Assalamaualaikum semua.Alhamdulillah malam ini dikurniakan oleh Ilahi idea untuk menulis disini.Hanya sebuah tulisan berdasarkan pengalaman aku sebagai pemberi nasihat atau pemberi motivasi tidak berbayar kepada rakan-rakan aku dahulu.Dari pengalaman sebagai 'kaunselor' itulah yang mematangkan aku serta mengenalkan aku tentang kehidupan.Rakan2/klien2 aku datang dari berbagai latar belakang dan berbagai2 jenis masalah.Tetapi kebanyakan masalah yang dihadapi adalah yang berkaitan dengan cinta.Cinta zaman remaja,memang banyak kerenahnya.Walaupun aku tidak berpengalaman dalam bercinta ini,tapi berdasarkan pengalaman aku memerhatikan manusia di sekeliling aku,Alhamdulillah aku dapat memberikan beberapa nasihat.Selain itu ada juga beberapa masalah yang lain.Semuanya masalah2 yang agak rumit bagi aku.Sejarah aku sebagai kaunselor x bertauliah ni bermula ketika aku berada di tingkatan dua.Ketika di SMK Iskandar Shah.Ketika itu aku memegang jawatan setiausaha kelas.Didalam kelas,aku la budak yang paling pendiam.Disebabkan itulah,guru kelas aku ketika itu, memilih aku sebagai kaunselor di dalam kelas."Sesiapa yang ada apa-apa masalah boleh la berjumpa dengan safuan ye"itu kata guru kelas aku.Aku ketika itu hanya mengangguk sahaja.Nak lawan pun x boleh,sebab diakan guru aku.Orang yg banyak memberi ilmu pada aku.Jadi bermula dari situ la,rakan2 aku mula datang berjumpa dengan aku.Macam masalah yang mereka alami.Dari hal yang kecil hinggalah yang sangat2 besar.Mereka datang jumpa aku bila2 masa ja,ada yang waktu sekolah dan ada ketika waktu malam.Diorang akan datang bercerita tentang masalah diorang.Tetapi selalunya,rakan2 perempuan akan datang berjumpa dengan aku ketika di sekolah.Selalunya pada waktu petang,ketika aku duk study kat library sekolah.Memang seronok mendengar masalah orang,ia mengajar banyak perkara pada kita.Selain kita menasihatkan orang lain,kita juga sebenarnya menasihatkan diri kita.Rakan2 lelaki pula selalunya akan datang berjumpa ngan aku pada waktu malam,ketika aku di rumah.Sembang kat luar rumah.Selalunya masalah yang diorang alami adalah cinta dan tentang pelajaran.Ada yang sampai menangis2 bila diorang menceritakan masalah diorang.Bila perkara ini berlaku,maka kita akan rasa empati,rasa macam kita berada di tempat dia.Ketika didalam kelas aku tetap menjadi pendiam.Ketika di tingkatan 3,semakin ramai klien2 aku sbb waktu tu aku jadi ketua kelas pula.Lagilah banyak masalah.Pada ketika itu,klien2 aku sudah bebrbagai bangsa.Melayu,cina,india dan orang asli.huhuhu.Tapi yela,semua2 itu tidak membebankan aku bahkan aku rasa seronok.Terutama bila dapat menyelesaikan masalah diorang.Rasa seronok bila tengok wajah diorang yang ceria bila masalah diorang sudah selesai.Kadang2 bila kita ada masalah kita sendiri,kita akan rasa terbebas dari masalah itu bila tengok wajah2 diorang.Seriously.Lagi satu,melalui pengalaman ini juga,aku dapat mengetahui bahawa tiada manusia yang sempurna di dunia ini.Pasti akan ada kelemahan dalam diri mereka.Kebanyakan klien2 aku juga adalah dari mereka2 yang aku respek dan rasa kagum dengan mereka.Jika dulu aku selalu rasa rendah diri dan rasa x sempurna sangat diri aku ini.Tapi selepas melalui semua ini,aku mengerti bahawa semua manusia itu sama.Ada kelebihan dan ada kekurangan.Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada.Boleh jadi orang lain tidak ada apa yang kita ada.Contohnya miskin.Ada orang kaya yang mahu miskin sebab bagi dia bila dia miskin,dia akan lebih dekat dengan Allah.Atau pun bila miskin dia akan lebih mensyukuri nikmat2 Allah.Tetapi masalahnya kita adalah kita x pernah rasa cukup dengan apa yang kita ada.
Kehidupan aku diteruskan sehinggalah aku mendaftar masuk di SMS Raja Tun Azlan Shah.,Taiping.Aku ingat disitu,kerjaya aku sebagai kaunselor x bertauliah akan berakhir,rupa2nya makin ramai.Masalah2 yang dihadapi lebih rumit.80% daripada masalah yan dialami adalah berkaitan dengan cinta.45%adalah dari pelajar perempuan manakala selebihnya adalah rakan2 lelaki.Memang letih melayan semua itu,tapi ye la bila kita dah rasa seronok dengan sesuatu itu,maka tiada apa yang boleh menghalang kita untuk membuat sesuatu tu.Begitulah seterusnya sehingga aku belajar di KMPP(MATRIK PENANG).Walaupun duk dua bulan ja,tapi ada juga beberapa masalah yang sempat aku bantu.Dan kini di IPG Kampus Perlis ni,masalah2 yang dihadapi semakin berkurangan.Disini,terdapat ramai yang berbakat dalam memberi nasihat.Namun ada juga beberapa orang yang datang berjumpa dengan aku.Aku bantu setakat yang aku mampu sahaja.
Secara kesimpulannya,tiada manusia yang sempurna didunia ini.Walau hebat mana pun mereka,mereka pasti ada kelemahan mereka.Begitu juga aku.Walaupun aku banyak menyelesaikan masalah orang tetapi kadang2 aku sendiri pun x dapat nak selesaikan masalah aku dan masih memerlukan nasihat orang lain.Tapi begitulah kehidupan,bila orang lain susah kita bantu dia sebab bila kita susah nanti,insya Allah orang lain akan bantu kita juga.
No comments:
Post a Comment