Bismillahhirrahmannirrahim...
Tahun ini, sekali lagi diberi tanggungjawab untuk menjadi Pengurus Pasukan Olahraga sekolah. Disebabkan tahun lepas dah pegang tanggungjawab ni, jadi tahun ni xde masalah sgt laa..dh ada laa pengalaman sikit..hehe
Kami menjalankan latihan selepas sahaja dimaklumkan mengenai tarikh pertandingan. Lebih kurang 2 minggu sebelum pertandingan kami berlatih....minggu pertama berlatih, minggu kedua tu cuti CNY. So latihan seminggu jelaa..hehe
Alhamdulillah, semasa latihan dijalankan, semuanya berjalan dengan lancar. Latihan lebih banyak menjurus kepada teknik2 yang betul selain mementingkan kekuatan stamina mereka. Antara latihannya joging masuk ke kawasan kampung2 disekitar Pos Legap. Selain dapat stamina, dapat laa jugak kami menghirup udara segar..duk dalam hutan kan..hehe
Waktu hari pertandingan, sebelum subuh lagi aku dah bersiap. Habis mandi,solat subuh dan persiapan diri yang lain, terus aku bergegas ke asrama. Untuk memastikan pelajar2 asrama dah bangun dan bersiap untuk ke sekolah. Warden kan..haha..selain tu, aku juga nak memastikan team olahraga yg duduk asrama dah siap...bila dah siap,boleh laa bagi sarapan..pagi tu, depa bersarapan dengan coco crunch...nampak berselera.
Habis bersarapan, terus kami siap2kan peralatan/bahan2 yang perlu dibawa untuk pertandingan..dah siap semua, kami masuk ke kampung,untuk ambil seorang lagi murid yang xsampai lagi..rumahnya agak jauh jugak..dan mungkin xde transport..so kena laa aku pi amik kt rumah..hehe
rumah murid aku tu diperbuat dari buluh jaa..agak daif laa aku tengok..sebak jugak aku rasa time tu..lagi bertambah sebak bila aku tengok scene mak dan ayahnya memberi nasihat dan kata2 semangat kepada anaknye...huuaaa...anak nak bertanding jauh ni..keluar hutan pulak tu
aku sempat laa kata doakan kejayaan kami serta doakan semoga perjalanan kami pergi dan balik dalam keadaan selamat...almaklum sahajalah,sekolah di kawasan pedalaman....risiko yg sangat2 tinggi..ikut jalan laluan balak kan...faham2 jela..yg dah pernah melalui jalan balak,dia faham laa cabaran2nye...hehe
hampir sejam jugak laa perjalanan keluar hutan untuk ke tempat pertandingan di SMK Muhibbah, Sungai Siput (U). Sampai2 jaa sekolah tu,terus aku daftarkan diri dan terus buat persiapan untuk pertandingan. Tahun ni,kami hanya menyertai acara 100m,200m,lompat jauh dan lontar peluru. Jumlah peserta 11 orang sahaja.
dan alhamdulillah, dari semua acara yang disertai, hampir kesemua peserta dari SK Pos Legap berjaya mendapat tempat 3 terbaik dalam setiap saringan. Dan hasilnya 1 Perak berjaya diperolehi iaitu dalam acara 200m P11 yang dimenangi oleh Asmah Bt Long....murid yang aku pi amik kt rumah dia tu....bila tgk dia menang,terus aku jadi sebak sbb teringat peristiwa sayu waktu kt rumah dia tu..huuuaaa
kalau dulu, SKMOA akan bersaing di kalangan SKMOA sahaja, cuma dalam setahun dua ni format berubah, SKMOA akan bersaing dengan semua jenis sekolah yang lain. Jadi cabarannya lain laa...yela murid2 aku ni semuanya cinonet..kena bersaing dengan murid2 luar hutan yang lain yg tinggi2,panjang2 dan besar2...hehe..ape2pun,itulah cabaran yg perlu aku serta anak2 murid aku sambut..hehe
Habis acara penutup Kejohanan Balapan dan Padang Zon Sungai Siput ni, murid2 aku request nak makan KFC...ada yang xpernah makan..yela,duk kat kawasan pedalaman yg jauh dalam hutan tu,mana nak makan KFC kan...ayam kampung ada laa..haha...disebabkan mereka semua melepasi KPI yang aku tetapkan,maka aku tunaikanlah permintaan mereka...acewahhh..haha
Aku seronok sebenarnya, sebab ape?sbb tahun ni lebih baik dari tahun lepas..dan Alhamdulillah aku berpuas hati..hehe
habis makan KFC, aku bawa mereka ni singgah di Masjid dulu, untuk solat Zohor...Lepas itu bawa pi kedai runcit untuk mereka ni beli apa yang nak dibeli..depa ni dapat duit saku kan..so gunakanlah..hehe..habis shopping, kami terus la masuk ke dalam hutan kembali..haha
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..syukur.....
terima kasih kepada semua yang membantu..rakan2 guru SKPL, rakan2 staf, warga sekolah, ibu bapa serta orang2 kampung sekitar Pos Legap yang membantu samada secara langsung mahupun tak langsung..hehe
K, Assalamualaikum
*sekarang ni aku tgh bersiap utk masuk hutan..hehe..kawasan sekitar Pos Legap tu bukannya ada line telefon mahupun line internet,so sampai disini dulu..nanti bila2 aku keluar hutan,aku tulis balik apa yg patut ye..hehe
No comments:
Post a Comment