Saturday, April 21, 2012
DIA BUKAN MILKKU...TETAPI DIA AMANAHKU...~
"Assalamualaikum Ahmad."kata Shahrul."Oh,hang ke yang datang,aku ingat siapa tadi.Ha,ada ape datang ni?"Soal Ahmad sambil dia melepaskan punggungnya di atas sofa yang terletak di atas anjung rumahnya itu."Ish hang ni,kalau ye pun,pelawalah aku duduk dulu.Kasihan la kat aku ni,dah datang jauh-jauh ni."balas Shahrul sambil tersenyum lebar.Perli memerli di kalangan mereka berdua sudah menjadi kebiasaan.Kadang-kadang ia dapat mengeratkan hubungan di antara mereka berdua juga.
"Eh Shahrul,awal datang rumah mak cik hari ini,kamu berdua ada pogram apa-apa ke hari ini?"soal ibu Ahmad,Puan Hamidah sambil menghidangkan dua gelas air kopi dan sepinggan biskut."Jemputlah makan ye"pelawa ibu Ahmad.'Kami tak ada program pun hari ini mak cik,saja datang awal hari ini,nak berbual dengan Ahmad ni."Oh,hemm jemputlah makan ye,mak cik nak ke dapur pula ni.Ahmad,layan kawan kamu ni."Kata Puan Hamidah sambil memberi isyarat mata kepada Ahmad,anaknya yang ketiga.
"Ahmad,aku dengar cerita Aisyahnak pindah sekolah.Hang ada dengar tak berita ni?"soal Shahrul sebaik sahaja dia memastikan ibu Ahmad sudah berada tiada di anjung rumah Ahmad.Ini bermakna 'line clear'."Aisyah?yang mana satu ni?"jawab Ahmad seolah-olah dia tidak mengenali Aisyah.Sedangkan yang sebenarnya Aisyah lah wanita pertama yang telah berjaya mengetuk pintu hatinya untuk bercinta.Sebelum ini sudah ada yang menyatakan hasrat untuk berkawan secara istimewa dengannya,namun kesemuanya ditolak dengan mentah-mentah.
"Ish hang ni,takkan tak kenal.Yang duduk kat rumah anak yatim tu.Yang hari tu tersesat kat sawah padi hari itu tu.Ingat tak?.Jawab Shahrul dengan penuh semangat."Yang mana satu ye,yang pakai jilbab biru tu ke?Soal Ahmad.Sengaja dia berpura-pura."Ha,yang itulah.Aku dengar dia akan berpindah ke Melaka.Tapi tak tahulah betul atau tidak cerita ni.Hang tanya la adik hang.Dia kan kawan baik adik hang."Cadang Shahrul."Insya Allah nanti aku tanya.Ha, yang hang semangat sangat cerita pasal Aisyah ni pasal apa?Hang minat dia ek?Soal Ahmad sambil menunjukkan jari satu dan mengenyit-ngenyitkan matanya.Shahrul tertawa melihat tingkah laku kawan baiknya itu.
"Ish tak ada la,aku saja nak cerita kat hang.Hang kan suka kat dia."Balas Shahrul.Sebenarnya sudah lama Shahrul mengesyaki yang Ahmad meminati Aisyah.Setiap kali dia dan rakan-rakan sekelas yang lain bercerita tentang Aisyah,Ahmad akan segera mendiamkan diri.Dan apabila mereka bertembung dengan Aisyah,Ahmad akan menundukkan wajahnya dan selepas itu,Ahmad akan tiba-tiba menjadi pendiam.Dan kadangkala,dia akan tersenyum seorang diri.Sedangkan tidak ada orang buat lawak pun.Dan peristiwa di sawah padi beberapa hari yang lepas,menguatkan lagi tanggapan Shahrul bahawa Ahmad sudah jatuh cinta dengan Aisyah.Kesemua peristiwa yang berlaku terhadap Ahmad ini merupakan tanda-tanda bahawa dia telah jatuh cinta.Kesemua ilmu mengenai cinta ini Shahrul perolehi ketika menonton rancangan "Inilah Cinta" yang ditayangkan di TV4.
"Ish hang ni,pandai-pandai jela.Eh jom pi dusun kat belakang rumah aku ni.Buah rambutan kat belakang tu dah merah dah.Sedap kalau makan waktu-waktu macam sekarang ni."cadang Ahmad.Dia sengaja menukar topik.Dan selepas itu,kedua sahabat baik itupun menuju ke dusun belakang dan berbual-bual sambil bergurau.Hubungan mereka berdua memang sangat akrab.Sudah seperti adik beradik.
***
"Adik,mari ke sini sekejap.Abang nak tanya ni,betul ke Kak Aisyah dah pindah ke Melaka?soal Ahmad kepada satu-satunya adik yang dia ada,Solehah."Ya,baru ja petang tadi dia pindah.Maafkan adik,adik lupa nak beritahu abang.Lagipun abang kan dah cakap kat adik aritu yang abang xnak fikir pasal Kak Aisyah dulu kan?nanti dah bersedia,barulah abang akan tanya kan?"Jawab Solehah sambil tersenyum.Dia sebenarnya memerli abangnya.Dia tahu sebenarnya abangnya suka kepada Kak Aisyah,tapi mungkin kerana ego yang ada dalam diri abangnya,membuatkan abangnya langsung tidak memberikan jawapan balas kepada permintaan Kak Aisyah.
Mendengar kata-kata adiknya itu,Ahmad merasakan dia baru sahaja terkena satu tamparan yang sangat kuat."Ya Allah,aku sudah terlambat.Mungkin sudah tidak sempat untuk aku meluahkan apa yang aku rasa pada dirinya.Aku ingin dia tahu bahawa aku ingin melamar dia sebagai isteri aku.Namun sekarang bukanlah masanya yang sesuai.Aku masih belum bersedia untuk menjadi Imam dan Nakhoda dalam pelayaran rumah tangga kami nanti,aku perlu bersedia dari semua segi terutama dalam ilmu agamaku."monolog Ahmad sendirian.
Melihat keadaan abangnya yang agak sedih dan kecewa,Solehah segera mendekati abangnya dan menepuk-nepuk belakang bahu abangnya."Bersabarlah abang,insya Allah pasti ada hikmahnya.Ha,sebelum adik terlupa,tadi Kak Aisyah tinggalkan surat ini untuk abang,bacalah."kata Solehah sambil menghulurkan sepucuk surat yang telah diserahkan oleh Kak Aisyah sebelum dia menaiki van menuju ke Melaka tadi."Jangan lupa serahkan surat ini kepada abang Solehah tau.Cakap kat dia,yang kakak minta maaf di atas segala salah dan silap kakak ye.Terutama selepas kakak meminta abang Solehah untuk memberikan jawapan."pesanan Aisyah tadi tiba-tiba muncul dalam ingatan Solehah.
"Surat?Aisyah?Adakah masih ada peluang untuk aku melamar dirinya?"monolog Ahmad.Lalu surat yang ada ditangan adiknya diambil dan dia membuka surat itu dengan perlahan-lahan.Alangkah sedihnya tatkala dia.................................................(bersambung) :)
Subscribe to:
Posts (Atom)