Sunday, August 21, 2016

Kembara ke Empangan SK Pos Legap

Alhamdulillah pada minggu lepas selesai satu lagi program guru-guru
dan staf sk pos legap iaitu gotong-royong ataupun Kembara ke Empangan SK Pos Legap..

Empangan bagi sekolah kami ni terletak di Kampung Jei dlm RPS Legap..jauh ke dalam hutan...aku ingat xdelaa jauh sgt..rupa2nyaaa...hahaha

kami pergi seramai 12 orang klu xsilap..semua guru dan staf lelaki..

dua tiga jam juga kami bergotong royong di empangan kami ni...terlalu banyak pasir serta "anasir2" yg menyebabkn saluran paip kmi trsumbat..patutlah air slalu sgt slow dan selalu xde..terutama klu hujan,memang xde air laa jawabnye..haha

lepas ja abis gotong royong,aku bersama dgn dua lg rakan sekerja,cikgu yuzaimy dan cikgu tajul meneruskn misi menyusuri laluan sungai utk memastikan paip saluran dari empangan ke sekolah tiada yg bocor mahupun dicuri orang..huhu

mula2 aku igt xde laa jauh sgt klu balik ikut laluan sungai..rupa2nya berganda2 lagi jauh dan mencabar..kami trpaksa melalui sungai yg berbatu2 besar yg licin,melalui lereng bukit yg curam dan licin dan yg lebih mncabar aku terpaksa menjadi "spiderman" memanjat dinding tepi sungai yg trsangatlah licin...dah laa tinggi,licin pulak tu..aku ni dah laa sejenis yg gayat,so faham2 jelaa..hahaha..tapi nak buat macam mana,demi warga sekolah yg trcinta,kugagahi jua..haha

Alhamdulillah setelah hampir dua jam jugak kmi melalui jln sungai yg teramat mencabar tu,kami akhirnya berjaya sampai ke laluan utama,laluan mula2 kami smpai...rasa penat+lapar hilang serta merta bila kmi berjaya smpai ke jalan utama..haha..dan naseb kami baik sebab line telefon tiba2 ada disitu..haha..so dpt lah buat panggilan utk mndapatkn bantuan..hahaha








sebelum balik tu,sempat laa jugak kami mandi manda buat seminit dua..sekadar menghilangkn penat..haha..dan murah rezeki kami bila dpt mkn buah stoi yg tersangatlh manis..fuhh hilang penat..haha
apa2pun aku bersyukur sbb semuanya brjalan dgn lancar dan yg paling penting misteri ke"slow"an air di sekolah sudah terjawab..haha

No comments:

Post a Comment