Pada 7-10hb Jun yang lepas,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) melalui Jabatan Agama Islam Perak(JAIPk) telah mengadakan Program Ramah Mesra Mahasiswa Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Kerawit/Kerawat,Simpang Pulai,Perak.Dan Alhamdulillah aku telah diberi kesempatan untuk turut serta dalam program itu.Antara IPTA/IPTS yang terlibat ialah UIA,UNIKL dan KISDAR.Dan aku mewakili UIA,sebab budak UIA ramai x dapat datang.huhuhu.Program ini diadakan adalah bertujuan untuk beramah mesra dengan masyarakat orang asli disini selain untuk mendekatkan mereka kepada Islam.Mereka Islam,tetapi kebanyakan daripada mereka hanyalah Islam pada nama sahaja.Jadi ini adalah satu cabaran yang agak mencabar bagi aku dan rakan2 yang lain.Akan ada mahasiswa yang akan mendapat keluarga angkat yang tidak beragama dan ada yang dapat keluarga kristian dan paling mencabar jika mendapat keluarga yang atheis.Jadi kami semua perlu memberi penerangan kepada mereka.Setakat yang kami mampu la,kalau ada masalah boleh rujuk ustaz2 JAKIM.
banner program
Walaupun program bermula pada 7hb,tapi aku datang awal sehari.Semangat sangat.hahahaha..Jadi bila datang awal,banyak gak la gambar yg aku amik.Ni antaranya
Setelah semua fasilitator/mahasiswa2 sampai,barulah diadakan majlis penyerahan kepada keluarga2 angkat.Dan aku bertuah kerana mendapat 2 buah keluarga angkat.Nama aku x ingat la plak.hahaha teruk punya anak angkat.
Dan inilah pula gambar rumah kedua2 keluarga angkat aku.Kedua2 keluarga ini adalah beragama Islam.Namun ilmu mereka terhadap Islam sangat sedikit.Walaupun macam tu,akhlak mereka adalah sangat baik,malah lebih baik dari orang2 yang banyak ilmu tapi sombong.
inilah rumah keluarga angkat aku yang pertama,bekas Tok Batin
Ni plak di bahagian dapur,hanya guna kayu api sahaja.Memang berasap rumah
Rata2 penduduk disini membela kucing dan anjing,untuk keselamatan.
rasa sayu bila tengok bapa angkat aku tu,'Apak'.
ni plak anjung rumah keluarga angkat aku yang kedua
rumah keluarga angkat aku yang kedua ni merupakan pusat aktiviti2 di kampung ni.Kalau ada majlis tunang ka,nikah ka dan apa2 la diorang akan wat kat sini.Selain aku bersama dengan keluarga2 angkat aku,pihak JAKIM juga telah mengadakan banyak aktiviti antaranya demonstrasi pihak Bomba
seterusnya pameran Bomba........
sukaneka............................
kursus penyembelihan ayam dan kursus pengurusan jenazah.................
makanan pula dimasak oleh pihak Jaipk............
dan sepanjang disana juga,aku telah dibawa oleh pemuda2 disana ke sungai,dusun2 buah dan kawasan2 hutan yang mempunyai pemandangan yang sangat menarik...
ni plak adalah gambar yang sempat aku ambil dengan keluarga2 angkat serta saudara mereka yang terdekat....
bersama nenek angkat dan mak saudara angkat(budak KISDAR)
Dan Alhamdulillah aku bersyukur sangat2 kerana terpilih untuk join program ni.Terlampau banyak yang aku telah belajar.Semuanya adalah tentang kehidupan,nilai bersyukur,nilai menghargai jasa orang lain dan macam2 lagi yang tidak dapat digambarkan melalui kata2.
No comments:
Post a Comment