Saturday, April 21, 2012
DIA BUKAN MILKKU...TETAPI DIA AMANAHKU...~
"Assalamualaikum Ahmad."kata Shahrul."Oh,hang ke yang datang,aku ingat siapa tadi.Ha,ada ape datang ni?"Soal Ahmad sambil dia melepaskan punggungnya di atas sofa yang terletak di atas anjung rumahnya itu."Ish hang ni,kalau ye pun,pelawalah aku duduk dulu.Kasihan la kat aku ni,dah datang jauh-jauh ni."balas Shahrul sambil tersenyum lebar.Perli memerli di kalangan mereka berdua sudah menjadi kebiasaan.Kadang-kadang ia dapat mengeratkan hubungan di antara mereka berdua juga.
"Eh Shahrul,awal datang rumah mak cik hari ini,kamu berdua ada pogram apa-apa ke hari ini?"soal ibu Ahmad,Puan Hamidah sambil menghidangkan dua gelas air kopi dan sepinggan biskut."Jemputlah makan ye"pelawa ibu Ahmad.'Kami tak ada program pun hari ini mak cik,saja datang awal hari ini,nak berbual dengan Ahmad ni."Oh,hemm jemputlah makan ye,mak cik nak ke dapur pula ni.Ahmad,layan kawan kamu ni."Kata Puan Hamidah sambil memberi isyarat mata kepada Ahmad,anaknya yang ketiga.
"Ahmad,aku dengar cerita Aisyahnak pindah sekolah.Hang ada dengar tak berita ni?"soal Shahrul sebaik sahaja dia memastikan ibu Ahmad sudah berada tiada di anjung rumah Ahmad.Ini bermakna 'line clear'."Aisyah?yang mana satu ni?"jawab Ahmad seolah-olah dia tidak mengenali Aisyah.Sedangkan yang sebenarnya Aisyah lah wanita pertama yang telah berjaya mengetuk pintu hatinya untuk bercinta.Sebelum ini sudah ada yang menyatakan hasrat untuk berkawan secara istimewa dengannya,namun kesemuanya ditolak dengan mentah-mentah.
"Ish hang ni,takkan tak kenal.Yang duduk kat rumah anak yatim tu.Yang hari tu tersesat kat sawah padi hari itu tu.Ingat tak?.Jawab Shahrul dengan penuh semangat."Yang mana satu ye,yang pakai jilbab biru tu ke?Soal Ahmad.Sengaja dia berpura-pura."Ha,yang itulah.Aku dengar dia akan berpindah ke Melaka.Tapi tak tahulah betul atau tidak cerita ni.Hang tanya la adik hang.Dia kan kawan baik adik hang."Cadang Shahrul."Insya Allah nanti aku tanya.Ha, yang hang semangat sangat cerita pasal Aisyah ni pasal apa?Hang minat dia ek?Soal Ahmad sambil menunjukkan jari satu dan mengenyit-ngenyitkan matanya.Shahrul tertawa melihat tingkah laku kawan baiknya itu.
"Ish tak ada la,aku saja nak cerita kat hang.Hang kan suka kat dia."Balas Shahrul.Sebenarnya sudah lama Shahrul mengesyaki yang Ahmad meminati Aisyah.Setiap kali dia dan rakan-rakan sekelas yang lain bercerita tentang Aisyah,Ahmad akan segera mendiamkan diri.Dan apabila mereka bertembung dengan Aisyah,Ahmad akan menundukkan wajahnya dan selepas itu,Ahmad akan tiba-tiba menjadi pendiam.Dan kadangkala,dia akan tersenyum seorang diri.Sedangkan tidak ada orang buat lawak pun.Dan peristiwa di sawah padi beberapa hari yang lepas,menguatkan lagi tanggapan Shahrul bahawa Ahmad sudah jatuh cinta dengan Aisyah.Kesemua peristiwa yang berlaku terhadap Ahmad ini merupakan tanda-tanda bahawa dia telah jatuh cinta.Kesemua ilmu mengenai cinta ini Shahrul perolehi ketika menonton rancangan "Inilah Cinta" yang ditayangkan di TV4.
"Ish hang ni,pandai-pandai jela.Eh jom pi dusun kat belakang rumah aku ni.Buah rambutan kat belakang tu dah merah dah.Sedap kalau makan waktu-waktu macam sekarang ni."cadang Ahmad.Dia sengaja menukar topik.Dan selepas itu,kedua sahabat baik itupun menuju ke dusun belakang dan berbual-bual sambil bergurau.Hubungan mereka berdua memang sangat akrab.Sudah seperti adik beradik.
***
"Adik,mari ke sini sekejap.Abang nak tanya ni,betul ke Kak Aisyah dah pindah ke Melaka?soal Ahmad kepada satu-satunya adik yang dia ada,Solehah."Ya,baru ja petang tadi dia pindah.Maafkan adik,adik lupa nak beritahu abang.Lagipun abang kan dah cakap kat adik aritu yang abang xnak fikir pasal Kak Aisyah dulu kan?nanti dah bersedia,barulah abang akan tanya kan?"Jawab Solehah sambil tersenyum.Dia sebenarnya memerli abangnya.Dia tahu sebenarnya abangnya suka kepada Kak Aisyah,tapi mungkin kerana ego yang ada dalam diri abangnya,membuatkan abangnya langsung tidak memberikan jawapan balas kepada permintaan Kak Aisyah.
Mendengar kata-kata adiknya itu,Ahmad merasakan dia baru sahaja terkena satu tamparan yang sangat kuat."Ya Allah,aku sudah terlambat.Mungkin sudah tidak sempat untuk aku meluahkan apa yang aku rasa pada dirinya.Aku ingin dia tahu bahawa aku ingin melamar dia sebagai isteri aku.Namun sekarang bukanlah masanya yang sesuai.Aku masih belum bersedia untuk menjadi Imam dan Nakhoda dalam pelayaran rumah tangga kami nanti,aku perlu bersedia dari semua segi terutama dalam ilmu agamaku."monolog Ahmad sendirian.
Melihat keadaan abangnya yang agak sedih dan kecewa,Solehah segera mendekati abangnya dan menepuk-nepuk belakang bahu abangnya."Bersabarlah abang,insya Allah pasti ada hikmahnya.Ha,sebelum adik terlupa,tadi Kak Aisyah tinggalkan surat ini untuk abang,bacalah."kata Solehah sambil menghulurkan sepucuk surat yang telah diserahkan oleh Kak Aisyah sebelum dia menaiki van menuju ke Melaka tadi."Jangan lupa serahkan surat ini kepada abang Solehah tau.Cakap kat dia,yang kakak minta maaf di atas segala salah dan silap kakak ye.Terutama selepas kakak meminta abang Solehah untuk memberikan jawapan."pesanan Aisyah tadi tiba-tiba muncul dalam ingatan Solehah.
"Surat?Aisyah?Adakah masih ada peluang untuk aku melamar dirinya?"monolog Ahmad.Lalu surat yang ada ditangan adiknya diambil dan dia membuka surat itu dengan perlahan-lahan.Alangkah sedihnya tatkala dia.................................................(bersambung) :)
Thursday, March 29, 2012
cinta aku??Biarlah Hanya Tuhan Yang Tahu...~
memang sudah fitrah manusia untuk merasai cinta..untuk merasa dicintai dan mencintai serta untuk rasa disayangi dan menyayangi...jadi perasaan ini memang xkan terlepas pada sesiapa termasuklah juga aku...."Safuan,kamu suka siapa?,Safuan,hang minat siapa?Safuan mung ada gewe dah ke?Ami dah ada awek?"...hemmm itu antara soalan2 yang selalu ditanya pada aku...aku malas nak jawab..huhu...
biarlah apa2pun,Hanya Tuhan Yang Tahu.........
Kupendamkan perasaan ini
Kurahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Kupohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
( 1 )
Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang
( korus )
Di hati ini hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini aku rindu padamu
Tulus sanubari menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
( ulang 1 )
( ulang korus 2X )
Kerana batasan waktu
Adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
Insan yang berkasih
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Kupohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
( 1 )
Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang
( korus )
Di hati ini hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini aku rindu padamu
Tulus sanubari menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
( ulang 1 )
( ulang korus 2X )
Kerana batasan waktu
Adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
Insan yang berkasih
peliharalahlah solat kita....~
Bismillah......
hemmm sudah agak lama tidak menjengah peti surat...walaupun surat2 yang inginku tulis banyak,tapi disebabkan kesuntukan masa dan kesibukan,aku x dpt nak menulis surat-surat tersebut.Dan Alhamdulillah,kini aku diberi kekuatan untuk menulis sepucuk surat buat semua........
Beberapa hari yg lalu,aku telah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa(masih pada jumlah yg agak ramai) rakan baik aku yang selalu meninggalkan solat.....bila dengar tu,ya,aku sangat-sangat sedih...rasa sedih tu betul2 membuat aku terdiam..ya,aku terdiam...selama ini memang aku x pernah nampak mereka ke surau..kecuali jika ada sesuatu program yang mewajibkan mereka turun...solat mereka aku x pernah nampak la,sebab masing2 aada bilik masing2...so,aku ambil pendekatan husnuzhon la....walau mereka x sembahyang di surau,mungkin mereka sembahyang di bilik..
Namun tatkala dimaklumkan yg mereka selalu sangat tinggalkn solat,terutamanya subuh,ia betul2 menyentak aku...aku jadi xtau nak cakap apa...sesungguhnya aku ni bukanlah seorang yang baik,aku sangat2 jahat,banyak dosa yang aku dah buat..
Namun hanya satu sahaja pesanan aku..JANGANLAH sesekali kita meninggalkan solat kita..kerana sesungguhnya amalan pertama yang akan disoal di akhirat nanti adalah solat kita..jika baik solat kita,maka baiklah amalan kita yang lain...
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ibadah yang pertama kali dihisab di hari kiamat kelak adalah sholat, jika sholatnya baik, maka baiklah seluruh amal perbuatannya, dan jika sholatnya buruk (cacat), maka akan rusaklah seluruh amal perbuatannya.” (HR. Thabrani).
ustaz aku ada memberi analogi seperti berikut....kita ini bagaikan sebuah pohon..akarnya adalah akidah kita,dan batang pokok adalah solat kita dan manakala dahan-dahan,ranting-ranting,daun-daun,bunga-bunga,buah-buah dan lain2 adalah amalan2 kita yang lain.....jika batang pokok kita rosak/rapuh/berulat sudah tentu pokok itu akan tumbang dan mati....dan bila batang pokok sudah mati dan ditebang,maka sudah tidak bergunalah daun2,ranting2 n lain2 tu...kesemua itu tidak akan dikira.....jadi samalah sepertti dengan diri kita...jika kita x solat,belum tentu amalan2 kebajikan kita yang lain akan dikira oleh Allah...masya Allah...
semoga Allah memberi hidayah serta petunjuk kepada diriku sendiri dan sahabat2ku untuk sentiasa melaksanakan perintahMu Ya Allah....amin

Saturday, February 4, 2012
SAKIT:SEBUAH MADRASAH PENUH DENGAN HIKMAH...~
BISMILLAH....
Sakit,seringkali kita akan mengeluh tatkala ditimpa sakit.Kita akan sering menyalahkan semua orang sebagai punca kita ditimpa sakit.
Sedarlah sebenarnya sakit ini memberi seribu satu hikmah kepada kita.Banyak pengajaran yang boleh kita pelajari.Jangan kita terlalu ikutkan emosi kita.Tetapi bersabarlah dan perbanyakan muhasabah diri.Sesungguhnya sakit yang Allah turunkan,mempunyai banyak hikmah dan pengajaran.
SAKIT:Sebagai penghapus dosa
Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya,melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (HR Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571)
Subhanallah!Lihatlah,sesungguhnya sakit yang Allah kurniakan sebenarnya adalah satu 'anugerah'.
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman pernah berkata "sebagai manusia biasa sudah tentu kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan samada secara sengaja atau tidak.Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dari Allah.Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita yang berkenaan."
"Jadi jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah.Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita dari segala dosa dan noda."kata Ustaz Zaharuddin lagi.
SAKIT:Sebagai medan muhasabah diri
Apabila kita sakit,lebih banyak masa yang kita habiskan adalah bersendirian.Pada waktu ini,kita tidak mempunyai cukup tenaga untuk bertindak aktif.Jadi gunakan peluang ini sebaiknya sebagai masa untuk kita memuhasabah diri.Cuba kita renungkan sebentar."Apa yang aku dah buat sepanjang aku sihat?Adakah semua ibadah wajib telah aku laksanakan sepanjang aku sihat?Apakah aku telah menggunakan masa sihat aku untuk menyumbang sesuatu untuk agama?Kemana aku gunakan anggota-anggota tubuh badan yang telah Allah kurniakan kepada aku sepanjang aku sihat?
Jadi gunakan sebaiknya masa ini untuk kita memuhasabah diri serta memperbetulkan setiap kesalahan diri kita.Minta ampun dan bertaubatlah kepada Allah S.WT sekiranya kita telah melakukan dosa kepadaNya dan minta ampunlah kepada manusia jika kita melakukan kesalahan kepada mereka.
SAKIT:Sebagai ganjaran

Para Rasul dan Nabi adalah ma‘shum (terpelihara daripada melakukan segala jenis dosa). Maka antara sebab mereka ditimpa dengan ujian sakit bukanlah sebagai balasan dari dosa yang dilakukan, akan tetapi untuk meninggikan lagi martabat dan kedudukan mereka.
Imam an-Nawawi Rahimahullah seterusnya menerangkan bahawa ulama berkata: “Hikmah para nabi lebih berat ditimpa dugaan, kemudian mereka yang di bawah taraf para nabi dan seterusnya mereka yang di bawahnya lagi, adalah kerana mereka telah dikhususkan dengan kesabaran yang sempurna, ketelusan penyerahan diri kepada Allah dan dengan pengetahuan bahawa semua itu adalah nikmat daripada Allah Ta‘ala untuk disempurnakan bagi mereka kebaikan yang selayaknya, menggandakan bagi mereka ganjaran pahala dan (bagi mereka) menzahirkan kesabaran dan keredhaan mereka.”
Adapun bagi seorang mukmin, perkara yang sama juga boleh dicapai. Ini berdasarkan beberapa hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam antaranya ialah:
Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tiadalah seseorang mukmin yang tertusuk duri atau lebih dari itu melainkan Allah mengangkat satu darjat (dengan tertusuk duri itu) atau menghapuskan daripadanya satu kesalahan.”
(Hadis riwayat Muslim)
Dalam sebuah hadis qudsi daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘ahnu yang dimarfu‘kan kepada Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Allah Azza wajalla berfirman: “Sesiapa yang Aku hilangkan kedua matanya lalu dia sabar dan mengharapkan pahala, nescaya Aku tidak suka baginya pahala selain syurga.
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Dalam satu riwayat daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa seorang perempuan telah mengadu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai penyakit yang dideritainya. Menurut hadis tersebut, perempuan itu akhirnya memilih untuk bersabar sahaja dengan keadaanya agar dia memperolehi ganjaran yang lebih besar dengan bersabar. Perempuan itu berkata:
Maksudnya: “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar menyembuhkanku.”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah bagimu, maka Allah akan menyembuhkanmu. Dan jika engkau mahu, maka bersabarlah dan (semoga) tiada hisab ke atasmu.”
Perempuan itu pun berkata: “Pasti aku akan (memilih untuk) bersabar dan (semoga) tiada hisab ke atasku.”
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Jadi secara kesimpulannya dapat kita simpulkan bahawa sesungguhnya sakit yang kita hadapi ini sebenarnya memberikan seribu satu hikmah dan pengajaran yang sangat-sangat berguna.Cuma ia hanya bergantung pada diri kita untuk menerimanya atau tidak
Wallahu a'lam
sumber rujukan DISINI
Saturday, January 28, 2012
jom karaoke!..doraemon theme song ~
ini adalah post aku yg ke 101..hemm dah byk jugak aku post ek..hahaha...k la utk post kali ni,jom relax2 sambil berkaraoke lagu tema doraemon ni...aku pasti korg sume komfom2 dah hafal lagu ni dulu..cuma skrg ni dah lupa2 sikit kn?jadi jom kita kembali ke zaman kanak2 kita!..hahaha
Title: Doraemon - Doraemon Theme song
konna koto ii nadekitara ii na
anna yume konna yume ippai aru kedo
minna minna minna
kanaete kurerufushigina POKKE de kanaete kurerusora wo jiyuu ni tobitai na(hai! takekoputaa!)AN AN ANtottemo daisukiDORAEMONshukudai touban shiken ni otsukaianna koto konna koto taihen dakedominna minna minnatasukete kurerubenrina dougu de tasukete kureruomocha no heitai da(sore! tototsugeki!)AN AN ANtottemo daisukiDORAEMONanna toko ii naiketara ii nakono kuni ano shima takusan aru kedominna minna minnaikasete kurerumirai no kikai de kanaete kurerusekai ryokou ni ikitai na(ufufufu... doko demo DOA!)AN AN ANtottemo daisukiDORAEMONAN AN ANtottemo daisukiDORAEMON
Monday, January 23, 2012
Dilema dan krisis hati seorang pemimpin ~
Bismillah..disini ada satu artikel yg aku dapat dari rakan aku(forwarded email)..artikel tentang krisis hati seorang pemimpin..hemm artikel ni sangat2 menarik..moga kita semua dapat ambil manfaat dari artikel ini dan muhasabah diri kita,insya Allah...
*Bermula disini
*Bermula disini
Hati kita boleh berkata-kata dan merasa. Bahasa hati hanya boleh difahami oleh pemiliknya dan Penciptanya. Pemimpin kesayangan Allah sudah pasti menjalankan urusan Allah kerana ingin mendapatkan nama di sisi Ilahi bukan di hati para insani. Iblis akan terus pastikan bahawa seorang pemimpin itu hanya akan hebat pada zahirnya, tetapi memiliki hati yang sentiasa berpenyakit. Antara penyakit hati seseorang pemimpin itu ialah:-
DIA suka diberi perhatian selalu, dilayan dan mecari-cari jalan supaya dia dipuji. Dia juga tidak suka pemimpin lain mendapat pujian yang lebih tinggi daripadanya.
DIA suka mempamerkan karismanya, kesibukan dan keberaniannya dalam melakukan sesuatu kerja sambil dipandang oleh pengikutnya. Sedang hakikatnya dia seorang pemalas dan penakut.
DIA mudah menghukum dan menuduh pengikutnya tanpa usul periksa. Ini didorang oleh rasa bimbang pengikutnya itu tidak menghormatinya.
DIA suka menegur dan memberi semangat kepada orang lain. Hakikatnya dia sukar untuk menerima nasihat dan suka memperlecehkan teguran orang di bawahnya.
DIA akan cuba membuat perubahan demi menaikkan namanya dan cuba memperkecilkan jasa dan perubahan yang telah dilakukan oleh pemimpin sebelumnya. Dia juga akan merendah-rendahkan kemampuan pelapis selepasnya.
DIA suka menyembunyikan kesalahannya dan sukar mengaku salah. Oleh sebab dia bijak berbicara, akhirnya kesalahan itu boleh menjadi kesalahan orang lain.
DIA mempamerkan sifat rendah diri di hadapan pengikutnya, supaya dia dikenali sebagai seorang pemimpin yang baik, sedangkan itu bukanlah sifatnya yang sebenar.
DIA suka berjalan dengan orang yang tidak setaraf dengannya dan tidak suka berjalan bersama orang yang lebih tinggi darjat daripadanya.
DIA suka mencari pengaruh dari kalangan pengikutnya kemudian menceritakan kepada pemimpin yang lain bahawa dia selalu menjadi tempat rujukan (mengadu) dan selalu diberi perhatian.
DIA suka membuat kenyataan yang berbeza daripada pemimpin yang lebih tinggi daripadanya. Jika dia yang tertinggi, dia akan meremehkan pendapat pemimpin lain.
DIA suka mengambil kesempatan di atas penghormatan dan kesetiaan orang lain terhadapnya
Bidadari Syurga ~
Alkisah tersebutlah kisah....
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab... eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii...... tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.... subhanallah...
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab... eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii...... tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.... subhanallah...
*semoga kita juga tergolong dikalangan ahli2 syurga...amin
Subscribe to:
Posts (Atom)