Monday, January 23, 2012

Dilema dan krisis hati seorang pemimpin ~

Bismillah..disini ada satu artikel yg aku dapat dari rakan aku(forwarded email)..artikel tentang krisis hati seorang pemimpin..hemm artikel ni sangat2 menarik..moga kita semua dapat ambil manfaat dari artikel ini dan muhasabah diri kita,insya Allah...

*Bermula disini


Hati kita boleh berkata-kata dan merasa. Bahasa hati hanya boleh difahami oleh pemiliknya dan Penciptanya. Pemimpin kesayangan Allah sudah pasti menjalankan urusan Allah kerana ingin mendapatkan nama di sisi Ilahi bukan di hati para insani. Iblis akan terus pastikan bahawa seorang pemimpin itu hanya akan hebat pada zahirnya, tetapi memiliki hati yang sentiasa berpenyakit. Antara penyakit hati seseorang pemimpin itu ialah:-

DIA suka diberi perhatian selalu, dilayan dan mecari-cari jalan supaya dia dipuji. Dia juga tidak suka pemimpin lain mendapat pujian yang lebih tinggi daripadanya.

DIA suka mempamerkan karismanya, kesibukan dan keberaniannya dalam melakukan sesuatu kerja sambil dipandang oleh pengikutnya. Sedang hakikatnya dia seorang pemalas dan penakut.

DIA mudah menghukum dan menuduh pengikutnya tanpa usul periksa. Ini didorang oleh rasa bimbang pengikutnya itu tidak menghormatinya.

DIA suka menegur dan memberi semangat kepada orang lain. Hakikatnya dia sukar untuk menerima nasihat dan suka memperlecehkan teguran orang di bawahnya.

DIA akan cuba membuat perubahan demi menaikkan namanya dan cuba memperkecilkan jasa dan perubahan yang telah dilakukan oleh pemimpin sebelumnya. Dia juga akan merendah-rendahkan kemampuan pelapis selepasnya.

DIA suka menyembunyikan kesalahannya dan sukar mengaku salah. Oleh sebab dia bijak berbicara, akhirnya kesalahan itu boleh menjadi kesalahan orang lain.

DIA mempamerkan sifat rendah diri di hadapan pengikutnya, supaya dia dikenali sebagai seorang pemimpin yang baik, sedangkan itu bukanlah sifatnya yang sebenar.

DIA suka berjalan dengan orang yang tidak setaraf dengannya dan tidak suka berjalan bersama orang yang lebih tinggi darjat daripadanya.

DIA suka mencari pengaruh dari kalangan pengikutnya kemudian menceritakan kepada pemimpin yang lain bahawa dia selalu menjadi tempat rujukan (mengadu) dan selalu diberi perhatian.

DIA suka membuat kenyataan yang berbeza daripada pemimpin yang lebih tinggi daripadanya. Jika dia yang tertinggi, dia akan meremehkan pendapat pemimpin lain.

DIA suka mengambil kesempatan di atas penghormatan dan kesetiaan orang lain terhadapnya

No comments:

Post a Comment