Monday, September 26, 2011

SK MENGKUANG:Sebuah catatan kehidupan

Pada 5 hingga 9 September 2011 yg lepas,aku telah menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah di SK Mengkuang,Bukit Mertajam,Pulau Pinang.Program ini adalah salah satu daripada sillibus PISMP IPGM yang wajib semua guru pelatih IPG jalani.Aku pilih sekolah ni sebab sekolah ni dekat ngan rumah kawan aku,Faiz Salleh namanye.Kami dah berpakat untuk buat SBE sekali.Sem ni kat rumah dia dan sem depan kt rumah aku plak kat Perak.

Ok seterusnya cerita pasal sekolah ni.Kali pertama sampai,memang aku agak teruja.Aku tengok dari segi infrastruktur sekolah ni cukup2 lengkap.Banngunan lawa and yang lain2 pun nampak menarik.Hari first kami sampai memang awal.Lebih kurang kul 7 kami dah terpacak di sekolah ni.Biasalah teruja lebih.huhu.Lepas daftar kami telah berjumpa ngan Guru Besar(GB) sekolah ni.Lepas tu,kami semua dijemput untuk menghadiri perhimpunan rasmi mingguan.Disitu aku dapat mengenali guru2 n beberapa orang murid.Memang syok..huhu..Hari2 seterusnya aku penuhkan jadual aku dengan membuat kajian serta pemerhatian di sekolah ni sebagai melengkapkan tugasan yang diberi oleh pihak IPG dan Sekolah ni.

Banyak aktiviti yang aku dah hadiri.X larat nak cerita,just tgk jela gambar2 dibawah ni..gambar2 kat bawah ni x berapa banyak la.huhuhu
pelajar ada dalam 700 orang gak la.memang ramai
pasangan kembar..=)
Faiz Salleh,jadi kahlifah bacaan Yassin
comel2 semua..haha
Guru Besar tengah baca perutusan Kemerdekaan

saya bangga jadi anak Malaysia

yeah,merdeka!!
dari kiri:Raihan,Safuan,Faiz,Fikri Nazari n Nabilah Huda
sesi ceramah kemerdekaan bersama Cikgu Safuan..huhu(ntah apa la aku merepek)haha
Cikgu Rahayu..Guru Disiplin sekolah ni
semua murid diberi susu 1Malaysia,sedap!..haha

Lepas perhimpunan tu,semua guru2 dan staf sokongan ada jamuan hari raya.Jadi aku telah dijemput untuk join skali la..Ni ada gambar sikit..
emm memang sedap..banyak plak tu,memang x larat nk habiskan..huhu
tengok sate tu..sedap!..haha
cikgu2 n ustazah2
sebelum majlis start
yg baju kelabu tu cikgu ismail,ayah kawan aku..nama anaknya husaini
bersama cikgu Nini Unick(baju purple)
bersembang sambil makan dgn cikgu2,memang best!


banyak ilmu baru serta pengalaman baru yg aku dapat dalam masa seminggu di sekolah ni.Cikgu2 sekolah ni cukup2 peramah.Aku cukup seronok dapat buat SBE disini.Terima kasih buat semua warga SK Mengkuang.Kepada murid2 sekolah ni,cikgu safuan doakan kamu semua berjaya dalam peperiksaan yang akan datang..buat betul2 ye.....=)

*gambar2 diatas hanyalah gambar pada hari last aku disini.Hari first until forth x amik lagi dari kawan aku..Fikri Nazari...huhu















No comments:

Post a Comment