab biru itu.Dunia dirasakan terhenti seketika.Dan dia ibarat berada didunianya sendiri.Didunianya itu,hanya dia dan Aisyah sahaja.Mereka berdua hanya terdiam sahaja.Dua-dua tertunduk malu.Diam tidak berkata apa-apa.Lalu bayangan situasi yang berlalu dua hari lalu muncul........................................................(akan bersambung)



CUBAAN UNTUK MENULIS..HUHUHU

6 comments:

  1. bestla ceritera cinta ni..nk tau smbgnnye..

    ReplyDelete
  2. ish xde la best sgt pun...saje je tulis2 bila boring2..huhuhu

    ReplyDelete
  3. best gak weh..mcm cerpen..kalu ko buat pnjg2 lg blh jd novel.

    ReplyDelete
  4. memang nak wat panjang2 pun...idea dah ada,cuma memerlukakn masa utk mengolah cerita utk mnjadi lebih menarik...huhuhu

    ReplyDelete
  5. syok lah pndai olah idea jd tulisan..aku..huhuhu..terasa ingin menulis..tp idea tersekat time nk tulis tuh..

    ReplyDelete
  6. hahahaha..biasala tu..nak menulis ni kena ada mood dlu..utk sambungan criter ni dah nak stat menulis dah..idea mencurah2 time cuti ni..lagipun lokasi kejadian pun kt ngan kg..huhuhu

    ReplyDelete