Sunday, September 30, 2012

sweetnya Nabi Muhammad pada isteri Baginda~

 
Bismillah..

Semenjak dua menjak ni aku selalu mendapat khabar gembira daripada rakan2 yg nak menamatkan zaman bujang diorg.Alhamdulillah,aku seronok sgt2 mendengarnya dan aku sentiasa mendoakan yang terbaik utk kalian.

Kepada yang bakal menjadi suami,jadilah seorang IMAM yang terbaik buat MAKMUMmu iaitu isterimu.Dan kepada bakal isteri,jadilah MAKMUM yang terbaik buat IMAMmu.Jadilah makmum yang setia dan tegurlah imammu sekiranya dia melakukan kesalahan.

Dan disini ingin aku kongsikan sedikit kisah2 betapa sweetnya Nabi Muhammad S.A.W kepada isteri Baginda.Patut dijadikan contoh buat semua..

  • Kalau ada pakaian yang rosak,Baginda sendiri yang akan menjahitnya tanpa perlu menyuruh isteri Baginda.
  • Setiap kali pulang kerumah,bila dilihat tiada makanan yang sudah dimasak untuk dijamah,sambil tersenyum Baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya didapur.Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'kalau Nabi berada dirumah,Baginda selalu membantu urusan rumah tangga.
  • Jika mendengar azan,Baginda cepat-cepat berangkat ke masjid  dan cepat-cepat pula pulang kerumah sesudah selesai solat.
  • Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’).Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’  Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. 
  • Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’  
  • Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

No comments:

Post a Comment