Tuesday, May 31, 2011

aku hanya insan biasa...=)

kadang2 kita rasa nak buat semua org tersenyum,
kadang2 kita rasa nak buat semua org rasa senang dengan kita,
kadang2 kita rasa nak semua org rasa seronok bila brkawan dengan kita,
kadang kita rasa nak semua orang rasa senang bila berurusan dengan kita,
kadang2 kita mahu semua orang tersenyum tatkala bersua dengan kita,
kadang2 kita rasa nak buat yg terbaik utk orang lain

biar kita berpenat lelah,
biar kita berhabis nyawa,
biar kita tidak cukup tidur,
biar kita kekeringan keringat,
biar kita lakukan segala2nya,

Namun hati ini terluka,
tatkala pengorbanan kita tidak dihargai,
tatkala penat lelah kita dilupakan begitu sahaja,
tatkala diri kita dituduh melalkukan sesuatu kerana mahukan sesuatu,
tatkala diri difitnah sehina rupa,
tatkala diri tidak punya harga,

Namun aku tahu
semua ini adalah pelajaran buatku,
semua ini adalah ujian buatku,
agar aku terus kuat dan tabah mengharungi kehidupan yg mendatang,
agar aku tidak lelah lagi selepas ini........=)

Saturday, May 21, 2011

SENJATA ORANG MUKMIN

Ya Allah,Kau ampunilah dosa-dosaku yang sudah terlalu banyak Ya Allah.
Kau berikanlah taufiq dan hidayah kepadaku agar aku dapat terus berada dijalanMu Ya Allah.
Ya Allah,Kau lindungilah daku dari godaan dan juga hasutan syaitan yang sentiasa mahu melihat aku derhaka padaMu Ya Allah.
Ya Allah,Kau lindungilah daku Ya Allah.
Kau berikanlah daku kekuatan agar dapat menempuhi segala ujian yang Kau berikan padaku Ya Allah.
Amin ya Rabbil Alamin.........
 

dia bukan milikku..tetapi dia amanahku


sebuah ceritera cinta.....
ceriteranya bermula disini.....
di sebuah kawasan sawah padi yang sungguh mendamaikan,kelihatan dua sahabat baik yang sedang duduk bersembang.Pelbagai topik dan tajuk yang diperbincangkan oleh mereka berdua.Seorang bernama Ahmad dan seorang lagi bernama Shahrul.Mereka berdua bersahabat baik sejak dari kecil lagi.Dan pada petang itu,mereka berdua bersiar-siar di kawasan sawah yang sungguh luas.

Dan seperti kebiasaanya,mereka berdua akan duduk bersembang di atas sebuah jambatan kayu yang sudah agak lama.Namun ia masih lagi kelihatan cantik.Ada nilai klasik.Berbagai topik yang dibincangkan,namun kebanyakannya adalah berkaitan dengan hal sekolah.Mereka berdua merupakan pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar.Ahmad merupakan pelajar 5 Murni manakala Shahrul pula pelajar kelas 5 Amanah.

Ketika mereka sedang rancak bersembang,tiba-tiba terdengar satu suara dari belakang mereka."Assalamualaikum saudara,saya mahu bertanya boleh?".Kedua-dua mereka menoleh kebelakang."Oh boleh sahaja,apa yang boleh saya bantu ya?"tawar shahrul.Pada ketika itu,Ahmad hanya terdiam,langsung tidak berkata-kata.Wajahnya kelihatan merah kepadaman.Begitu juga wanita yang berjilbab biru itu.Jilbabnya labuh dan wajahnya putih.Wanita itu juga diam dan wajahnya kelihatan malu.Shahrul berasa pelik.Begitu juga dengan seorang lagi sahabat wanita berjilbab biru itu.Suasana tiba-tiba menjadi senyap.Shahrul yang berasa pelik,terus bertanyakan sekali lagi kepada dua orang wanita tersebut."Apa yang boleh kami bantu ya?"soalnya lagi.Lalu sahabat kepada wanita berjilbab biru itu pun bersuara."Sebenarnya,kami berdua ni tersesat.Tak tahu nak balik asrama macam mana."terang wanita itu."Asrama mana ni?"soal shahrul."Asrama anak-anak yatim,kami berdua pergi bersiar-siar tadi,dah jauh kami jalan,kami tak ingat la pula jalan nak balik.Saudara tahu jalan nak ke asrama kami?"soal wanita berjilbab kuning itu."Oh tahu,mula-mula jalan 'straight' pastu bila jumpa satu jambatan besi,belok ke kanan pula.Selepas tu,jalan terus ja.Nanti jumpa la asrama tu".Terang shahrul."Baiklah terima kasih ya".ucap wanita itu sambil menyiku sahabatnya yang seorang lagi tu."hang kenapa ni?"soal wanita berjilbab kuning itu kepada sahabatnya.

Namun sahabatnya itu hanya mendiamkan diri."Terima kasih ya".ucap wanita itu lalu terus memandu motor milik asrama yang mereka pinjam tadi.Selepas menghidupkan enjin,kedua-dua wanita itu terus bergerak menuju arah jalan yang telah ditunjuk tadi.Selepas beberapa minit,wanita-wanita tersebut hilang dari pandangan.Pada waktu itu,shahrul mengambil kesempatan dengan bertanya kepada sahabatnya,Ahmad."Eh,kenapa tadi?tiba-tiba diam ja?"soal Shahrul.Ahmad menghela nafas perlahan-lahan.Lalu dia memandang wajah sahabatnya.

Dia hanya memberi senyuman sahaja tanpa mengatakan apa-apa."Eh kenapa ni,ceritalah."pinta shahrul."Emm tak apa la,nanti aku cerita ya.Sekarang ni jom kita balik nak?"minta Ahmad.Shahrul terpingga-pingga."Kenapa la kawan aku ni."soalnya dalam hati.Lalu mereka berdua terus mendapatkan basikal masing-masing dan terus menuju pulang kerumah.Sepanjang perjalanan itu juga,Ahmad hanya terdiam sahaja.Dia hanya bercakap bila ditanya sahaja.Jawapan yang diberi hanyalah 'ya' dan 'tidak'.Shahrul semakin tertanya-tanya.

Dirumah Ahmad.
Sesudah memberi salam,Ahmad terus masuk ke dalam biliknya."Pergi mana tadi Ahmad?"soal ibu Ahmad,Puan Hamidah."Pergi jalan-jalan dengan Shahrul tadi"jawab Ahmad lalu terus masuk ke biliknya.Dia terus menghenyakkan dirinya keatas katil sambil melepaskan keluhan yang berat."Kenapalah kau muncul lagi dalam diri aku?Bayangan kau tak pernah terpadam dalam diri ni'.luah Ahmad.Wanita yang dijumpainya sebentar tadi adalah wanita yang telah berjaya mencuri hatinya.Seorang wanita muslimah yang sungguh menjaga adab-adab seorang wanita dalam dirinya.Dan sebentar tadi,ketika menoleh untuk melihat siapakah wanita dibelakangnya tadi,dia terpana dan terkesima.tatkala melihat Aisyah,wanita berjilbab biru itu.Dunia dirasakan terhenti seketika.Dan dia ibarat berada didunianya sendiri.Didunianya itu,hanya dia dan Aisyah sahaja.Mereka berdua hanya terdiam sahaja.Dua-dua tertunduk malu.Diam tidak berkata apa-apa.Lalu bayangan situasi yang berlalu dua hari lalu muncul........................................................(akan bersambung)



CUBAAN UNTUK MENULIS..HUHUHU

Thursday, May 19, 2011

LELAKI YANG CANTIK DAN WANITA YANG GAGAH...=)

                                           GAMBAR SEKADAR HIASAN...=)

Alhamdulillah baru selesai menjawab soalan Falsafah dan Pendidikan di Malaysia(EDU 3101).Jadi bila lepas exam ni,aku nak rehat2 la plak..sambil rehat mai baca tentang kecantikan seorang lelaki dan kegagahan seorang wanita..artikel ni diambil dari kawan aku....=)
Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada
murni rohani.
Lelaki yang cantik, adalah :-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh
kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna
seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah, adalah :-

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan
yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang
perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
Surah Al-Ahzab: Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-
amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati
Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan
yang besar."

Tuesday, May 17, 2011

permata yang dicari...........=)

Bilik yang kemas.....=)

"Bersih itu separuh daripada iman".Ini adalah hadis yang dah sering kita dengar.Dah beberapa kali juga khatib solat jumaat membicarakan tajuk tentang kebersihan ni.Ya,sebagai seorang pelajar di IPG dan tinggal di asrama kita memang x lepas dari "bilik yang kemas" atau yg sebaliknya.Tapi daripada pemerhatian aku di IPG ni,kebanyakan pelajar lelaki memang x menjaga biliknya.Kalau dah bersepah tu,memang bersepah betul2.Sakit mata aku tengok.Dan termasuklah bilik aku sendiri.Aku memang dari dulu x suka bilik yang bersepah.Benci gilerr.Tapi yela,kadang2 kita sibuk sangat2 sampai x sempat nak kemas bilik.Tapi biarlah berpada2 juga.Janganlah sampai bersepah sangat.Salah seorang pensyarah aku ada cakap(nama x ingat),salah satu cara untuk mengetahui seorang itu manusia/khalifah/ketua yang baik adalah melalui katil tempat dia tidur.Kalau katil dia dah macam 'tongkang pecah' confirm dia seorang yang teruk.Kalau kadang2 xpela,tapi kalau dah setiap hari x kemas katil,memang teruk la.Kadang2 sakit mata kita tengok.Walaupun katil kita xde la kemas sgt,tapi biarlah berpada2.Aku juga menilai seseorang itu melalui kebersihan dirinya.Kalau diri sendiri pun x terurus,janganlah berangan nak uruskan orang lain.huhuhu(emo sikit).
*AKU TULIS NI JUGA ADALAH UNTUK MENGINGATKAN DIRI AKU SENDIRI JUGA.....=)
                                                  GAMBAR DIATAS SEKADAR HIASAN

Sunday, May 15, 2011

BUDAYA MEMFITNAH

Semenjak dua menjak ni,macam2 kes fitnah yang berlaku.Dari fitnah biasa sampailah fitnah lucah.Ish macam2.Aku ni pun x terlepas dari difitnah,Banyak pula tu,sab0r jela....huhuhu.Disini ada beberapa hadis Rasulullah S.A.W yang berkaitan dengan fitnah ni.Harap dapat memberi faedah pada kita semua.
Hadis 1:
Ibnu Abbas menceritakan :
"Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya.
Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.”
Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah.
Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?”
Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.” (Bukhari)


Hadis 2:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:
”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?”
Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.” (Riwayat Bukhari Dan Muslim)


Hadis 3:
Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka.” (Muslim)

ya begitulah kehidupan...

Assalamaualaikum semua.Alhamdulillah malam ini dikurniakan oleh Ilahi idea untuk menulis disini.Hanya sebuah tulisan berdasarkan pengalaman aku sebagai pemberi nasihat atau pemberi motivasi tidak berbayar kepada rakan-rakan aku dahulu.Dari pengalaman sebagai 'kaunselor' itulah yang mematangkan aku serta mengenalkan aku tentang kehidupan.Rakan2/klien2 aku datang dari berbagai latar belakang dan berbagai2 jenis masalah.Tetapi kebanyakan masalah yang dihadapi adalah yang berkaitan dengan cinta.Cinta zaman remaja,memang banyak kerenahnya.Walaupun aku tidak berpengalaman dalam bercinta ini,tapi berdasarkan pengalaman aku memerhatikan manusia di sekeliling aku,Alhamdulillah aku dapat memberikan beberapa nasihat.Selain itu ada juga beberapa masalah yang lain.Semuanya masalah2 yang agak rumit bagi aku.Sejarah aku sebagai kaunselor x bertauliah ni bermula ketika aku berada di tingkatan dua.Ketika di SMK Iskandar Shah.Ketika itu aku memegang jawatan setiausaha kelas.Didalam kelas,aku la budak yang paling pendiam.Disebabkan itulah,guru kelas aku ketika itu, memilih aku sebagai kaunselor di dalam kelas."Sesiapa yang ada apa-apa masalah boleh la berjumpa dengan safuan ye"itu kata guru kelas aku.Aku ketika itu hanya mengangguk sahaja.Nak lawan pun x boleh,sebab diakan guru aku.Orang yg banyak memberi ilmu pada aku.Jadi bermula dari situ la,rakan2 aku mula datang berjumpa dengan aku.Macam masalah yang mereka alami.Dari hal yang kecil hinggalah yang sangat2 besar.Mereka datang jumpa aku bila2 masa ja,ada yang waktu sekolah dan ada ketika waktu malam.Diorang akan datang bercerita tentang masalah diorang.Tetapi selalunya,rakan2 perempuan akan datang berjumpa dengan aku ketika di sekolah.Selalunya pada waktu petang,ketika aku duk study kat library sekolah.Memang seronok mendengar masalah orang,ia mengajar banyak perkara pada kita.Selain kita menasihatkan orang lain,kita juga sebenarnya menasihatkan diri kita.Rakan2 lelaki pula selalunya akan datang berjumpa ngan aku pada waktu malam,ketika aku di rumah.Sembang kat luar rumah.Selalunya masalah yang diorang alami adalah cinta dan tentang pelajaran.Ada yang sampai menangis2 bila diorang menceritakan masalah diorang.Bila perkara ini berlaku,maka kita akan rasa empati,rasa macam kita berada di tempat dia.Ketika didalam kelas aku tetap menjadi pendiam.Ketika di tingkatan 3,semakin ramai klien2 aku sbb waktu tu aku jadi ketua kelas pula.Lagilah banyak masalah.Pada ketika itu,klien2 aku sudah bebrbagai bangsa.Melayu,cina,india dan orang asli.huhuhu.Tapi yela,semua2 itu tidak membebankan aku bahkan aku rasa seronok.Terutama bila dapat menyelesaikan masalah diorang.Rasa seronok bila tengok wajah diorang yang ceria bila masalah diorang sudah selesai.Kadang2 bila kita ada masalah kita sendiri,kita akan rasa terbebas dari masalah itu bila tengok wajah2 diorang.Seriously.Lagi satu,melalui pengalaman ini juga,aku dapat mengetahui bahawa tiada manusia yang sempurna di dunia ini.Pasti akan ada kelemahan dalam diri mereka.Kebanyakan klien2 aku juga adalah dari mereka2 yang aku respek dan rasa kagum dengan mereka.Jika dulu aku selalu rasa rendah diri dan rasa x sempurna sangat diri aku ini.Tapi selepas melalui semua ini,aku mengerti bahawa semua manusia itu sama.Ada kelebihan dan ada kekurangan.Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada.Boleh jadi orang lain tidak ada apa yang kita ada.Contohnya miskin.Ada orang kaya yang mahu miskin sebab bagi dia bila dia miskin,dia akan lebih dekat dengan Allah.Atau pun bila miskin dia akan lebih mensyukuri nikmat2 Allah.Tetapi masalahnya kita adalah kita x pernah rasa cukup dengan apa yang kita ada.
Kehidupan aku diteruskan sehinggalah aku mendaftar masuk di SMS Raja Tun Azlan Shah.,Taiping.Aku ingat disitu,kerjaya aku sebagai kaunselor x bertauliah akan berakhir,rupa2nya makin ramai.Masalah2 yang dihadapi lebih rumit.80% daripada masalah yan dialami adalah berkaitan dengan cinta.45%adalah dari pelajar perempuan manakala selebihnya adalah rakan2 lelaki.Memang letih melayan semua itu,tapi ye la bila kita dah rasa seronok dengan sesuatu itu,maka tiada apa yang boleh menghalang kita untuk membuat sesuatu tu.Begitulah seterusnya sehingga aku belajar di KMPP(MATRIK PENANG).Walaupun duk dua bulan ja,tapi ada juga beberapa masalah yang sempat aku bantu.Dan kini di IPG Kampus Perlis ni,masalah2 yang dihadapi semakin berkurangan.Disini,terdapat ramai yang berbakat dalam memberi nasihat.Namun ada juga beberapa orang yang datang berjumpa dengan aku.Aku bantu setakat yang aku mampu sahaja.
Secara kesimpulannya,tiada manusia yang sempurna didunia ini.Walau hebat mana pun mereka,mereka pasti ada kelemahan mereka.Begitu juga aku.Walaupun aku banyak menyelesaikan masalah orang tetapi kadang2 aku sendiri pun x dapat nak selesaikan masalah aku dan masih memerlukan nasihat orang lain.Tapi begitulah kehidupan,bila orang lain susah kita bantu dia sebab bila kita susah nanti,insya Allah orang lain akan bantu kita juga.




Friday, May 13, 2011

beginilah aku

Hati gelisah.Itulah yg berlaku pada aku dua tiga ari ni.Xtau la pasal apa.Aku harap ia hanyalah sebuah perasaan je.Kegelisahan hatiku ni sama seperti ketika abang lang aku pergi buat selama-lamanya.Al-fatihah untuk arwah.Dia memang abang aku yang terbaik.Dia pergi ketika aku baru seminggu di SMS Raja Tun Azlan Shah.Baru seminggu aku duk kat asrama,first time plak tu.Memang amat2 sukar untuk aku melupakan dia.Perisitiwa ini juga telah merubah diri aku yang sebelum ini adalah seorang yang sangat pendiam kepada seorang yang suka buat bising.Arwah abang aku meninggal pada pukul 9pm.Waktu tu aku kat asrama,memang malam tu xleh nak tidur.Hatiku gelisah segelisahnya.Rasa cam ada je yg x kena.Dormmate2 aku semua tegur aku sbb aku tidur lambat malam tu.Kul 3 bru bleh tidur.Kebiasaannya aku kul 11pm aku dah tidur.Tapi malam tu memang xleh nak tidur.Mungkin itu petunjuk yang Allah nak bagi.Wallahualam.Sejam selepas aku tidur atau lebih kurang kul 4am aku dh terjaga.Tidur2 ayam je.huhuhu.Pastu tiba2 warden aku dtg.warden yang paling garang..huhu.Dia masuk lam dorm aku macam dlm keadaan marah je.Pastu terus pi kat ketua dorm aku dan tanya mana aku.Tanya dalam keadaan marah plak tu.Gabra la aku.Dah la baru je seminggu kat sekolah tu,xkan dah kena denda kot.huhuhu.Kemudian,Pas Ketua dorm aku gitau dia,dia terus tarik aku.Dia kata ada seseorg yg nak jumpa aku.Aku pun pelik la,sape la nak dtg jumpa aku pagi2 buta ni..huhuhu.Aku pun ikut jela.Aku duk tingkat atas skali,so bila intai kat bawah blok,memang kabur la.Aku nampak 2 org yg berbadan agak besar.Pakai warna hitam plak tu..huhuhu.Memang memlikkan aku,siapakah mereka??huhuhu.Cam kes misteri plak..huhuhu.Bila dah sampai kat bawah barulah aku nampak yg 2 orang tu adalah abang aku(abg chik) dan abang ipar aku.EH KENAPA DATANG PAGI2 NI??soalan itu yg muncul di dalam benak hatiku.Aku dah rasa lain macam sangat.Aku rasa cam ada sesuatu yang sangat2 memedihkan akan berlaku pada aku.Aku rasa cam seseorang yang amat2 aku sayang akan pergi buat selama-lamanya.Oh ya Allah,Kau bantulah aku.Lindungilah aku dari sebarang musibah.Itulah yang muncul dan berlegar2 di dalam hati dan perasaan aku.Pas aku salam abg2 aku tu,aku terus lah tanya abang aku tu."Kenapa ni?ada apa dtg pagi2 ni?"itu soalan aku.Dan abg aku hanya menjawab Abang Lang ja.Pastu dia diam ja,Dia suruh aku pi kemas baju2 dlu,baru dia gitau.Aku ikutkan saja.Memang waktu nak naik dorm dan kemas2 baju tu macam2 soalan yang muncul dalam otak aku.KENAPA?KENAPA?DAN KENAPA?...Hati aku memang x senang.Bila Ketua dorm aku tanya apa yg berlaku,aku hanya jawab yang Abang aku sakit.Hanya satu jawapan yang sebenarnya nak tenangkan hati aku ja.Pas kemas2 tu aku terus turun bawah.Waktu salam warden aku tu,dia ucapkan salam takziah pada aku.Dan dia kirim salam pada kedua ibu bapa aku.Aku diam ja,malas nak fikir dah.Takut penyakit migrain aku datang lagi.Aku baru ja sembuh waktu tu.S0 pastu,aku terus masuk lam keta,nak tanya abang aku,aku takut kalau2 jawapan yang akan diberi mengecewakan aku,so aku diam ja dulu.Aku nak abg aku yang gitau dulu.Memang waktu dalam keta tu,otak aku ligat berfikir.Fikir yang bukan2.Aku diam ja,sampailah abang aku bersuara.Dia mula2 tanya pasal sekolah baru aku tu,best x?Aku jawap jela,seolah2 cam xde pape pun.Pas sembang pasal sekolah tu barulah abang aku tanya soalan yang sangat2 aku tggukan."Ami,kamu tahu x kenapa abang Chik dtg amik kamu pagi2 ni?.Aku tersentak dengan soalan tu.Ya Allah semoga jawapannya nanti mampu menguatkan keimananku padamu.Aku pun jawab la yang aku xtau."Ha,kenapa ek?.Abang aku menarik nafas sehela dan kata yang "abang lang dah xda ami,dia dah meninggal,dia dah tinggalkan kita buat selama-lamanya ami,dia aksiden malam tadi".Oh ya Allah,hanya Kau sahaja yang tahu betapa remuk,sedihnya hati aku bila dengar apa yang abang aku cakap.Benda yang paling2 aku takut dah berlaku.Orang yang aku sayang telah pergi buat selamanya."Meninggal pasal apa?kat mana?dengan sape?pukul berapa?"bertalu-talu soalan yang aku kemukakan.Dan abang aku hanya jawab "abang kita dah xda ami,dah xda".Aku terus terpunduk dan tersandar kebelakang.Air mata aku mengalir satu persatu.Buat pertama kalinya airmata aku begitu murah dan ringan mengalir.Kemudian semua memori2 aku bersama dengan arwah terus berlegar2 di fikiran aku.Seolah2 sebuah tayangan gambar.Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu.Ya Allah Kau kuatkanlah imanku agar aku dapat menempuhi ujianMu ini ya Allah.Hanya doa itu yang aku ucap dan pohonkan.Perjalanan 30 minit ke rumah aku itu,seolah-olah mengambil masa hanya sepuluh minit.Dan ketika sampai dirumah,aku lihat mak aku sedang duduk termenung di atas sofa,aku terus pergi menyalami dia.Aku cuba menguatkan diriku agar tidak menumpahkan air mata ketika di hadapan mak aku.Aku tidak mahu mak aku menangis lagi.Tapi ternyata aku ini lemah.Air mata aku terus mengalir selepas mak aku memberi tahu bahawa duit RM50 yang baru mak aku kirimkan pada aku itu,adalah duit hasil titik peluh arwah.Dia berusaha mencari kerja tambahan agar dapat memberi duit pada aku.Ya Allah,hatiku remuk sekali lagi.Air mata aku terus mengalir.Selepas itu aku terus masuk ke bilik aku(bilik arwah juga).Ya Allah,bila aku masuk bilik itu,benda pertama yang aku lihat adalah bantal dan selimut arwah.Aku terus mendapatkan kedua2 barang kepunyaan arwah dan aku peluk sepuas2nya.Aku lepaskan rinduku pada bantal trsebut.Segala memori kami bersama muncul kembali.Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu.Selepas itu,aku kuatkan diriku agar dapat menerima takdir ini dengan ikhlas.Alhamdulillah atas nasihat ayahku,aku dapat menerima hakikat ini.Setiap yang hidup pasti akan mati.Segala proses mengebumikan mayat berjalan dengan lancar.Aku turut serta dalam proses mengebumikan mayat.Dan saat paling meruntun hatiku adalah ketika aku mencium dahi arwah buat terakhir kalinya.Memang sangat meruntun hatiku.Tiada kalimah yang mampu menzhirkan hatiku ketika itu.Cium abangku buat terkhir kalinya.Selepas ini aku tidak akan lagi bergurau,bergelak ketawa dengannya."Ya Allah,Kau kuatkanlah imanku ini ya Allah."lafaz doa yang aku ulang2kan.Selepas 2 minggu aku bercuti,barulah aku pulang semula ke asramaku.Sampai sahaja di sekolah,semua kawan2 aku mengucapkan takziah padaku.Diorang juga bagi tahu bahawa minggu itun adalah minggu exam.Dan aku langsung tak study apa2.Kertas pertama adalah kertas Fizik.Memang mengtensionkan aku.Tapi alhamdulillah,nasib baik kawan2 aku sudi membantu aku.Diorang ajar aku dari awal.Keputusan ujian aku ketika itu hanyalah cukup2 makan ja.Tapi aku tetap bersyukur.Selang beberapa minggu itu,aku sering didatangi penyakit migrain dan penyakit 'homesick' atau rindu kat rumah.Huhuhu.Bermula selepas itu juga aku mula menjadi pelajar yang suka buat bising dan suka buat lawak bodoh.Dalam kelas aku,aku la budak yang paling bisng.Aku buat ni pun sebab nak melupakan aku tentang arwah abang aku.Aku x mahu terlalu memikirkan dia kerana yang akan merana aku juga.Dan sifat/perangai aku tu berkekalan sehinggalah sekarang ini.Dan alhamdulillah,hatiku sudah kuat untuk menghadapi ujian tersebut.

Saturday, May 7, 2011

lalalalalalalalala

malam masih muda,ya,jam baru menunjukkan kul 12.46am.awal lagi.huahuahuahuahua
hari ini cuti,jadi kebanyakan aktiviti aku adalah tidur,tidur dan tidur.sambil tidur layan lagu2 feveret aku.
exam.ada la beberapa kawan aku dh start study.Tapi yela,dah jadi satu budaya di IPG Perlis ni(maybe satu malaysia kot) suka study last2 minit.Esok nak exam,arini baru ada mood nak study.Relax suda.
Biasa lah tu,bakal2 guru memang macam tu,Aritu waktu PBS pun,memang cikgu2 skola tu cakap yg diorang pun sama gak macam kami sekarang ni.Jadi apa nak dikalutkan,relax suda.hahahahaha
Sekarang ni aku tengah memerah keringat untuk memikirkan tentang jamuan akhir sem untuk kelasku yang terchenta.RBT B.yeah!.Lagipun,ini adalah projek terakhir aku sebagai KK.
Hentam saja la labu oi.hahahaha
X sabar nak pencen.huahuahua.
Yela,sewaktu jadi KK ni aku kena la rajin sikit(sikit jela)hahaha.
Kena datang awal sikit,kena rajin call pensyarah,cari bilik kuliah,susun kelas,cari LCD and bermacam2 lagi.Sebelum tidur pun mesti kena fikir pasal kelas.Aku memang akan peruntukkan masa untuk aku memikirkan tentang kelas.Fikir sebelum buat sesuatu tindakan.hahaha.Semasa jadi KK aku menggunakan gaya kepimpinan demokrasi + autokratik.Mula2 demokrasi pastu barulah wat autuokratik.Kalau 24jam nak demokrasi ja,memang letih aku.huhuhuhu.Bak kata Encik Halim(Pensyarah JPT),nak jadi cikgu nanti kita kena check and balance.Kadang2 demokrasi and kdg2 autokratik.Contohnya dia bagi adalah bila seseorang cikgu tu nak buat kelas tambahan.Dia menanyakan dulu tentang masa yang sesuai kepada murid2nya.Minta pendapat mereka(demokrasi la).Pastu bila dah dpt kata sepakat,guru tu kena guna autokratik pula.Contohnya dia perlu menetapkan peraturan yg perlu dipatuhi waktu dalam kelas.Contohnya murid2 kena hadir tepat jam 2.30pm,saya bagi masa sehingga 2.35pm sahaja sebelum pintu ditutup.Sape x datang saya akan denda.(autokratik).Kita dilarang guna demokrasi 24 jam atau pun guna autokratik 24 jam,nanti masalah lain pulak yg timbul.Sabor je la.Biasalah sekarang kan zaman fitnah.Cikgu zaman sekarang ni memang xleh nak sentuh murid.Kalau anak murid kita demam dan kita nak check dahi dia pun xleh dah.Nanti x pasal2 kena tuduh meraba murid pulak.Ni bukanlah cerita rekaan,tapi ini cerita betul.Satu lagi kes yang cukup hangat yang baru je berlaku beberapa minggu yang lepas di Negeri Perlis dimana seorang guru telah dituduh membunuh anak muridnya.Dikatakan bahawa budak tu mencuri,jadi warden tu marah la budak tu.Jadi ia adalah prosedur biasa.X tahu la pulak yang dia ada penyakit sawan,pap pap mati.Inalillah.Maka lepas tu heboh la satu malaya bahawa budak tu telah disepak,ditumbuk dan diterajang2.WOW dahsyat giler!Tapi biasala tu,dah keje wartawan tu.Jangan sebar fitnah sudah.Nanti jadi kes anwar ibrahim pulak.Yang memelikkan aku,diorang ni tak letih ke duk fitnah2 anwar ni,xde orang lain ke.Tolong arr cari orang lain untuk difitnah.hahaha.Naik geli bulu ketiak aku bila baca pasal fitnah2 terhadap anwar ni.
Dia meliwat la,pastu langgan pelacur la,pastu ada skandal ngan itu la,ngan ini la...WEI SUDAH2 LA TU!!X BORING KE?X TAKUT ALLAH KE?..insaf la,ingat mati sedang menunggu kita ja tu.TUP TUP dah mati.Kalau mati dalam keadaan kita sedang beribadah ke xpela,cuba kalau kita mati dalam keadaan atau pada masa kita tengah buat dosa,duk fitnah kat orang,duk sebar aib orang lain,atau duk buat cerita bukan2.Xke menyesal diakhirat nanti.
Menyesal kat dunia ni xpa,kalau ada masa,bleh la bertaubat,tapi kalau baru nak insaf bila kat akhirat dah memang xleh nak buat apa la,hanya azab Allah sahaja sebagai ganjaran diatas 'amal2' yang kita dah buat ????Renung2kanlah dan lakukan terus perubahan,jangan renung ja,tapi x buat apa pun.hahaha.apa2pun MATI ITU PASTI!!biarlah kita mati dalam keadaan yang baik(husnul khatimah).AMINN....

Friday, May 6, 2011

Pilihan Raya Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas PISMP Semester 2 RBT B:SEBUAH ANALISIS

Alhamdulillah,kembali lagi utk mencoret sesuatu dalam blog ini.Coretan kali ini adalah berkaitan dengan Pilihan Raya Ketua Kelas PISMP Semester 2 RBT B yang baru dijalankan 2 hari lepas iaitu pada 5/5/2011.Suatu tarikh yang menarik dan insya Allah membawa berkat.Terdapat 8 orang yang telah dicalonkan bagi merebut kerusi Ketua Kelas dan 12 calon untuk merebut kerusi Penolong Ketua Kelas.Kesemua calon yang bertanding adalah mereka yang masih belum memegang jawatan2 yg dipertandingkan.Jadi berikut adalah sebuah analisis dari kacamataku.
Baiklah untuk jawatan KK,semua calon yang bertanding adalah calon lelaki.Kesemua mereka mempunyai kelebihan dan kelayakan masing-masing sbgai seorang pemimpin.Baiklah,kita mulakan dengan calon feveret yang dikatakan mampu menewaskan pencabar2 yang lain.Beliau ialah Muhammad Farhan Bin Abdul Karim.


ya,gambar diatas adalah gambar beliau.Seorang yang ceria dan cute.hahaha.Dia juga adalah salah seorang peminat game dan juga anime2.Mintak je game apa2 kat dia,insya Allah dia ada.huhuhu.Dia dikatakan mampu menewaskan pencabar yg lain dalam merebut jawatan KK adalah kerana sifat dia yang ceria.Pada sem leas,dia hanya kalah tipis sahaja daripada pemenang kerusi KK pada sem lepas.Jadi dia mampu untuk 'mengganas' sekali lagi pada sem ini.Dia juga dijadikan calon feveret kerana dia seorang yg komited serta berpandangan jauh.Sesuai dengan jawatan yang ditandinginya.Ok calon feveret yang seterusnya ialah Muhammad Silmi Shaari.
yg serius tu adalah silmi
       ok,siapakah silmi?dia berasal dari Serdang,Kedah.Dia kini memegang jawatan sebagai Bendahari kelas.Jawatan yg aku pernah pegang sebelum menjadi KK.Adakah sejarah akan berulang??huhuhu sama2 kita nantikan.Dia dikatakan calon feveret kerana ye lah,bendahari kan satu jawatan yg sgt glamour.Sape yg pegang pasti akan jadi glemer.Ye lah,jadi ceti memang glemer.Org akan igt sampai mati.hahahaha.Selain itu dia juga adalah Pengarah Program Pengurusan Gerko ke Pulau Langkawi yang baru je lepas.Jadi dari program tu,dapatlah lihat gaya kepimpinannya.Demokrasi + autokratik sikit.dari pandangan aku la...huhuhu.Adakah dia akan menang?tewaskan Farhan?sama-sama kita nantikan...Ok calon feveret yang seterusnya adalah orang penang.Siapa lagi kalau bukan Zul Fikri.

Seorang yg sgt rajin dan suka wat lawak.Kawan baik dia nama Song.hahahaha.
Pandai cakap cina tapi dialek melayu punya.Suka brgambar dan iterframe kt mana2 la.hahahaha.Mempunyai kelayakan utk menjadi pemimpin yg baik.huhuhu.



Ok yang seterusnya pula ialah Muhammad Asyraf.Berasal dari Taiping perak.Sekolah di Edward.Salah sebuah sekolah premier di perak.Dia seorang yg agak pendiam dari segi luaran,tapi klu dh rapat,dia mmg sporting.Ok,knape dia bleh jadi calon feveret?mgkn sbb kependiaman dia tu.Lagipun dia mmg tajin wat kerja.Ni gambar dia.Yang baju coklat tu.


Ok yang seterusnya pula ialah Naim Syahmi Shahrudin.Seorang yang paling pendiam dalam kelas.Tapi aku tengok dia seorang yang sgt ceria di luar.Pandangan aku trhadap dia adalah dia ni seorang yang tegas.Jika ada sesuatu yang dia x suka,maka dia akan kata yg dia x suke.Kira dia seorang yang berterus terang lah.Bagus la bagi aku.Mungkin kerana ketegasannya itu telah mempengaruhi plajar2 yg lain utk mengundi dia.Wallahualam.Ni gambar dia
Ok calon yang seterusnya pula ialah Baieth Rahmani.Nama yang cukup sedap bagi aku.Dia adalah pelajar paling popular dalam kelas RBT B.Mempunyai suara yang macho dan sesuai menjadi dj radio.(Kata Pn Mozlina).Dia seorang yang sanagt2 happy go lucky serta relax.Jangan kelam2.relax sudah.hahaha.Dia adalah Pengarah Program Projek Komuniti RBT B.Jadi kepimpinannya dapat dilihatlah ketika dia memimpin program ni.Layak jadi KK/PKK.huhuhu.

Ok yang seterusnya pula adalah Shahrul Fazli.Budak dari Kamunting.Sekolah di Taman Tasik,Taiping. Sebelah sekolah aku la.huhuhu.Sekarang ini(ketika taip ni la)dia adalah wakil JPP bagi kelas kami.Dia menang tanpa bertanding.Dia seorang yang sgt rajin dalam kelas kami.Kerja yang dia buat slalu dapat pujian dari pensyarah.Yela budak rajin,mm patut la dpt pujian.ye tak?.Dari segi kepimpinan,ada nampak gaya pemimpin yang baik.Memang ada bakat.Sekarang ni dia MC sebulan sbb kaki retak pas jatuh tangga(sama2 doakan dia cepat sembuh).Ni dia
Ok calon feveret KK yang terakhir pula adalah Mohamad Hakim Bin Zakaria.Adik beradik ngan aku.Anak Zakaria.hahahaha.Hakim ni pun jenis yang sangat ceria.(semua budak RBT B mmg ceria).Budak kelas lain cemburu ngan aku sbb dpt classmate yg ceria2.Alhamdulillah syukur aku.huhu.Hakim ni adalah bekas Timbalan Kem Komandan BIG Fasa 1 kami.Jadi gaya kepimpinannya terserlah ketika dia memimpin kami.Walaupun ada beberapa kekurangan,tapi dia mampu mengatasi kekurangan itu.Contohnya dari segi komunikasi.Sebelum dia jd Tim. Kem Kom,aku cam x yakin je ngan dia sbbkn kemahiran komunikasi dia.Namun setelah 4hari di berada dibawah kepimpinan dia,alhamdulillah dia dah banyak berubah.Bagus2..ni dia.
Kesimpulan yg dapat aku simpulkan untuk jawatan KK ini adalah,persaingan yang sengit berbanding sem lepas.Jika sem lepas,walaupun KK menang dengan undi yang tipis,tetapi dia berjaya mendapat undi yang melepasi 8 undi.Namun tahun ini apa yang berlaku adalah pertandingan yg sgt2 sengit.Yang menang juga mendapat undi yang tipis.Hanya berbeza beberapa undi sahaja.Namun yang menang ni juga adalah calon yang dijangka2 menang.Siapakah dia?SATU PERSOALAN:ADAKAH SEJARAH AKAN BERULANG DIMANA BENDAHARI KELAS DIAMANAHKAN UNTUK MENJADI KETUA KELAS SEPERTIMANA YANG BERLAKU KEPADA SAFUAN?ATAU ADAKAH CALON YANG KALAH TIPIS PADA TAHUN LEPAS AKAN MENCIPTA KEJAYAAN PADA CUBAAN KALI INI?ATAU ADAKAH ADA CALON LAIN YANG AKAN MENEWASKAN CALON2 FEVERET UNTUK MENDUDUKI KERUSI EMPUK KETUA KUMPULAN?SAMA2 KITA NANTIKAN KEPUTUSANNYA...=)







BAIKLAH,YANG BERIKUT PULA ADALAH ANALISIS BAGI JAWATAN PENOLONG KETUA KELAS.
Calon feveret yang pertama adalah Tiara Balqis.Classmate aku sejak dari Form 4 lagi.Aku dah pernah cerita tentang dia dalam post yg sebelum ni.Kenapa dia jadi feveret ek?pertama kerana ketika ini(waktu taip ni) dia adalah Setiausaha kelas.Jawatan yang dipegang dia adalah jawatan yang menyerlahkan kepimpinan dia.Aku sbgai KK merasa senang bekerja dgn dia sbgai s/u.Beberapa tugas telah diberi kepada dia sbgai s/u.Antaranya adalah menyiapkan Kehadiran pelajar bagi setiap kelas untuk setiap pensyarah.Selain itu dia juga adalah bekas Bendahari agung BIG Fasa 1 kami.Jadi memang dia agak menyerlah la.Nak tengok gambar dia sila baca post yang sebelum ini.=)
ok,calon feveret yang seterusnya pula adalah Nor Azzati.Seorang yang sgt tegas dan garang.Buatlah perangai ngan dia.hahaha.Aku pernah panggil dia singga.hahahaha(jahat gak aku ek?)hahaha.Dia seorang yg sgt2 jarang balik rumah(vise versa)hahaha.Pantang ada cuti,pasti dia balik.hahaha.Apa2pun dia juga seorang yg sgt2 happy go lucky.Seronok sembang ngan dia.Dia pernah gak jadi s/u kelas sebelum ni.Ni dia


Calon feveret yg seterusnya utk jawatan PKK adalah Nor Amira.Sorang yg memang suka ketawa.X dapat nak halang dia dari ketawa.Setiap masa dia akan gelak kecuali ketika sembahyang,mendaki bukit,makan dan berak.hahahahaha(jangan marah ye).Dia adalah Ratu Kolaborasi kelas kami.Ini menunjukkan bahawa dia memang seorang yang sangat rajin.Lagi satu setiap slide p0werp0int yg dia buat mmg berkualiti tinggi.Warna warni dia buat.Ni dia.

Ok calon PKK yang seterusnya pula adalah Siti Hajar.Budak Manjoi,Ipoh.Ni gamb0 dia.
Dia adalah bekas bendahari kelas selama 2 semester.Kira pemegang jawatan bendahari yang paling lama la sebelum jwtn tu bertukar tgn.Dia juga pernah menjadi s/u agung Kem Rekreasi di Gua Kelam,Perlis waktu kami di PPISMP semester 2 dulu.Jadi dia memang rajin la.Dia ni juga suka komen straight.Takda berlapik lgsung.Kalau aku x suka,maka aku x suka la.Kata dia lah.Dia ni sama juga macam budak kelas aku yang lain.Sangat periang dan ceria.Dia gak rajin wat assignment.Tu yg sronok dapat satu kumpulan ngan dia.hahahaha.Untuk jawatan PKK ini,kesemua calon KK juga bertanding utk jawatan ini.Jadi berlaku persaingan yang sangat2 sengit untuk merebut jawatan PKK ini.Aku lihat persaingan ni tersgt2lah sengit.Sangat2 sengit berbanding sem lepas.Penyandang jawatan ni skrg menang tahun lepas dgn undi yang agak besar,tapi tahun ni disebabkan persaingan yg sgt2 sengit,maka yg menang mendapat undi yg rendah sedikit berbanding tahun lepas.Apa2 pun aku dah tahu siapa PKK sem depan.huhuhu.SATU PERSOALAN:ADAKAH SEJARAH AKAN BERULANG DIMANA SEORANG SETIAUSAHA AKAN MENJADI PKK SEPERTI MANA YANG BERLAKU KEPADA NURUL HUSNA?ATAU ADAKAH CALON YANG BUKAN FEVERET BERJAYA MENEWASKAN CALON2 FEVERET UNTUK JAWATAN INI?SIAPAKAH DIA?SAMA2 KITA NANTIKAN KEPUTUSANNYA...=)


*APA2PUN AKU SANGAT2 BAHAGIA BERADA DIDALAM KELAS INI.AKU PERCAYA APA YANG ALLAH BERIKAN PADA AKU,ADALAH YANG TERBAIK.AKU BERSYUKUR,ALHAMDULILLAH.KEPADA SESIAPA YANG ADA TERASA HATI DENGAN TULISAN AKU INI,AKU MENYUSUN JARI SEPULUH MEMOHON AMPUN DAN MAAF.AKU HANYA MENULIS BERDASARKAN PANDANG SISI AKU.MUNGKIN BETUL DAN MUNGKIN SALAH.....=)




Monday, May 2, 2011

NAFSU:jangan biarkan ia menguasai kita

Bila sebut pasal nafsu,semua orang faham dan pasti akan memberikn jawapan yg negatif berkaitan ngan nafsu ni.Ya mmg betul,nafsu ini akan membawa kita kpd yg negatif kalau kita fikir ia adalah negatif.Nafsu ni juga kalau kita layan,ia boleh melalaikan kita seterusnya merosak/mghancurkn kita.Di bawah ini ada satu kisah brkaitan ngan nafsu ini.
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.