Allah SWT berfirman dalam al-Quran:
“Sesungguhnya, Allah
menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya
(yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara
manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil.
Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang
sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi
sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa : ayat 58)
Berdasarkan
ayat di atas, Allah SWT memerintahkan kepada seluruh umatnya agar
melakukan amanah dalam setiap perkara. Selain itu, ayat ini juga
menekankan tentang betapa pentingnya berlaku adil. Secara keseluruhannya
ia berkaitan dengan sistem pemerintahan yang mengikut syariat Allah
SWT. Dalam pembentukan sebuah negara yang mengamalkan sistem
pemerintahan Islam, kedua-dua eleman ini cukup-cukup penting dalam
memastikan keharmonian dan kedamaian dapat dicapai. Penulisan saya akan
berkisarkan tentang dua perkara ini iaitu mengenai Amanah dan Adil.
Kepentingan amanah dalam pemerintahan sebuah negara
Apakah
yang dimaksudkan dengan Amanah? Maksud amanah dari segi perkataan ialah
tenteram, aman, selamat dan harmoni. Manakala dari segi istilah pula
ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan
melakukan tanggungjawab yang diberikan berdasarkan kepercayaan yang
dipikul dibahunya. Secara tuntasnya dapatlah disimpulkan bahawa amanah
ialah satu sistem kepercayaan yang diberikan kepada seseorang yang
dipercayai dan diyakini bahawa ia dapat melaksanakan segala tuntutan
sebagaimana yang dituntut. Terdapat tiga jenis amanah iaitu:
sambung....
No comments:
Post a Comment