Apabila menjadi seorang 'doktor cinta',pasti bermacam masalah akan diadukan.Samada yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin.Yang menjadi 'doktor cinta' ini pun belum berkahwin,disebabkan ingin membantu,maka akan dilayan dan dibantu setiap persoalan yang diajukan.Ya,didalam sebuah institusi rumah tangga,bermacam masalah akan timbul.Samada kecil mahupun besar.Didalam rumah tangga,perkara yang sekecil zarah boleh menjadi sebesar planet matahari.Betul,xpercaya,kahwin la..hu3
kebanyakan masalah di dalam rumah tangga ini adalah berkisarkan tentang kesetiaan,kesabaran,kasih sayang dan macam.Mudah sangat2 curiga ketika di dalam rumah tangga.Dan kesemua masalah ini hanya akan selesai dan dapat diselesaikan apabila hubungan dengan Allah dijaga dengan penuh rapi.Segala yang wajib dilaksanakan dengan sempurna manakala amalan2 sunat diperbanyakkan.Betul,kebanyakan yang datang selalaunya aku akan tanya tentang solatnya.Perkara paling asas dalam diri seorang muslim.Dan jawapan yang diperolehi,kebanyakannya adalah disebabkan solat langsung tidak dipelihara.Solat bila rasa nak solat n selalu 'tuang'.Subuh memang dah selalu sangat ditinggalkan.itu antara jawapan2 yang akan diperolehi.
Teringat kata2 ustazah Nadiah ketika aku berada ditingkatan lima di seratas,dia kata,jika kita jaga hubungan dengan Allah,Insya Allah hubungan kita dengan manusia juga akan Allah akan jaga.Jika kita jaga hubungan dengan Allah,insya Allah masalah2 yang timbul di dalam rumah tangga dapat diselesaikan dengan mudah.
Berbalik tentang solat,kepentingan solat dalam rumah tangga sangat2lah dititikberatkan.Di dalam Islam,solat amatlah dititikberatkan.Terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menerangkan tentang kepentingan solat.Antaranya ialah:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal
yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat)
seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan
berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah
ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:”
Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk
dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah
keadaan amal-amalnya yang lain. ”Riwayat at-Tirmidzi
Riwayat at-Tirmidzi
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mana-mana muslim
yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk
dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga
dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan)
dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.” (Hadith
Riwayat Muslim)
Firman Allah: “Bacalah (selalu) Al-Quran yang telah
diwahyukan kepadamu! Dirikanlah solat! Sesungguhnya solat itu menghalang
perbuatan keji dan mungkar. Sesungguhnya mengingat Allah lebih besar (faedah dan
kesannya). Dan Allah mengetahui apa yang kamu lakukan”. (Al-Ankabut: 45)
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang lupa akan
sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah
mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang
dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:” Dan dirikanlah solat
untuk mengingati-Ku.” (Riwayat Bukhari)
Ada satu kisah tentang orang yang meninggalkan solat.
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang
duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid
dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka
baginda pun berkata,
"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah
saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang
hendak memandikannya."!
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar
r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,
maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar
rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada
Rasulullah S.A.W,
"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini
bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke
rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu
pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para
sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan,
maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka
Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,
"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh
ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak
mahu mengerjakan solat."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para
sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat
nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal
dunia dan sewaktu mereka mengadakan solat jenazah untuknya. Tiba-tiba kain
kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada
seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan
menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular! itu, maka berkata
ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu
semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah
S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari
kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang
telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan,
diantaranya :
1.Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk
sembahyang berjamaah.
2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya. (Sumber : http://jaipk.perak.gov.my/
: Portal rasmi Jabatab Agama Islam Perak)
kesimpulannya,solatlah amalan yang wajib kita lakukan dan wajib kita laksanya dengan sempurna,tepat pada masanya tanpa melengahkannya.Percayalah,insya Allah jika kita menjaga solat kita,Insya Allah setiap ujian yang menimpa diri kita akan dapat kita lepasinya dengan jaya.Begitu juga di dalam rumah tangga,inilah kunci kebahagian di dalam rumah tangga.Percayalah,Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang sentiasa melaksanakan segala perintahnya.
*nasihat drpd ustaz dan ustazah yang pernah ditemui,jika kita ingin mencari jodoh,carilah yang menjaga agamanya dan paling penting solatnya.Jika sebelum kahwin solat pun tunggang langgang,apabila sudah berrumah tangga pun akan jadi begitu juga bahkan mungkin lebih teruk.Kebiasaanya,pelbagai janji akan ditaburkan sebelum berkahwin.HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM~
SEKADAR PERKONGSIAN BERSAMA
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang
menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang
munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran 104:105)
No comments:
Post a Comment