SEKADAR HIASAN |
tertarik aku dengan artikel ini
Dalam banyak-banyak wanita islam di dunia,saya paling
mengagumi dan tertarik pada siti Aishah radiallahua’nh.siapa yang tak kenal
siti Aishah,isteri kepada suami terbaik di dunia,nabi Muhammad.
Ketika siti Aishah dilamar nabi Muhammad,umurnya baru sahaja
belasan tahun (sesetengah ulama mengatakan 12 tahun,ada yang kata 13 dan 15
tahun).ketika itu siti Aishah masih lagi keanak-anakan dan tidak tahu lagi akan
peranan sebagai isteri.malah,ada satu kisah riwayat sahabat nabi,yang
mengatakan nabi,ada ketikanya bermain kejar-kejar dengan siti Aishah.maksudnya
di sini,siti Aishah ketika itu masih lagi berperangai seperti kanak-kanak yang
lain.
Tapi perlu diingat,siti Aishah bukanlah seperti wanita yang
lain di dunia ini.beliau merupakan ‘bunga’ yang harum dan sangat-sangat
bijak.kelebihannya itu,menjadikannya senang belajar,mudah berdikari,hebat dalam
pemikiran dan cepat matang seperti wanita dewasa.
SEKADAR HIASAN |
Apa yang buat saya begitu suka dan tertarik pada diri siti
Aishah ialah,bagaimana diri beliau menguruskan peribadi,suami,ayah dan
keluarga.beliau mempunyai kelebihan yang tidak ada bandingannya pada zaman
beliau dan zaman kini.sampaikan nabi pernah bersabda,bahawa siti Aishah
merupakan wanita yang paling baginda sayang.