Sunday, May 25, 2014

Syukur Alhamdulillah...

Bismillahhirahmannirahim..
http://uaki.ub.ac.id/2013/11/19/amalan-shalih-saat-turun-hujan/


Pada pagi itu,dua beradik itu bangun awal.Bangun seawal jam 5.30 pagi.Bangun,mandi,gosok gigi,pakai baju sekolah ,solat subuh dan bersedia untuk sarapan pagi.Pada pagi itu,mereka hanya bersarapan dengan 2 keping biskut mayat.Baki biskut yang ada di dalam bekas biskut itu.Kakaknya sekeping dan adik sekeping.Cicah dengan air kopi o.Itulah rezeki yang sangat-sangat mereka syukuri.

Walaupun rakan-rakan serta orang disekeliling sering menghina mereka hanya kerana kemiskinan yang dialami oleh mereka,itu tidak pernah menyebabkan mereka untuk berhenti bersyukur kepada Ilahi.Kerna mereka yakin dengan janji Allah.

“Dan ingatlah ketika Tuhan-mu menyatakan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan tambahkan (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat tersebut), maka sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih.” (Surah Ibrahim, 14: 7)

mereka juga sering mengingati pesanan daripada Rasulullah S.A.W.
“Siapa yang tidak mampu mensyukuri nikmat yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri nikmat yang banyak. Dan siapa yang tidak mampu berterima kasih kepada manusia, maka ia tidak akan mampu bersyukur kepada Allah. Membicarakan nikmat Allah adalah syukur, meninggalkannya adalah kufur. Hidup berjama'ah adalah rahmat, manakala perpecahan adalah azab.” (Hadis Riwayat Ahmad, 30/390, no. 18449

Atas pegangan itulah,mereka tidak pernah kisah dengan tohmahan-tohmahan orang terhadap mereka.Setiap kali mereka dihina,hanya senyuman yang terukir di bibir beserta lafaz Alhamdulillah.

Ketika sedang bersarapan,tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.Air hujan mula menitis-nitis di dalam rumah.Atap yang bocor sana sini masih belum diganti.Kekurangan wang menyebabkan ia tidak dapat diganti.Dua beradik itu saling pandang memandang antara satu sama lain.Mereka berdua adalah pelajar yang rajin ke sekolah,walaupun ketika demam atau sakit.Mereka akan usahakan juga untuk hadir ke sekolah.Bagi mereka,ilmu itulah harta yang perlu mereka cari,kuasai dan amalkan.

"Tunggu dulu hujan reda dahulu,baru kamu pergi ke sekolah.Jika hujan tidak berhenti turun,kamu tidak perlu ke sekolah hari ini.Jangan risau,cikgu kamu akan faham"kata ibunya dari dapur apabila melihat anak lelaki dan anak perempuannya itu mula gelisah.Ibunya tahu,dua orang anaknya itu amat suka ke sekolah.Mereka akan bersedih jika tidak dapat ke sekolah.

"Baiklah ibu" jawab kakak dengan nada yang akur.Namun di dalam hatinya,dia sangat berharap agar hujan akan berhenti dan dia akan dapat ke sekolah.Dua beradik itu hanya duduk termangu di tangga rumah mereka yang serba kekurangan itu.Mengharapkan agar hujan berhenti atau setidak-tidaknya ada orang yang sudi untuk menumpangkan mereka untuk ke sekolah.Rumah mereka berdekatan dengan jalan raya.Laluan untuk ke sekolah bagi penduduk kampung disitu.Penduduk kampung disitu sudah mula mempunyai kereta masing-masing.

Dua beradik itu sangat berharap agar ada orang kampung yang akan menumpangkan mereka untuk ke sekolah.Dari sebuah kereta,ke sebuah kereta yang lain yang lalu di hadapan rumah mereka.Namun tidak seorang pun yang sudi untuk menumpangkan mereka.Mereka hampa.Namun demikian lafaz Alhamdulillah sentiasa terlafaz di bibir mereka berdua.Kerna lafaz itu sahaja yang dapat menghilangkan kesedihan di hati mereka.

Selang beberapa minit,hujan menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.Hujan mula renyai-renyai.Dua beradik itu tersenyum.Lalu mereka terus mengambil beg di dalam rumah dan bersalam dengan ibu mereka.Ayah mereka baru sahaja meninggal dunia tiga bulan yang lepas.Kini hanya ibu mereka sahaja tempat mereka mendapatkan kasih dan sayang.

Dua beradik itu menaiki basikal tua,tinggalan arwah ayah mereka.Si kakak mula mengayuh basikal.Si adik hanya membonceng basikal,duduk di belakang dengan beg yang sarat dengan buku-buku.Si adik melambai-lambai ke arah ibu mereka.Walaupun hujan renyai-renyai,mereka tetap mahu ke sekolah.

Ketika si kakak sedang mengayuh dengan begitu bersusah payah,tiba-tiba hujan turun dengan lebat.Mereka terpaksa berhenti untuk mencari tempat untuk berteduh.Nasib mereka baik,ada pondok telefon.Dua beradik itu berteduh di bawah pondok telefon tersebut.Suhu yang sejuk menyebabkan si adik kesejukan.Dia menggeletar tanda kesejukan.Begitu juga dengan si kakak.

Mereka berdua berdoa dengan bersungguh agar mereka terpelihara daripada segala perkara yang tidak diingini.Dalam hati mereka,mereka berharap agar hujan berhenti.Walaupun seketika,kerna jarak ke sekolah mereka semakin hampir.

Ketika mereka berada di pondok telefon tersebut,ada beberapa buah kereta yang lalu di hadapan mereka.Mereka melambai-lambai untuk meminta tolong.Namun tiada siapa yang berhenti.Mereka berdua hanya mampu tersenyum sahaja.

"Alhamdulillah,hujan sudah berhenti.Jom cepat naik basikal"kata kakaknya dengan nada yang riang.Si Kakak mengayuh basikal dengan bersemangat.Dalam 5 minit,mereka berdua sampai di sekolah rendah di kampung itu.Si kakak menurunkan adiknya di situ dan sempat berpesan "belajar rajin-rajin ya adik,nanti kita boleh tolong ibu"kata kakaknya dalam nada yang gak sebak.Si adik tersenyum."Insha Allah kak" balas si adik.

Si kakak terus mengayuh basikal untuk sekolah menengah pula.Tempat dia belajar.Dia baru sahaja memasuki tingkatan dua.Dalam beberapa minit,sampailah dia di sekolah tersebut.Hanya bersebelahan dengan sekolah rendah.

Kedua beradik itu tersenyum ketika masing-masing sudah berada di dalam kelas masing-masing.Lafaz kesyukuran diucapkan kerna dipilih oleh Allah untuk mereka mendapatkan ilmu pada hari tersebut.

Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ”Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak”

(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)


#ILMU #SYUKUR #ALHAMDULILLAH
<3 senyum <3

Wednesday, May 7, 2014

SK SANGLANG: LAWATAN KE NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

BISMILLAHHIRAHMANNIRRAHIM..

Alhamdulillah,pada 26 dan 27 April 2014 yg lepas, guru2 n murid2 dari SK Sanglang,Perlis telah mengadakan lawatan ke negeri Perak.Lawatan ini adalah anjuran Panitia Sejarah,SKS.Disebabkan objektif utama program ini adalah untuk mengenali sejarah,maka tempat2 lawatan juga perlulah berkaitan dengan Sejarah.Antara tempat yg sempat kami lawati adalah Muzium Arkeologi Lenggong,Bengkel Labu Sayong Paya Lintah,Masjid Ubudiyyah,Istana Kenangan, Bandar Kuala Kangsar,sekitar Istana Kuala Kangsar dan beberapa tempat lagi.Selain itu,kami juga sempat melawat lokasi pusat pelancongan yang terkenal di negeri Perak iaitu Zoo Taiping dan Bukit Merah Lake Town Resort...Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar.....


Lawatan ni juga merupakan aktiviti terakhir aku bersama dengan murid-murid SK Sanglang,Perlis disebabkan sehari sebelum program iaitu pada 25 April 2014 merupakan hari terakhir berpraktikum di situ..So kira ni lawatan 'Lambaian Terakhir' laa...hahaha

Apa2pun,ia merupakan pengalaman yg cukup-cukup berharga bagi aku.....banyak sangat kenangan manis yg dapat dirakam bersama guru2 lain n murid2 SKS...

nah,disini ada laa beberapa keping gambar yg sempat disnap dari kamera fon ku yg xseberapa itu..huhu

























yeay!!!