cuti ini terasa agak boring..yela xde wat pape pun..just duk rumah je...nak keje tapi x dpt ape2 jwpn lagi..huhu belum ade rezeki kot...jadi utk mengisi kekosongan itu,aku kena la isi masa yg terluang dgn aktivit yg berfaedah iaitu antaranya membaca novel....huhu..aku baru selesai baca novel seindah mawar berduri karya fatimah syarha mohd nordin...softcopy novel ni dah berkurun lama ada dalam laptop aku ni,cuma malas nak baca ja..yela klu soft2copy ni aku malas sikit nak baca...
emm sebenarnya sudah agak lama aku tidak membaca fatimah syarha,selalu duk baca novel ramlee awang murshid n habiburrahman dan taufiqqurrahman....penulis2 novel triller dan islamik...dalam byk2 novel yg aku dah baca,penulis2 ini yg aku minat sbb karya mereka padat dgn ilmu..bukan hanya cerita tetapi pelbagai ilmu baru yg aku belajar..ilmu sains dan agama..
ok berkaitan novel ni pula,jalan cerita dia simple je,senang faham tapi ia memang betul2 padat dgn ilmu...yg byk dibicarakan ialah tentang cinta dalam islam..watak yg diwujudkan juga membantu dalam memberi pemahaman kepada pembaca tentang cinta di dalam islam..memang best kalau baca!cuba baca tau..
watak utama novel ni ialah khazinatul asrar(khazanah segala rahsia).....entahla,aku rasa cam watak ni hampir sama dgn diri aku..prinsip dan pegangan yg dipegang tentang cinta tu sama dengan apa yang aku pegang...apa yg aku ingin tentang cinta itu memang ada dalam watak ni..huhuhu...
aku xnak cerita lebih2..just nak kata,BACALAH NOVEL INI UNTUK MENGENAL ERTI CINTA!!....huhuhu..=)