Hati gelisah.Itulah yg berlaku pada aku dua tiga ari ni.Xtau la pasal apa.Aku harap ia hanyalah sebuah perasaan je.Kegelisahan hatiku ni sama seperti ketika abang lang aku pergi buat selama-lamanya.Al-fatihah untuk arwah.Dia memang abang aku yang terbaik.Dia pergi ketika aku baru seminggu di SMS Raja Tun Azlan Shah.Baru seminggu aku duk kat asrama,first time plak tu.Memang amat2 sukar untuk aku melupakan dia.Perisitiwa ini juga telah merubah diri aku yang sebelum ini adalah seorang yang sangat pendiam kepada seorang yang suka buat bising.Arwah abang aku meninggal pada pukul 9pm.Waktu tu aku kat asrama,memang malam tu xleh nak tidur.Hatiku gelisah segelisahnya.Rasa cam ada je yg x kena.Dormmate2 aku semua tegur aku sbb aku tidur lambat malam tu.Kul 3 bru bleh tidur.Kebiasaannya aku kul 11pm aku dah tidur.Tapi malam tu memang xleh nak tidur.Mungkin itu petunjuk yang Allah nak bagi.Wallahualam.Sejam selepas aku tidur atau lebih kurang kul 4am aku dh terjaga.Tidur2 ayam je.huhuhu.Pastu tiba2 warden aku dtg.warden yang paling garang..huhu.Dia masuk lam dorm aku macam dlm keadaan marah je.Pastu terus pi kat ketua dorm aku dan tanya mana aku.Tanya dalam keadaan marah plak tu.Gabra la aku.Dah la baru je seminggu kat sekolah tu,xkan dah kena denda kot.huhuhu.Kemudian,Pas Ketua dorm aku gitau dia,dia terus tarik aku.Dia kata ada seseorg yg nak jumpa aku.Aku pun pelik la,sape la nak dtg jumpa aku pagi2 buta ni..huhuhu.Aku pun ikut jela.Aku duk tingkat atas skali,so bila intai kat bawah blok,memang kabur la.Aku nampak 2 org yg berbadan agak besar.Pakai warna hitam plak tu..huhuhu.Memang memlikkan aku,siapakah mereka??huhuhu.Cam kes misteri plak..huhuhu.Bila dah sampai kat bawah barulah aku nampak yg 2 orang tu adalah abang aku(abg chik) dan abang ipar aku.EH KENAPA DATANG PAGI2 NI??soalan itu yg muncul di dalam benak hatiku.Aku dah rasa lain macam sangat.Aku rasa cam ada sesuatu yang sangat2 memedihkan akan berlaku pada aku.Aku rasa cam seseorang yang amat2 aku sayang akan pergi buat selama-lamanya.Oh ya Allah,Kau bantulah aku.Lindungilah aku dari sebarang musibah.Itulah yang muncul dan berlegar2 di dalam hati dan perasaan aku.Pas aku salam abg2 aku tu,aku terus lah tanya abang aku tu."Kenapa ni?ada apa dtg pagi2 ni?"itu soalan aku.Dan abg aku hanya menjawab Abang Lang ja.Pastu dia diam ja,Dia suruh aku pi kemas baju2 dlu,baru dia gitau.Aku ikutkan saja.Memang waktu nak naik dorm dan kemas2 baju tu macam2 soalan yang muncul dalam otak aku.KENAPA?KENAPA?DAN KENAPA?...Hati aku memang x senang.Bila Ketua dorm aku tanya apa yg berlaku,aku hanya jawab yang Abang aku sakit.Hanya satu jawapan yang sebenarnya nak tenangkan hati aku ja.Pas kemas2 tu aku terus turun bawah.Waktu salam warden aku tu,dia ucapkan salam takziah pada aku.Dan dia kirim salam pada kedua ibu bapa aku.Aku diam ja,malas nak fikir dah.Takut penyakit migrain aku datang lagi.Aku baru ja sembuh waktu tu.S0 pastu,aku terus masuk lam keta,nak tanya abang aku,aku takut kalau2 jawapan yang akan diberi mengecewakan aku,so aku diam ja dulu.Aku nak abg aku yang gitau dulu.Memang waktu dalam keta tu,otak aku ligat berfikir.Fikir yang bukan2.Aku diam ja,sampailah abang aku bersuara.Dia mula2 tanya pasal sekolah baru aku tu,best x?Aku jawap jela,seolah2 cam xde pape pun.Pas sembang pasal sekolah tu barulah abang aku tanya soalan yang sangat2 aku tggukan."Ami,kamu tahu x kenapa abang Chik dtg amik kamu pagi2 ni?.Aku tersentak dengan soalan tu.Ya Allah semoga jawapannya nanti mampu menguatkan keimananku padamu.Aku pun jawab la yang aku xtau."Ha,kenapa ek?.Abang aku menarik nafas sehela dan kata yang "abang lang dah xda ami,dia dah meninggal,dia dah tinggalkan kita buat selama-lamanya ami,dia aksiden malam tadi".Oh ya Allah,hanya Kau sahaja yang tahu betapa remuk,sedihnya hati aku bila dengar apa yang abang aku cakap.Benda yang paling2 aku takut dah berlaku.Orang yang aku sayang telah pergi buat selamanya."Meninggal pasal apa?kat mana?dengan sape?pukul berapa?"bertalu-talu soalan yang aku kemukakan.Dan abang aku hanya jawab "abang kita dah xda ami,dah xda".Aku terus terpunduk dan tersandar kebelakang.Air mata aku mengalir satu persatu.Buat pertama kalinya airmata aku begitu murah dan ringan mengalir.Kemudian semua memori2 aku bersama dengan arwah terus berlegar2 di fikiran aku.Seolah2 sebuah tayangan gambar.Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu.Ya Allah Kau kuatkanlah imanku agar aku dapat menempuhi ujianMu ini ya Allah.Hanya doa itu yang aku ucap dan pohonkan.Perjalanan 30 minit ke rumah aku itu,seolah-olah mengambil masa hanya sepuluh minit.Dan ketika sampai dirumah,aku lihat mak aku sedang duduk termenung di atas sofa,aku terus pergi menyalami dia.Aku cuba menguatkan diriku agar tidak menumpahkan air mata ketika di hadapan mak aku.Aku tidak mahu mak aku menangis lagi.Tapi ternyata aku ini lemah.Air mata aku terus mengalir selepas mak aku memberi tahu bahawa duit RM50 yang baru mak aku kirimkan pada aku itu,adalah duit hasil titik peluh arwah.Dia berusaha mencari kerja tambahan agar dapat memberi duit pada aku.Ya Allah,hatiku remuk sekali lagi.Air mata aku terus mengalir.Selepas itu aku terus masuk ke bilik aku(bilik arwah juga).Ya Allah,bila aku masuk bilik itu,benda pertama yang aku lihat adalah bantal dan selimut arwah.Aku terus mendapatkan kedua2 barang kepunyaan arwah dan aku peluk sepuas2nya.Aku lepaskan rinduku pada bantal trsebut.Segala memori kami bersama muncul kembali.Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu.Selepas itu,aku kuatkan diriku agar dapat menerima takdir ini dengan ikhlas.Alhamdulillah atas nasihat ayahku,aku dapat menerima hakikat ini.Setiap yang hidup pasti akan mati.Segala proses mengebumikan mayat berjalan dengan lancar.Aku turut serta dalam proses mengebumikan mayat.Dan saat paling meruntun hatiku adalah ketika aku mencium dahi arwah buat terakhir kalinya.Memang sangat meruntun hatiku.Tiada kalimah yang mampu menzhirkan hatiku ketika itu.Cium abangku buat terkhir kalinya.Selepas ini aku tidak akan lagi bergurau,bergelak ketawa dengannya."Ya Allah,Kau kuatkanlah imanku ini ya Allah."lafaz doa yang aku ulang2kan.Selepas 2 minggu aku bercuti,barulah aku pulang semula ke asramaku.Sampai sahaja di sekolah,semua kawan2 aku mengucapkan takziah padaku.Diorang juga bagi tahu bahawa minggu itun adalah minggu exam.Dan aku langsung tak study apa2.Kertas pertama adalah kertas Fizik.Memang mengtensionkan aku.Tapi alhamdulillah,nasib baik kawan2 aku sudi membantu aku.Diorang ajar aku dari awal.Keputusan ujian aku ketika itu hanyalah cukup2 makan ja.Tapi aku tetap bersyukur.Selang beberapa minggu itu,aku sering didatangi penyakit migrain dan penyakit 'homesick' atau rindu kat rumah.Huhuhu.Bermula selepas itu juga aku mula menjadi pelajar yang suka buat bising dan suka buat lawak bodoh.Dalam kelas aku,aku la budak yang paling bisng.Aku buat ni pun sebab nak melupakan aku tentang arwah abang aku.Aku x mahu terlalu memikirkan dia kerana yang akan merana aku juga.Dan sifat/perangai aku tu berkekalan sehinggalah sekarang ini.Dan alhamdulillah,hatiku sudah kuat untuk menghadapi ujian tersebut.
No comments:
Post a Comment