Sunday, September 29, 2013

MAAF~



BISMILLAHHIRAHMANNIRRAHIM~


MAAF.hanya ada 4 aksara yakni 3 huruf sahaja.iaitu M.A.A.F...nampak macam tidak ada apa2 pada perkataan ini..namun dalam kita sedar atau tidak,4 aksara ini cukup besar nilainya..pemandu kita kearah antara syurga dan neraka...serta penentu antara bahagia atau derita..

Adalah sesuatu perkara biasa apabila kita ada terasa hati atau bergaduh dengan sesiapa..tapi setiap kesalahan/kesilapan yang kita lakukan itu perlulah disudahi dengan muhasabah dan episod yang baik..Kadang2 hanya perkara kecil,kita sanggup bergaduh sehingga 7 keturunan hanya kerana tidak mahu mengungkapkan perkataan M.A.A.F....kita sanggup pindah randah hanya kerana tidak mahu ungkap perkataan .M.A.A.F...kita sanggup libatkan anak2,cucu2 kita..kita sanggup lakukan segala2galanya hanya kerana perasaan marah yang diapi2kan oleh syaitan laknatullah dalam diri kita..hanya turutkan perasaan marah,kita sanggup xungkap perkataan M.A.A.F...kita sanggup juga memutuskan silaturahim dengan sahabat/kawan bahkan ahli keluarga kita sendiri...

 MA.A.F........membawa kearah syurga atau neraka?

Apakah kesan kita memutuskan silaturahim atau dalam erti kata lain apakah kesan jika kita xmahu berbaik n xmahu mengungkapkan perkataan .M.A.A.F????baiklah kita lihat penjelasan Ustaz Zaharudin berkaitan isu ini..


Nabi sebut : " Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu" ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )

Riwayat bukhari : " tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam" ( al-Bukhari)

Nabi juga sebut : " Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : "Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya" ( Al-Bukhari 4/112 )

Nabi juga sebut : Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahmi " ( al-Bukhari)

Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum 3 hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kpd beberapa peristiwa 3 org sahabat yg cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa org sahabat lagi. (rujuk al-Halal wal haram fil islam)


*disini aku ingin berpesan kepada diri aku sendiri serta rakan-rakan,jika boleh sama2 la kita elak daripada bergaduh sesama sendiri..jika masalah timbul,maka selesaikanlah dengan cara baik..elakkan daripada menyelesaikan dengan emosi kerana jika emosi dilibatkan,kebiasaannya masalah tidak akan selesai...Islam mengajar kita untuk sentiasa sabar dalam setiap tindakan..Islam juga memberi panduan kepada kita jika kita dalam keadaan marah..Islam ajar untuk kita DIAM bila marah,ambil WUDHUK,jika kita marah ketika kita berdiri,maka kita DUDUK,tunaikan SOLAT sunat pabila marah...ini semua adalah untuk mereda dan menghapuskan perasaan marah........
apa2pun,SABAR ITU TETAP INDAH~
 
"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mencintai orang-orang yang sabar". (A-li'Imraan 3:146)

<3 senyum <3


No comments:

Post a Comment