Sunday, August 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...=)


Bismillahhirrahmannirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.....

Hari ini genaplah sudah sebulan berpuasa bagi semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia..baik lelaki mahupun perempuan,baik miskin mahupun kaya,baik tua mahupun muda...semua akan menyambut raya dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan..inilah hari kemenangan bagi seluruh umat Islam setelah sebulan berpuasa,menahan lapar dan dahaga,menahan nafsu serta segala perkara yang membatalkan puasa..

Bulan Ramadhan,bulan tarbiah
Bulan Ramadhan adalah bulan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan bermacam-macam tawaran dan ganjaran.Bulan Ramadhan juga adalah bulan tarbiah dimana pada bulan inilah kita perlu mendidik jiwa kita dengan sebaik mungkin serta bulan bagi kita mendekatkan diri pada Allah S.W.T.Kalau pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu,semua orang Islam akan memberi tumpuan 100% pada ibadah puasa ini.Mereka ternanti-nantikan kemunculan Ramadhan ini.Mereka akan sambut Ramadhan ini dengan penuh kesyukuran dan rasa cinta.
Bagaimana dengan kita?hari ini sudah hari yang ke 29 kita berpuasa.Adakah kita sudah melakukan amal ibadah pada bulan ini.Adakah kita berjaya menahan hawa nafsu kita.Adakah kita berjaya menahan mulut kita dari berbicara yang bukan-bukan.Adakah kita berjaya menjaga pandangan kita dari melihat aurat mereka yang bukan muhrim kita?jawab sendiri(*peringatan tuk diri sendri gak)

Syawal.bulan penuh kemuliaan
"dihari lebaran mulia ini,jangan pula membuat dosa,begitulah hakikatnya hari raya,bergembira tanpa melupakanNya Allah yang Esa..."(petikan lagu Lebaran ini,nyanyian Raihan,Yassin,Rem n Ajai)

Daripada bait2 lirik lagu diatas,kita boleh nampak bahawa bulan syawal ni adalah bulan yang mulia.Bulan dimana kita kembali kepada Fitrah.Apabila kita kembali kepada fitrah,adakah kita mahu sekembalinya ke fitrah itu dengan melakukan dosa?sudah tentu tidak bukan?jadi jangan kita kotorkan bulan syawal ini dengan melakukan perkara yang sia2 dan yang mendatangkan dosa.Rugilah kalau kita dah berpuasa selama sebulan dengan penuh semangat,tiba2 di bulan syawal kita buat macam2 dosa..Alangkah ruginya..

Jadi dikesempatan ini,aku Ahmad Safuan Bin Zakaria ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki diatas salah dan silap,keterlanjuran dan kemelampauan yang telah aku lakukan kepada semua yang mengenali diri ini..Dari hari aku dilahirkan hingga ke detik ini..dari aku di SK Iskandar Shah,SAR Nurul Ehsan,SMK Iskandar Shah,SMS Raja Tun Azlan Shah,KMPP dan sekarang di IPG Kampus Perlis...dari aku di Teluk Intan sehinggalah sekarang di Parit,Perak..Maafkan segala salah dan silap aku ya..
peace!...=)

No comments:

Post a Comment