Saturday, August 27, 2011

wahai wanita:peliharalah kecantikanmu...


Dari Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam bersabda:
ayat1.jpg


Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
 Wanita,kau digelar sebagai penyeri dunia,kau diangkat sebagai sebaik-baik perhiasan.Maka peliharalah anugerah yang telah dikurniakan.Semalam ketika aku berjalan-jalan di Bazar Ramadhan di Tambun,aku melihat terlalu ramai wanita yang tidak bertudung dan yang mendedahkan aurat.Mereka mendedahkan dengan penuh kebanggaan.Ada yang bertudung,tapi baju masih ketat/masih bertelanjang.Dan yang teruknya,x bertudung dan pakai baju ketat lagi.Tidak malukah pada kaum lelaki?,tidak malukah pada orang2 lain?

Dalam satu kisah,diceritakan tentang seorang wanita bukan Islam yang bertanya kepada seorang lelaki Islam tentang pemakaian tudung.Yang sebenarnya dia mahu memperlekehkan hukum pemakaian tudung ini. 

Wanita bkn Islam:Kenapa wanita Islam wajib bertudung?apa faedahnya?nampak kuno ada la..hahahaha 
Lelaki Islam         :Baiklah saya akan jawab soalan puan itu.Lihat ni(sambil)menunjukkan 2 biji gula2.Kemudian dia membuka plastik salah satu daripada gula2 tersebut.Selepas itu,dia mencampakkan kedua2 biji gula2 itu ke atas lantai.Lalu dia menanyakan kepada wanita bukan Islam itu)Yang mana satu puan akan pilih?Yang ada plastik atau yang sudah tiada plastik? 
Wanita bkn Islam:Yang ada plastik la.Yang tiada plastik tu dah kotor dan tercemar.Kemanisannya pun sudah tercemar. 
Lelaki Islam        :Ya begitulah juga dengan wanita.Gula2 yang masih ada plastik itu digambarkan sebagai wanita yang bertudung serta yang menjaga auratnya.Dia masih lagi suci dan bersih walaupun dia dicampakkan kemana2 sahaja.Dia juga disukai dan dicintai oleh semua orang.Semua orang mahu bersahabat dengannya.Manakala gula2 yang tidak berplastik itu pula ialah wanita yang tidak bertudung dan mendedahkan auratnya.Kesucian,kemanisan,kesopanan dan kecantikannya tidak bermakna apa2 langsung apabila 'plastiknya' telah terbuka.Tiada siapa juga yang mahukannya kecuali kepada mereka yang betul2 terdesak untuk mempergunakannya.

*cerita ni aku edit sedikit untuk memudahkan pemahaman anda.Namun situasinya tetap sama,hanya penulisan yang berbeza sedikit

Jadi wahai wanita,sedarlah bahawa dirimu memang penyeri dunia.Hiasilah dirimu sesuai dengan anugerah yang telah dikurniakan Allah itu kepada dirimu.Peliharalah auratmu,kerana sesungguhnya semua lelaki mencintai wanita yang menjaga aurat dan kesuciannya.Apa guna menjadi wanita yang hanya cantik diluaran sahaja tetapi dalaman sangat busuk dan kotoenung2kanlah......=)

No comments:

Post a Comment