Dalam hari ini sahaja,aku menerima 2 berita kematian di IPG ni.Dan salah satunya berlaku di dalam IPG.Jenazah adalah ibu mertua kepada salah seorang pensyarah di sini.Dan jenazah baru sahaja disembahyangkan di surau IPG.Dan Alhamdulillah,inilah pengalaman pertama aku mengangkat pengusung mayat/keranda.Terasa ringan angkat jenazah tadi.Dalam hati aku sentiasa berkata bahawa 'suatu hari nanti aku akan berada di dalam keranda ini juga'.Cuma masa sahaja yg x diketahui lagi.Mungkin selepas aku menaip N3 ini.Sesungguhnya mati itu pasti!adakah anda sudah bersedia??...........
Disini ada hadis mengenai kematian.Moga kita sama2 mengambil iktibar dari apa yang berlaku.
Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu).
Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya".
Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".
*Jadi marilah kita sama2 berdoa agar kita mati dalam keadan yg baik(husnul khatimah) dan semoga kita dijauhkan dari mati dalam keadaan yang buruk(suul khatimah).
No comments:
Post a Comment