Tuesday, June 12, 2012

mengenali diri~

bismillah...sudah lama aku tidak menaip di blog ini..malas dan sibuk..dua perkara ini yg menghalang aku utk menaip di papan kekunci laptop aku ni...

tajuk entry kali ini adalah mengenali diri...ya,pada usia remaja adalah usia dimana kita sedang mencari identiti diri kita yg sebenarnya..dan itulah yg sedang dialami oleh aku...pening,pening dan pening..aku kadang2 tidak faham dengan perangai aku sendiri...pada mula,aku benci untuk melakukan sesuatu perkara itu,tapi pada akhirnya,aku buat juga benda itu...Ya Allah,ampunilah dosa aku..aku takut,aku tergolong dikalangan orang2 yang bercakap pada perkara yg tidak dia lakukan...aku memang xsuka untuk melakukan perkara itu,tapi entahlah,mungkin kerana lemahnya iman aku...Ya Allah,Kau peliharalah imanku ya Allah..


ketika di dalam kelas atau dimana2 aku berada,apabila orang meminta aku utk memberi nasihat,aku suka untuk mengatakan ini..jika kita tidak suka orang buat perkara jahat/perkara yang kita tidak suka kepada kita,maka kita jangan buat perkara itu pada orang lain...biar orang buat benda jahat pada kita,jangan kita buat benda jahat pada orang lain....dan utk hal ini,aku masih pegang kuat2...apabila ia bersangkut paut dgn org lain,aku akan cuba utk jaga hubungan dengan baik...cuma pada soal hati sahaja..aku merasakan betapa kotornya hati aku...hemmm hanya Allah sahaja yang tahu..

ya,aku masih lagi tidak mengenali diri aku yg sepenuhnya...ya Allah,Kau berikanlah taufiq dan hidayah kepadaku agar dapat aku terus istiqamah melaksanakan segala perintahMu dan meninggalkan segala laranganMu...amin,amin ya Rabbal Alamin....


No comments:

Post a Comment